Social Icons

Featured Posts

Tuesday, July 4, 2017

Sambal Sardin Istimewa

Bila teringatkan ayam, teringatkan juga menu yang berasaskan ayam, hampir setiap hari. Tekak dah naik bosan juga dengan menu ayam. Ada pula sardin dalam peti. Ok lah. Menu saya hari ni Sambal Sardin. Sambal sardin ni ada macam-macam versi. Versi encik suami pula suka ikannya digoreng gareng dahulu. Setakat ni saya menggemari sardin dari jenama TLC. Harga pun murah, rasanya pun sedap. Rasanya tak lari. Biasanya kalau belah mertua saya, MIL suka masak sardin cara kering iaitu masak sardin tanpa letak cili kisar. Berbeza sangat dengan cara keluarga saya. Tak apa, akan saya asuh encik suami untuk makan masakan cara keluarga saya pulak (hehehe). 

Cili yang baru dibeli dan baru diblender, rasanya agak pedas. Biasa kalau family saya, depa akan panggil cili ni cili baru, bermakna memang akan pedas sikit. Waima pun, harga cili kering sekarang dah mahal. Saya selalu beli di NSK Selayang. Kat sana sayur hijau pun segar lagi. Cuma kalau barang basah, saya lebih suka membeli di pasar borong luar NSK, agak segar sedikit. 


SAMBAL SARDIN ISTIMEWA
Oleh : Shalizah





Bahan-Bahan :
2 tin Sardin jenama TLC (saya suka beli tin saiz kecil-ikan sedang-sedang)
3 ulas bawang putih (dicincang halus) - bahan tumis
3 ulas bawang merah (dicincang halus) - bahan tumis
1 inci halia (dipotong memanjang) - bahan tumis
3 tangkai cili padi (dibelah tengah) 
1 biji bawang besar (dihirs bulat)
2 senduk cili kisar
asam jawa sebesar duit 20 sen (ambil airnya sahaja)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak :
Panas minyak dalam kuali. Tumis bahan penumis sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan cili padi. biarkan sebentar. Masukkan sardin dalam tin. Kuahnya saya ambil sedikit sahaja. Masak sehingga garing. Biarkan lama sedikit supaya ikan sardin masak dan agak garing. 

Masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas-panas.


Lauk Sambal Sardin Istimewa ni memang favorite encik suami. Kalau dapat bertambah-tambah nasi. Sebenarnya sambal sardin kalau makan dengan roti dan jemput-jemput kosong pun sedap. 

Monday, July 3, 2017

Butter Prawn (Udang Mentega) Kegemaran Suami

Yeayyy !!

Hari ni hari Raya yang ke 9. Masih bercuti, tak ke mana-mana, cuma duduk di rumah, sementara encik suami dah mula kerja. Boleh la gosok baju kerja untuk seminggu. Dalam pada berkemas, teringatkan ikan, udang dan ketam yang segar-segar dari kampung Melaka kelmarin, pemberian saudara Pak Teh, hasil tangkapan menantunya. Sangat segar. Kalau saya sekeluarga balik kampung, mesti akan ikut mak dan abah ke laut, untuk tunggu nelayan naik ke pantai, dan boleh beli ikan terus dari laut. Maniskan isinya, segar sangat.

Okey, cepat-cepat saya keluarkan udang dan ikan dari peti ais. Cadangnya nak buat Butter Prawn.
Teringatkan susu cair tak ada pula dalam peti ais, mujur la ada santan, boleh gantikan susu cair.


Resepi Butter Prawn (Udang Mentega)
oleh : Shalizah



Bahan-Bahan :

Sarang Telur
3 biji kuning telur
1 cawan minyak masak
1 senduk margerin / butter

Udang
20 ekor udang
sedikit garam
sedikit lada sulah (saya letak secukup rasa)

Bahan Tumis
5 tangkai Daun Kari
5 ulas bawang putih - dicincang
10 biji cili padi - dihiris
Sedikit Lada Hitam (black pepper)
1/2 cawan susu cair (saya gunakan santan)
sedikit margerin/butter untuk menumis

Cara Memasak :

Sarang Telur

Pukul kuning telur hingga sedikit kembang. Panaskan margerin/butter bersama minyak masak. Seeloknya gunakan senduk bulat. Tunggu sehingga minyak betul-betul panas, pusing-pusingkan minyak dengan senduk bulat (ini kegunaan senduk berbentuk bulat) sehala tanpa henti. Berhati-hati, jangan sampai minyak tumpah.

Kemudian tuangkan telur kuning yang telah dipukul ke dalam minyak. tuang tinggi sikit supaya telur jatuh halus ke dalam kuali. Teruskan pusing minyak hingga telur habis. Pusing senduk berkenaan sehingga telur tu warna keemasan garing.

Angkat dan toskan.

Udang

Perapkan udang seketika dengan sedikit garam dan sedikit lada sulah. Goreng, tapi jangan goreng lama, nanti udang keras dan tak sedap.

Tumis semua bahan penumis kecuali susu cair. setelah naik bau, masukkan susu cair. biarkan seketika. Selepas itu, baru masukkan udang yag telah digoreng tadi. Kacau sehingga rasa sebati. Bleh lah diangkat dan dihidangkan di atas pinggan. Jangan lupa taburkan sarang telur di atas udang tadi.



Makan dengan nasi panas 2 - 3 kali bertambah nasi. Encik suami memang suka dengan resepi ini. Saya buatkan sekali dengan menu sambal ikan. Nanti saya bagi resepi di next entry ya..




Thursday, January 26, 2017

BAS PUN BANJIR

Sedih tak baca title ?

Emmm, as usual, saya pergi balik kerja dari Gombak ke Putrajaya menggunakan bas khas dari Rapid (tq very much to Rapid KL). Tempoh perjalanan pergi tu biasa dalam 1 jam. Tempoh perjalanan balik biasanya 2 jam lebih 😱😱😱.

Seminggu dua ni cuaca sangat redup, and always hujan !! Mujur ada siang, kalau tak de, mesti gelap dah. N sudah tentu berota banjir akan keluar di merata media. Tapi kesian kan pada mereka yang selalu mengalami banjir. Nak mop rumah lagi, nak tunggu kering lagi.

Time balik ni naik bas dalam hujan yang sangat lebat. Boleh pulak payung buat hal. Terus masuk bas dengan payung terbuka (you all imagine, dlm bas pun pakai payung 😂😂😂). So, bila dah duduk, terasa menitik atas kepala. Bila dongak, adeehhhhh... Aircond problem, ditambah dengan hujan lebat, so air menitik. Aduuhhh.. Dalam kepayahan, bertukar la tempat duduk sebelah. Mujur tak de akak yang selalu duduk situ.. 😘😘😘

Monday, January 23, 2017

SUSPA BEAUTY - produk skincare yang berasaskan Bahan Organik

Assalamualaikum w.b.t. semua..

Sihat tak?

okey.. Today is Monday... Semua dah tau kan... Atau pun lebih dikenali sebagai Monday Blues... Hahahahaha... Citernya malas nak buat kerja la ni ye.. Tak jugak kan... hahahaha

Today, saya nak review sikit pasal produk skincare ni. Memang best. nak tau apa?








Yeaahhhh !!
Yess !! SUSPA BEAUTY !!
Sangat best !! sebab apa saya kata sangat best??

Okey, let's start the story.

Sebelum ni saya dah guna pelbagai jenis jenama produk sincare, dari yang semahal set sampai la yang sabun rm2 satu ! Paling lama bertahan pun sebulan. Lepas tu kulit saya jadi sangat teruk! Alahan, merah2, sampai satu ketika kena cahaya matahari pun sakit. see ?? Teruk tak?

Then, satu hari tu, member opis ada rekemenkan satu produk ni. SUSPA Beuty Skincare. Mulanya biasa la, bila dah kena macam ni, rasa malas pun ada. Hold dulu. Dalam sebulan macam tu, baru la tergerak hari nak cuba.

Masa mula2 cuba tu, cuak jugak rasanyer. takut tak serasi macam produk yang sebelum-sebelum ni. Mujur time tu ada trial set lagi. So, apalagi, cuba la.. So, 1 minggu kendian, rasa kulit tak macam sebelum ni. Rasa selesa sangat, then tak rasa sakit. Okey, masih tak percaya lagi. Terus pakai sehingga hampir 1 bulan, sehingga ada satu hari member tegur "Sha, glowing nyer kulit muka. Dah kurang dah lubang pori2 tu.. Dah sekata. Kau pakai apa? Aku nak try jugak la.." Terus saya malu sendiri. Hahahaha. Kalau korang kena puji gitu, mesti malu kan.. (malu gedik namenyer... hahahaha). So, saya terus kaluarkan salah satu produk tu, krim siang. Kebetulan pulak memang krim siang tu selalu ada dalam hand beg saya, kalau lepas solat boleh pakai. Hahahaha....

Dari situ, dari set trial terus saya order normal set. Sekarang ni saya dah tambah set saya dengan toner dan serum !! See !! Terus serasi dengan kulit muka saya. Rasa pedih di bawah cahaya matahari pun tak rasa dah. Yeaaayyy !!

Korang semua, kalau korang nak tau, produk yang menjanjikan result yang cepat dalam masa 3 -4 hari adalah sangat merbahaya buat kulit. Ini kerana ia mengandungi kandungan merkuri yang sangat tinggi kepekatannya. Better cari produk skincare yang menjanjikan result yang tidak terlalu cepat. Kenapa? kerana produk memerlukan masa untuk serasi dengan kulit dan SUSPA BEAUTY merialisasikan impian anda dengan cara semulajadi. semua produk SUSPA BEAUTY adalah berasaskan bahan organik. haa.. best tak? Itu lah yang diperlukan oleh kulit ASIA.

Korang, kalau nak dapatkan nasihat serta tunjuk acar bagaimana menggunakan SUSPA BEAUTY, boleh je pm atau wassup saya 011-11565657.

Hehehehe... Saya dah rasa freedom kerana kulit saya sudah tiada masalah lagi... !!! Yeaaayyy !!!!

Monday, January 16, 2017

IKEA PERSONAL SHOPPER

Assalamualaikum w.b.t.

Dear... !!

Wahhh !! Berhabuk dah blog nih. Adeehhh..
Hahahaha..

Okeys, now dah 2017. Rasa lama sangat dah tak update blog ni. Last tahun 2014.. What ???!!!
Yesss !!! OMG !!

Seperti biasa, azam baru di tahun baru. Bukak FB sana sini, yang menarik perhatian... IKEA PERSONNAL SHOPPER !! Menarik ni. Kebetulan aku ni jenis yang suka pergi shopping (window shopping yang banyak kalinyer... kih kih kih kih). So, terbuka la idea nak buat IKEA PERSONAL SHOPPER ni. COD pada area Gombak dan Selayang ye. Main point kat Stadium Selayang.

Macam mana tu ?
Senang aje.

Cara nak order, ikur je format bawah ni :

1. Browse website IKEA : www.ikea.com.my
2. Wassup Liza di 011-11565657
3. Pas tu korang boleh sent gambar atau list yang korang nak
4. Liza akan wassup terms ye
5. Then, bila setuju ngan terms n quotation, korang boleh buat bayaran
6. Then Liza akan belikan listed barang IKEA, COD pada yang dha buat bayaran. Done !!

Haaa... Mudah tak...?






Wednesday, November 12, 2014

10 Pencuci Mulut Termahal Di Dunia


Jika anda adalah penggemar makanan manis,dan jika anda mempunyai banyak wang,jom habiskan wang anda dengan merasai makanan yang mahal luar biasa ini.Yang lain,telan air liur jela yer..!


 
10. Chocolate Variation
Harga berbagai campuran coklat yang dihidangkan di Mezzaluna, restoran Italia di Lebua Hotel, Bangkok ini mencapai RM2K.Pencuci mulut ini melibatkan lembaran emas yang dapat dimakan, sherbet sampanya dari champagne Roederer Cristal Brut 2000 dan crème brûlée. Rangkaian pencuci mulut ini ditutup dengan Truffle Perigord, Mousse Coklat Strawberryi dan sepotong kek coklat.



 
9. Coklat Noka
Coklat buatan Noka ini dikenal sebagai salah satu coklat paling lembut dan nikmat di dunia. Dengan bahan berbagai coklat terbaik dari seluruh dunia dari negara seperti Venezuela, Ekuador dan Pantai Gading, coklat ini berharga (RM3K) per setengah kilo.


 
8. Kek Sultan
Kek yang hanya dihidangkan di Istana Ciragan di Istanbul ini adalah kek dengan rasa paling menarik dan mewah yang dapat anda temui.Kek yang dibuat selama 72 jam ini berisi buah ara, quince (sejenis jeruk) dan pir yang direndam dalam Rum Jamaika selama setidaknya dua TAHUN!. Topping cake ini dibuat dari karamel, truffle dan, dari gambarnya sudah dapat dilihat, lembaran emas yang dapat dimakan. Harganya? (RM3.5K)


 
7. Truffle Putih
Truffle (sejenis jamur) paling halus dan paling mahal di dunia adalah truffle putih atau truffle alba dari daerah Piedmont di Itali Utara.Jamur terbesar yang ditemukan di dunia sampai sekarang memiliki berat 1,5 kilo, dan dibeli oleh Stanley Ho, pemilik kasino Macau, dengan harga (RM11.5K)


 
6. Chocopologie
Chocopologie buatan Knipschildt ini dijamin akan memberikan pengalaman khusus kepada lidah anda.Kedai coklat yang didirikan oleh Fritz Knipschildt pada 1999 menjual coklat truffle termahal di dunia, dengan harga sekitar (RM17.5K)per kilo atau, (RM900.00) per buah. Coklat buatan Knipschildt ini hanya dijual berdasarkan pesanan, Anda dapat mengunjungi pembuatan coklat ini di 12 South Main Street Norwalk di Connecticut, Amerika, untuk dapat mencuba syurga kecil berwarna coklat ini.


 
5. Macaroons Haute Couture
Untuk urusan makanan manis, Pierre Hermé adalah artis luar biasa. Dengan dua kedai besar yang menjadi pusat pembuatan macaroons di Paris dan Tokyo, Pierre menampilkan satu lagi resepi tambahan setiap perubahan musim (yang bererti empat dalam setahun, bukan dua atau banyak, Paris dan Tokyo kan tidak mengenal musim durian). Macaroons paling terkenal buatan mereka adalah meringue puff dengan bahan pilihan Anda sendiri! Berdasarkan bahan yang dipilih oleh pemesan, macaroon buatan Pierre dapat mencapai harga (RM25K) per kilo.


 
4. The Fortress Stilt Fisherman Indulgence
Makanan yang dibuat salah satu hotel di Sri Lanka ini berharga (RM50K). Makanan ini pernah menjadi makanan kedua paling mahal di dunia. Makanan ini juga tidak kalah nikmat dan menarik dibandingkan dengan makanan biasa. Makanan ini terdiri dari cassata daun emas, serta compote mangga dan delima. Makanan ini akan kelihatan biasa jika tidak dihias dengan pahatan coklat berbentuk seorang pemancing dan batu akuamarin dengan berat 80 karat


 
3. Frrozen Haute Chocolate
Hingga sekarang sundae buatan Serendipity 3 ini sentiasa terpilih sebagai sundae (aiskrim campuran) termahal di dunia, dengan harga mencapai (RM3.5K)per porsi. Tapi kali ini, mereka benar-benar ghairah dlm mencipta aiskrim termahal. Frrozen Haute Chocolate seharga (RM87K) ini adalah hasil kerjasama antara Serendipity 3 dan ahli pembuat perhiasan, Euphoria New York. Sundae ini adalah campuran dari 28 macam coklat, dan 14 di antaranya adalah coklat termahal dan paling eksotis di dunia.
Sundae ini juga mengandung 5 gram emas yang dapat dimakan dan juga ada gelang emas dengan berlian di dasar gelas. Bahkan, sundae ini dimakan khusus dengan sudu emas, dan beberapa butir berlian coklat dan putih, yang dapat anda simpan. Hati-hati,jangan sampai tertelan ya!



 
2. Kek Platinum.
Memang tidak banyak diproduksi, tapi kek seharga (RM450K)ini tentunya tidak akan anda lewatkan dengan warna berkilau indahnya. kek ini dibuat oleh Nobue Ikara, seorang pastry chef terkenal dari Jepun, sebagai penghargaan atas kaum wanita. Kek yang didedikasikan kepada wanita Jepun terkenal seperti Rinko Kikuchi dan Chie Kumazawa ini diharapkan agar mendorong kaum wanita untuk berkeinginan menggunakan perhiasan dari Platinum


 
1. Strawberries Arnaud
Kita tentunya tahu bahawa resepi Strawberries Arnaud adalah aiskrim strawberry, dengan lemon dan anggur merah. Tapi strawberry di restoran Arnaud di News Orleans, Amerika, tidak hanya sekadar buah potong biasa. Bezanya adalah di toppingnya, berupa cincin berlian pink 4.7 karat yang pernah menjadi milik Sir Ernest Cassel, satu-satunya di dunia. Harga makanan ini? (RM5JUTA), kenapa? kerana selain cincin eksklusif tadi, strawberry juga dihidangkan dengan minuman Charles X Crystal yang berharga (RM87K)per botol.

AIR ASIA FREE SEATING !!

1

Kengkawan semua, jom gi melancong!! Air Asia buat promo lagi! Murah beb! Apalagi, booking sekarang! Nanti terlambat, terlepas!!

10 Makanan Yang Paling Mahal Di Dunia

Wow!! Baca title pun dan khachingggg sangat!!
Okeyz.. Ladies, jom survey makanan apa yang paling mahal sekali kat dunia ni... :D



Tempat Ke-10 : MATSUTAKE MUSHROOMS
1.00 USD = 3.02800MYR
Harga : $1000 = RM3028.00




Matsutake adalah nama biasa bagi kulat yang paling dikehendaki selepas pengkajian tentang kulat meningkat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kulat ini merupakan elemen penting dalam cara masakan Jepun. Matsutake adalah amat sukar ditanam kerana itulah harganya sangat mahal. Apabila awal musim bermula, Matsutake Jepun boleh mencapai gred yang paling tinggi iaitu sekitar RM6056.00 sekilo! (wow!!). Untuk perbandingan, nilai purata matsutake import adalah sekitar RM272.50 sekilo.


tempat Ke 9 : THE ZILLION DOLLAR FRITTATA
Harga : $1000 = RM3028.00





Kegilaan kulinari terbaru di New York (sehingga mendaji trendy!) adalah penampilan telur dadar bernilai RM3028. baru-baru ini, Hotel Le Parker Meridien di w.57th. St. telah menambah menu sarapan yang menggemparkan pelanggan tetapnya iaitu bernilai RM605.80 untuk 1 hidangan!. Apabila diselidiki, menu berkenaan sebenarnya adalah telur dadar yang mengandungi campuran telur, udang karang dan telur ikan yang banyak.



Tempat ke Lapan : CHOCOPOLOGIE
Harga : $2600 = RM7872.80




Coklat yang paling sedap dan paling mahal di dunia adalah Chocopologie oleh Knipschildt. Bernilai RM7872.80 per paun, coklat lembut buatan tangan ini hanya boleh dimiliki melalui pesanan. Ianya mengandungi coklat lembut hitam dan 70% koko Valrhona.



Tempat Ke Tujuh : WAGYU STEAK
Harga : $2800 = RM8478.40



Ingin bersosial dengan teman-teman? Jom ke restoran stik terbaik di New York Craft. Stik yang dihidang dengan mata tulang rusuk Wagyu yang amat menyelerakan yang berharga hanya RM8478.40!


Tempat Ke Enam : SAMUNDRI KHAZANA
Harga : $3200 = RM9689.60



Dipanggil Samundari Kahzana yang bermaksud Kahzana Dari laut, merupakan menu yang mengandungi sampuran telur Beluga yang paling sedap (siput laut dan udang karang dengan emas yang boleh dimakan). Menu ini telah pun dilancarkan meskipun harganya mencecah RM6065 sepinggan.


Tempat Ke Lima : PIZZA ROYALE 007
Harga : $4200 = RM12,717.60



Lelongan yang berakhir pada 19 November 2006 dengan bidaan tertinggi dari Peguam Italy Maurizio Morelli yang mencecah hampir $4,200 US Dollar. Morelli adalah ahli pemakanan yang juga merupakan pengumpul coklat dan mine terbaik. Gunness Book Of Records melihat kandungan jualan piazza dan di bawah pertimbangan untuk mengambil rekod untuk Pizza yang paling mahal di dunia dari pembaziran pizza coklat putih yang dicipta oleh Restoran Gordon Ramsay Maze di London.


Tempat Ke Empat : DANSUKE WATERMELONS
Harga : $6,100 = RM12,717.60



Tembikai Dansuke, adalah sejenis tembikai hitam yang hanya tumbuh di Pulau Utara Jepun, Hokkaido. Tembikai ini hanya berjumlah 65 biji sahaja untuk tuaian pertama pada setiap musim. Menurut AP, "lelongan tembikai hitam yang besar di Jepun pada Jumaat, mencecah rekod $6,100, menjadikan ianya tembikai yang paling mahal yang pernah dijual di negara itu".


Tempat Ke Tiga : YUBARI MELONS
Harga : $20,000 = RM60,560



Tembikai Yubari adalah tembikai termahal di Jepun. Harga adalah dalam lingkungan 6,000 ke 15,000 yen (RM181 ke RM454). Yang paling baik adalah dalam lingkungan 20,000 yen (RM605) dan harga lelongan tertinggi pernah dicapai adalah 2 million yen (RM60,560). Emm. Rasa-rasa kalau kat Malaysia, leh je beli tembikai susu. Ada rupa tak?


Tempat Ke Dua : ALMAS CAVIAR
Harga : $25,000 = RM75,700



Telur ikan Almas, ianya berwarna putih, datang daripada beluga yang berumur lebih dari 100 tahun. Ikan beluga, ikan besar dan pemangsa dalam keluarga sturgeon, mengambil masa 20 tahun untuk matang. Dipercayai, semakin putih telur ikan itu, maka semakin tua la ikan tersebut, maka semakin sedap rasanya. Telur Ikan Almas Iran adalah yang paling mahal. Ianya dijual dalam tin emas 24 karat untuk $2000 per 100 gram. Kedai yang diketahui hanya Caviar House & Prunier di London, England, Picadilly yang menjual kilo telur ikan Almas yang mahal dalam tin emas 24 karat untuk $25,000.


Tempat Pertama ! : HUGE ITALIAN TRUFFLE TO FETCH
Harga : $216,000 = RM654,048.00




Cendawan bawah tanah yang paling mahal di dunia telah dibeli oleh orang yang tidak dikenali dari Hong Kong untuk $216,000. Tetapi mungkinkah ada pesaing yang boleh membida nilai yang lebih tinggi daripada itu jika dijual kembali ? Emm... Cendawan putih 1.5kg ini berasal dari Itali, dan dijangka akan dijual untuk nilai 150,000 euros ($216,000) di lelongan amal yang dijadualkan akan diadakan di Macau.

Saturday, September 20, 2014

My Blog Dah Berhabuk !!

Dush!! Dush!! Eiiii!!

Lama betul tak update entry terbaru. Me sibuk la ni tengah kumpul duit nak masuk umah baru. Ye la, nak pasang grill lagi, nak pasang pagar lagi, nak pasang tile lagi.. Huhu. Emm, me ada buat job cikit. jual wideshawl online. Tapi tu la... Sekarang ni pun ramai juga usahawan online yang berjaya... Jelesss me tau!!


hahahaha/... ni le muk me now. Tembam cam doremon tak? Well, bila masuk opis, time gi washroom, tenung cermin terus cakap, naper la muka bulat cam doremon!! hahahaha

Bangun pagi-pagi, rambut dah macam singa. Hehehe.... Tinggal tak terkejut je. Sebab dah biasa. Terus gi bilik air kumur-kumur n mandi sekali. Em, bila mandi guna R-Series Body Syampoo dari Cosway, memang wangi !! Suami me suka sangat bila me pakai body syampoo tu. R-Series lengkap dengan bedak, body spray, EDT, deodorant ngan hand n body lotionnyer. Time ni me beli masa ada sale. ! set dalam RM60. Dapat half price. Terus grab 1 set!!

Thursday, August 15, 2013

Sabun Beras Susu Thailand



Korang pernah tak alami masalah kulit muka bermasalah? Macam aku, kulit muka aku boleh dikatakan kurang masalah jerawat, tapi berminyak n kusam. dah bermacam-macam produk aku try. Lately, my mum suggest satu brand ni, tapi tak lah glamor mana, import 100% dari Thailand. Ini lah dia Sabun Beras Tahiland. Aku try guna. Dalam tempoh 2 minggu, aku dah boleh nampak sedikit perubahan pada wajah aku. 



Sebelum Menggunakan Sabun Beras Thailand


Selepas Menggunakan Sabun Beras Thailand
Nampak tak perbezaannya? hehehe.. Okey, kat sini diterangkan serba sedikit berkenaan sabut tu...

Sabun Beras Thailand ni tidak mengandungi bahan kimia. Macam yang kita semua ketahui, sabun ini dbuat daripada beras, dan beras amatlah elok untuk kesihatan kulit. Seperti juga SKII. Hehehe. Sabun ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan sensitif serta dapat digunakan pada kulit wajah dan juga keseluruhan badan.

Fungsi untuk kulit wajah :

- Khasiat susu dan beras (bahan utama) menjadikan kulit muka lebih cerah dan lembut.
- Menghilangkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati.
- Membantu menghilangkan jerawat dan kulit berminyak.
- boleh juga digunakan sebagai pencuci muka dan membersihkan makeup pada wajah.

Fungsi untuk kulit tubuh :

- Menghilangkan bekas hitam di ketiak, siku dan celahan peha.
- Memberikan kesegaran sepanjang hari.
- Menghilangkan bau badan.

Cara penggunaan :
 - Gosok seperti pencuci muka dan sabun badan selama 2-3 minit kemudian dibilas dengan air biasa.

Haaaa... Berminat?
Boleh pm kalau nak di 011-11565657 (Liza)
RM5 je 1 pc.
 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"