Wednesday, March 13, 2013

Check Time Kejer

" Rumah kat mana? "
" Saya duduk Gombak."
dengan nada terperanjat...."Oh, ye ke? Kira berulang lah ni? Tak jauh ke?"
" Emmm.... Jauh jugak, tapi okey la... sebab saya naik bas.. Dah naik, tido saja..."
"Ooo.. Kenapa mintak tukar jauh? Memang mintak tukar ke?"
dengan nada tersenyum....... Sambil membalas dengan jawapan yang klise.... " Cari pengalaman..."

Hai laa...... Selalu sangat aku bualkan dan orang bertanya aku soalan begitu.... Emmm.... Jawapan yang sangat klise... Mencari pengalaman baru.. Tul tak?

Okey lah.... Sebenarnya sejak aku habis sekolah, aku telah bekerja di Avon (2 bulan-berhenti lepas accident dengan motor), Syarikat Membekal Bahan Kimia (masa tu aku tengah tunggu permohonan kerja gomen), Pos Malaysia Berhad (merasa gak la pegang duit beribu dalam sehari - tu pun time nak bukak kaunter bayaran, hehehe), Hospital Bersalin Sri Gombak (sempat sebulan sebelum dipanggil untuk lanjut pelajaran di UNITAR), Syarikat MLM (syarikat kad network) dan di Kementerian Sumber Manusia (PTS Sambilan selama 2 tahun lebih). Dan akhirnya Allah memakbulkan doa aku. Aku diterima bekerja tetap di sektor Awam bermula di Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia - Putrajaya, then bertukar di Bahagian Dasar, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (bertukar dari Putrajaya kerana masa tu aku nak kawin n bakal suami aku orang Selayang) - Kuala Lumpur, kemudian di IPD Gombak (sebab KPKT dah dipindahkan ke Putrajaya), dan akhirnya di Jabatan Perdana Menteri... Hahaha.. Banyak jugak tempat aku tukar-tukar nih.

Sebenarnya, kerja ni tak lah membebankan. Nama pun KERJA kan... Sampai balik pun tak habis.. Esok ada lagi, lusa tambah lagi.. Cuma yang boleh membantu kita dalam bekerja adalah persekitaran. Itu yang boleh tarik mood kita untuk bekerja dalam keadaan ceria atau tidak.



 Korang pernah dengar tak if somebody say "wei.. Kalau macam ni lah, aku lagi rela kerja kat tempat lama yang masuk kerja jam 7.30 pagi balik jam 8.00 malam daripada kerja kat sini yang masuk jam 8.00 pagi balik jam 5.30 petang. Hahaha,,, Itu namanya Feed Up! So, aku pernah jugak lah merasakan feel tu.. kadang2 tu sampai rasa tension sangat.. Tapi aku tetapkan jugak hati nak kejer...

Pas tu sekarang ni aku lebih ceria. Rasa nak gi kejer pun macam best jerk.. Huhuhuhuhu..


Mungkin sebab persekitaran nya yang memang merangsang otak aku yang dah nak berserabut nih ke sekitar urat-urat neon serebrum nyer untuk terus kekal senyum.. Ye ke... ? Tapi itu lah yang aku rasa sekarang. Kiranya kalau dari segi fakta, Putrajaya tu memang jauh, tapi dari segi keseronokan, aku rasa puas bila dah bekerja di sini.. Naik je, dah boleh tido... :D


Hehehehehe

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"