Wednesday, June 30, 2010

Ku Disebalik Muncungmu

Waka waka...!!

Romantika D' Morning

WANTED!!!!

kes : suka sayang bini 
lokasi : setiap masa, di mana-mana
report : 123456
gelaran : brad tuuuuuuuuuttttt...........
ciri-ciri : ensom
gelaran : suami mithali

Suka Sangat!

KEKASIH

Akan ku pintal buih-buih
Menjadi tali mengikatmu

Akan ku anyam gelombang-gelombang
Menjadi hamparan ranjang tidurmu

Akan ku tenun awan gemawan
Menjadi selendang menudungi rambutmu
Akan ku jahit bayu gunung
Menjadi baju pakaian malammu
Akan ku petik bintang timur
Menjadi kerongsang menyinari dadamu
Akan ku jolok bulan gerhana
Menjadi lampu menyuluhi rindu oh …

Akan ku rebahkan matari
Menjadi laut malam mu
Menghirup sakar madumu
Kekasih hitunglah mimpi
Yang membunuh realiti
Dengan syurga ilusi …

-Usman Awang-

Tuesday, June 29, 2010

Jenjalan Lagi


Teka, kat mana kitaorang kali nie....?

Sunday, June 27, 2010

Hahahahaha!!

Salam waka waka!!
Today, aku nak citer satu story. Memang kelakar giler. Hari nie our planning gi umah kawin jerk. Tapi my cousin, semir, nak ke Mid Valley. Jadi, aku dengan berbaju kurung tu pun berbesar hati ler nak menghantar Semir ke transit LRT-Terminal Putra. Bila dah sampai sana, aku terus parking keter aku. My hubby dah senget pandang aku. Hehehehe.. Ruper-rupernyer aku nak terus gi Sogo, KL. Nak cari kain ela nak buat baju raya. Hoho...

Bila dah sampai sana, otak aku yang pandai nie pun bagi lah suggestion, kata kat my hubby "Abang, kita beli kain buat sampin ngan kain ayang dulu lah, baru boleh matchkan color baju nanti". So, aku pun gi la carik kain nak dibuat sampin ngan kain, almaklumlah, dari tahun lepas, tema kitaorang yang memang sehati sejiwa nie, hari raya pertama, mesti pakai baju dari kain sama dan kain sampin my hubby aku beli yang songket, sekali dengan kain aku. Tak caya ? Ha...? Jap..


Ha... Nie aku postkan balik gambar aku masa time raya tahun lepas 2009. Ha, tengok! sama tak kain aku dengan kain songket my hubby, n sama tak baju aku ngan baju melayu my hubby (corak kain)? Hehehe.. Memang itu trademark kitaorang. Huhuhu....

Ha, sambung citer tadi balik. So, aku dengan ghairahnyer mencari lah kain nyer. Cari punya cari, ade lah dekat sejam, jumpalah warna yang berkenan kat hati, warna gray, sulam songket dengan warna emas. Memang cantik giler!! Lalu aku pun suruhlah auntie tu potongkan kain tu. Redah jerk la walau pun kain tu semeter puluha ringgit. Potong dalam 5 meter, 2.5 meter untuk kain sampin my hubby, another for me! Pas tu, aku turunlah tingkat bawah, cari lah kainnyer pulak. Cari punya cari, rupa-rupanya kain warna tu dah habis. Puas aku cuba matchkan dengan color yang seakan, tapi tak ada, sejam gak mencarinya. Last-last aku dah boring, aku letak je kain tu kat tepi, buat-buat tak nampak, beli kain warna lain. Hahaha.... Lucu bangat sih!!!! Mujur bangla kamdar tu tak nampak. Hohohoho... My hubby siap geleng kepala. Ish ish ish... Bukan dia tak tahu perangai bini kesayangan dia nie. Hehehehe..... Jadi, maka adanyer citer tadi, membuatkan my hubby sound aku, "minggu depan ayang gi sorang je la ye..." Hehehe.. aku dah tersenyum.."Boleh ke abang bagi ayang gi sorang..." Hehehehe.. Korang agak?

Our Planning Today!!

Our planning today!!! Tak de kemana-mana pong. Hehehe.. Sajer buat gempak cikit. Hoho.. Jap lagi nak gi umah sedara abah kawinkan anaknyer. Tak jauh, kat Pinggiran Batu Caves jerk. Huhu. Rasa perut cam meragam jerk. Amin, Tak makan lagi nie. Harus gi sarapan. 

Baju my hubby pun tak gosok lagi. Apa? Tak payah gosok? No no no no....... (sambil goyangkan jari. Hehehe) Tak baik tau... Jap lagi i gi gosok ler.... Nak bagi ensem sikit.. Hehehe. Sikit jerk... Aku nak citer satu citer yang best nie..

Semalam aku nak kuar nak gi beli baju raya. Errr... baju tak beli lagi.. Sungguh!! Tak sempat, dah sibuk memanjang dengan fotografi. Nie start minggu pertama sampai minggu  ke tiga bulan 7 dah fully book. Itu yang aku planning nak beli hari semalam. Yang aku tahu, start semalam kul 12.00 tengahari, jalan kat kl tutup sebab diaorang buat larian kebangsaan. Aku planning nak naik lrt jerk. Dah siap-siap nie, my hubby drive nak ke lrt Gombak. Sampai jerk Lingkaran tu, keter tak gerak!! Terus aku patah rumah balik sebab kul 5.30 petang tu aku ada appoinment dengan customer pasal fotografi nie. So, sudahnyer, aku makan kedai mamak jerk la dengan baju lawa-lawa tu. Huhu

Saturday, June 26, 2010

Jamuan Perpisahan

Hari Jumaat semalam, aku sempat ke Bahagian Dasar, KPKT sebab dipanggil untuk jamuan perpisahan. Seronot nyer!! Memang banyak sangat makanannya. Nasi lauk kampung, ulam-ulaman, ada buah, pemanis mulut, macam-macam lagi. Aku makan sampai kenyang giler! Hahaha... Giler weiii!! Tetido aku kejap. En Zaidi pun ada. Aku siap ler bantai dia "sebab pesan En Zaidi ler saya tukar kat IPD tau. Tak best giler....." En Zaidi senyum jerk. Boleh lak kata "bukan salah saya..." Huhuhu...

So, nothing happened. That day, aku mc satu hari. Walawei!! boring siuttt.... tak tau nak buat aper. Dok umah dok main internet jerk la kejer nyer.

 Thanks su sebab ambik gambar nie.. Mujur su ada kamera. Huhu....

Thursday, June 24, 2010

Macam-Macam Perangai!

Hari nie aku tak dapat gi kejer. Gigi aku sakit. Huhu.. Jadi, aku dok umah je la memanjang. Tapi tak pe, walau pun dok umah, aku leh la update blog aku nie. Hehehe....

Sesungguhnya banyak impian aku yang telah tercapai. Ye ke? eemm.... Tak jugak. Sudahh!!! Aku sebenarnya ada menyimpan satu angan, iaitu nak punyai novel sendiri. Dulu aku pernah menulis, tebal jugak hasil penulisan aku tu. Tapi bila dah meningkat usia, terus hang aje citer tu. Cerita berkisar cinta antara dua manusia, terlerai dek penangan insan ke-3. Banyak kali jugak aku tukar tajuk novel nie, tapi entah la, terbengkalai jerk. Tapi tak pe lah, maybe next time...... Hopefully!!!

Tuesday, June 22, 2010

Sehari Di Balai Polis Desa Jaya

Addduuuhhhh.....
Sakit jiwa bila pepagi jerk dah kena pikir nak pakai baju aper. Semalam dah kena gi perintah ambik minit hari nie. So, hari nie aku lak sakit kepala nak pakai baju aper.
Aku terus capai baju kurung ape ntah... Siap ala kadar jerk. Karang my hubby sound lak, lawa-lawa tu nak kemana ye... Hohohohoho.. Dah la lambat bangun, nasib baik sempat gosok baju hubby sekali.

Huhuhuhu. Habis jerk meeting, my big bos belanja kitaorang kat PAPARICH. Sedap gak. Kompom lepas nie ajak hubby datang sana. Ni nak balik dah nie. Rasa cam nak makan mee goreng kat kedai biasa lepak tu. Weeiiihhhh!! Best ooooo....

Sunday, June 20, 2010

Job n Job n Job n Job!!


Arrggghhhh!!! Tension!!  Job tak sudah-sudah! Bulan nie jerk hampir penuh. Tinggal hujung bulan jerk yang free. aduhhh.. Bila dah shoot, nak design untuk album pulak. Aduhhhh.... Penat usah citer la. Memang penat giler. Minggu lepas yang best lepas shoot, terus lepak kat Umbai, pekena ikan bakar. Perrgghhh... Berbaloi-baloi.. Hehehe.. Thanks to Mus, member my hubby, sebab nak join sekali... Kalau tak memang susah sikit ler sebab nak shoot untuk 2 pasang pengantin. 
Berbalik semula pada story asal, malam nie aku ngan adik-adik aku rancang nak sambut birthday my dad. So, rancangan awal nak belikan kek, tapi my dad tak makan kek. Jadi, tukar plan. So, dah pakat-pakat beli kfc. Hehehe.. Tekak lak ngidam macam-macam. Entah ler..Entah apa lah lagi yang nak lagi lepas nie... Kalau dah ikutkan tekak, cam tu le jawabnyer. Hahahaha...... Kata my hubby "nie kalau dah berbadan dua, jangan nak mengada-ngada ikut tekak sendiri, yang nak makan sekali tu anak... Karang sebab tekak sendiri, anak yang jadi mangsa.." Aku siap cubit peha laki aku. Perrgghhh... Kan aku dah kena sound ngan laki aku sendiri. Hehehe.

Alhamdulillah. 2 album dah siap. Boleh lah gi kedai buat album. So, pasal berek polis yang IPD Gombak bagi kat aku tu, aku tak pindah lagi. Kuarters kat Putrajaya aku dah pindah keluar. Then aku dah masuk berek polis kat IPD tu. Keluasan? Emm... boleh la... Tapi kalau pilihan diberi kat tangan aku, aku tetap memlilih untuk menetap di kuarters Putrajaya, jauh dari kebisingan dan kesesakan. Tapi apa pun, yang pasti, aku tak kemas lagi umah berek tu. Bukan apa, dapat kat tingkat 4, tak ada lif. Perrgghhh... Menapak tu yang paling best sekali. Huhuhu... Dapat awal bulan 5, sampai la nie tak masuk kan apa-apa perabot pun. Bukan apa, kan aku dah habaq, job tak surut.. Tapi aku tetap bersyukur kerana reski yang DIA bagi tak pernah putus. Alhamdulillah...... Pengalaman lalu ku jadikan pengajaran yang paling berkesan dalam hidup ku.

Sunday, June 13, 2010

Kat Melaka Pulak...

Salam semua...
Okey, kali nie job aku kat Bukit Rambai, Melaka. Dah dekat sangat dengan pantai. Hehehe


Last minute baru nak booking hotel, jadi dah tentu-tentu semua penuh. Mujur dapat kat Semabok Inn. First impression, tak ok sangat sebab harganya memang murah, dalam RM70 satu malam. Tapi aku jamin korang memang patut tempat kat situ. Bilik dia kalah first class room tau!! Serius!! Aku stay sini sampai Isnin. So, check out nanti terus singgah umah kakak ipar aku sebab anaknya masuk hospital, kena gigit ngan anjing. Cian dia... Aku sampai sini dalam hari jumaaat kul 2 lebih. Jem jugak sebab kebetulann sama waktu dengan SUKMA kat Melaka nie. Ingat malam nie nak makan ikan bakar kat Anjung Batu, tapi tak sure lagi.. Jalan banyak tutup sebab SUKMA. Tapi tak pe, ada jalan lain. kot. Hehehe. Okey lah.. Aku nak bersiap. Kul 3 nanti aku nak kuar sebab pengantin request outing shoot hari nie... jadi, aku nak ambik sunet view. Walla.....!!!

Thursday, June 10, 2010

Pagi yang kelam


Pagi-pagi lagi dah bertekak. Aku pun tak paham. Aku paham aku, tapi aku gak kena salah.... Hai, entah la.. Trusted me is nothing!!! Entah apa-apa ntah. Nobody love me. YOU?????? Huh!! No way!!!

Thursday, June 3, 2010

Satu petang yang damai.....

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar halus lembut di pipi. Deras terasa dinginnya. Butir bicara ku amati dengan teliti..

Aku     : Kenapa riak abang nampak macam susah hati?

Suami ku masih diam. Memandang terus ke hadapan.

Aku     : Kalau ada masalah, cerita lah.... Mungkin ayang boleh bantu....

Suami ku memandang mata ku. Muka ku merah menahan rasa malu dek panahan renungan yang penuh dengan kasih sayang...
Suamiku masih diam...
Dan aku seakan mengerti masalah yang diahadapinya.....
Memang berat masalah itu.....

Aku     : Sabar lah bang. Ini ujian buat kita.

Suami  : Abang bukan Nabi yang boleh ampunkan semua umatNya. Nabi telah dibersihkan dari segala kejahatan, kemarahan, hasad dengki, sakit hati..... Tapi abang bukan Nabi sayang......... Sakit hati tetap ada walau sekelumit....... Dia buat abang, buat kita sampai kita terpaksa ikat perut untuk makan.......

Aku memegang erat tangan suamiku.. Hujung mataku bertakung air mata yang semakin berlumba untuk
turun menitik.
Aku hanya mampu mengusap belakang suami ku sebagai penenag duka yang sekian lama terpendam di ceruk hatinya. Aku redha....

Wednesday, June 2, 2010

Happy Birthday to my lovely little sister

Happy Birthday Angah!!
Happy Birthday Fiqah!!

Hehehe.... Ha, ambik... potong 2 kek sekali. Memang cool giler.. Huhu.... Jadi, harap adik-adik aku nie berjaya capai matlamat hidup dan kerjaya masing-masing. Muuuahhh!! Kaklong sayang semua...








Tuesday, June 1, 2010

Jalan-Jalan Kat Genting Highland pada 11.04.2010

Jom jalan-jalan kat Genting Highland. Best wooo... Hehehehe... Sejuk ke? Tak gak... Kiranya sejuk cam tu jerk.. Gi ngan adik beradik ngan sepupu sekali. Huhuhu........ Fiqah, Angah ngan Semir... Naik gendola, seram sejuk.... Hehehehe.. Ingat next time nak tido semalaman kat sana nanti.. Bila ye..... Thanks to my hubby sebab support ongkosnyer.... Hehehehe....Nanti kita gi melancong lagi nak tak?












































 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"