RESIPI

PUDING COCTEL

Bahan-Bahan :
1. 1 tin susu cair
2. 1 tin besar buah-buahan campur (coctel)
3. 1 sudu tepung kastard
4. puding buah (dibuat terlebih dahulu)

Cara membuatnya :
1. Didihkan 1 tin susu cair + air + 1 sudu tepung kastard + 1 sudu esen vanilla
    - sukatan air : 1 tin susu cair = 2 tin air
2. Setelah mendidih, sejukkan terlebih dahulu.
3. Setelah sejuk, (nak lagi sedap, sejukkan dalam peti ais), 
    tuangkan 1 tin buah-buahan campur (coctel).
3. Sedia untuk dihidang!



AYAM MASAK MERAH


Bahan-Bahan :
1. 1/2 ekor ayam
2. Rempah 5 beradik 
3. Sedikit air asam
4. 2 batang serai

Bahan-Bahan Kisar :
1. 9 ulas bawang putih
2. 4 buku bawang besar
3. 1 ulas halia (sebesar ibu jari)
4. 20 tangkai cili kering


Cara Memasak :
1 . Goreng ayam separuh garing. Nak goreng pun boleh.
2 . Tumis rempah 5 beradik terlebih dahulu sehingga naik bau.
3 . Masukkan bahan-bahan kisar kecuali cili kisar.
4 . Setelah hampir garing dan naik bau, masukkan cili kisar.
5 . Kacau sehingga pecah minyak.
6 . Masukkan serai dan kacau lagi.
7 . Masukkan air asam dan kacau lagi. Hehehe..
8 . Masukkan gula dan garam secukup rasa.
9 . Setelah cukup segala rasa, tutup api.
10. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan.
11. Sedia untuk dihidang!




MURTABAK SEDAP


Bahan-Bahan :
1. 1 bungkus kulit popia
2. Sedikit isi ayam
3. 3 biji Kentang (dipotong dadu)
4. 3 biji bawang besar (dipotong dadu)
5. 5 biji telur ayam
6. 5 sudu rempah kari daging
7. 1 sudu kecil rempah jintan putih
8. 1 sudu kecil rempah ketumbar


Bahan-Bahan kisar :
1. 3 ulas bawang putih
2. 1 ulas bawang besar
3. sedikit garam

Cara memasak :
1. Tumiskan bahan-bahan kisar.
2. Setelah naik bau, masukkan rempah kari daging dan rempah jintan & ketumbar.
3. Kacau rata sehingga garing dan pecah minyak.
4. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu.
5. Kacau hingga rata rempahnya.
6. Masukkan 2 cawan air.
7. Kacau.
8. Biarkan sehingga pekat.
9. Setelah itu, sejukkan di dalam bekas.
10. Siatkan kulit popia satu persatu.
11. Selepas itu, campurkan inti satu senduk dengan bawang dan telur.
12. Letakkan di atas kulit popia dan lipat 4 segi.
13. Letak atas kuali dan panggang hingga garing!

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"