Saturday, October 17, 2009

Penatnyer...!!

17.10.2009
Happy Deepavali! Kepada yang meraikannya...
So, hari ni sedara mara aku dari Melaka dan Kajang datang ke rumah. Beraya lah katakan.... Ni bukan raya lagi, siap berkaraoke lagi... hihihi... Alamatnyer gelap ler langit kat luar sana tu...
Petang ni aku cadang nak gi rumah Kak Ita, dia buat makan-makan. Start jam 4 petang.. Ingatkan hari ni nak tengok citer Cloudy With The Change Of Meatballs....
Tapi tak per, hari rabu kan ada..
hihihihihi..
Aku cuti nanti hari rabu...
Tak sabar rasanyer.....!!

Friday, October 16, 2009

Birthday Aku...

Happy Bitrhday To Me...!!!
Tak sangka dalam diam tak diam, umur aku dah menganjak ke 27 tahun...
27? Yeeeaahhhh!! Still Younger... hihihihi...


Cantik tak?
Inilah hadiah dari my hubby...
He give me rantai kaki emas...!! Soo sweet..........
Terima kasih abang.....
baru teringat, abang pernah tanya, nak hadiah apa utk tahun ni?
Ayang tak cakap apa2, cuma minta keikhlasan dan ketulusan hati
dalam melayari hidup berumah tangga...
Dan tak sangka.....
My Hubby belikan rantai kaki utk aku...
Patutlah bila balik kejer ternampak paper bag dari Poh Kong....
hihihihihi....
Love U HoNeY........
MMuuahhh!!


My cousin n my younger n youngest sister....
Thanks to you all...
Sebab hadiahkan kaklong dengan kek ais cream!!!
Sedap.......
HIHIHIHI... Nak potong kek memang keras...!!


Ingatkan tak ada kek, dah rasa nak nangis...
Lari masuk bilik, my hubby pun follow...
Siap pujuk lagi dalam bilik....
Sambil berbisik.. "tak apa lah yang.. Tahun ni tak ada kek...
Hadiah pun tak ada, cuma doa dipanjangkan usia...."
Aku tak pandang dah anak mata hubby..
Air mata dah nak menitik...
Siap ada kata maki..... "apa lah, belikan lah kek...
Yang kecik pun tak apa, asalkan ada...
Yang coklat, yang krim, yang pasang lilin..."
tapi tak sampai hati nak kata...
Tak lama lepas tu, dengar orang panggil...
Alamak, nak apa lagi...
Rupernyer nak bagi surprise...
Kek ngan hadiah kat atas meja...
Dengan sate, kuah kacang, nasi impit...
Mak aiii!!!
Banayak reski depan mata...
Aku naik malu....
Nasib baik tak meleleh air mata...
Kalau tak, comfirm kena HAHAHAHAHAHAHA!!!!!


For me...
Aku berazam utk jadi yang terbaik...
menjadi isteri yang terbaik..
menjadi pendengar yang terbaik....
menjadi penjaga yang terbaik.....
dan menjadi ibu yang terbaik....
Insyaallah.....
Betul tak kengkawan....!!


Utk kengkawan....
Aku wish....
Semoga kalian menjadi kawan aku yang terbaik...
dan moga kalian menjadi kawan yang mengenal kawan...
Dan aku doakan kalian...
menjadi apa yang kalian harapkan......
Insyaallah....

SELAMAT HARI LAHIR SHALIZAH...!!

Tuesday, October 13, 2009

Bengkel Sistem Klasifikasi Fail Siri II

Time ni aku kursus kat Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands...
Thanks to staff Arkib Negara sebab conduct kursus hari tu...


So far, okey lah....
Tak ada masalah...
Aku pergi ngan member aku, Maslina....



You all nak tahu, ada peristiwa kat sini...
Sepatutnya kursus start hari rabu malam, kul 8.30 malam...
Aku ngan Mas naik Genting ny my own Myvi...
So, kitaorang sampai early night, dalam kul 5.00 petang...
Dalam schedule, check in dalam kul 6 petang...
Urusetia nampak macam dah sampai...
So, kitaorang terus chek in. Dalam kul 8.00 malam, kitaorang dah siap-siap nak gi kelas.
Bila turun makan, rupa-rupanya urusetia bagitau kelas malam tu tunda kul 9 malam.
Nasib baik kau tak bwak lagi lap top turun.
So, lepas makan, kitaorang naik bilik.
Dalam kul 9 malam, aku dapat call dari urusetia, diaorang bagitau malam ni punya
kelas tunda esok... Sebab?
Sebab rombongan kursus baru sampai.
Risik punya risik, rupa-rupanya bas dari KPKT bertolak dalam kul 7 lebih malam..
Aku punyalah mengutuk..
Kalau tahu, aku ngan Mas nak naik cabel nak gi Genting..
Ni dah lewat baru nak bagi tau..
Hampeh la.....
Last-last kitaorang pakat nengok tv kat bilik jerk...
Hai la, nasib baik rancangan tv join Astro...


Tapi satu menu yang aku tak dapat luper.
Korang tau aper...?
NASI GORENG TOM YAM....!!!! SEDAPPP...!!!
SEDAAPPPP SAAANGGAAATT...!!!
Kitaorang punyer teringat sampai termimpi-mimpi....
Try buat, tapi tak sama gak,......
Huuwaaaa....!!!
Seri Malaysia Genting..... Leh bagi resipi tak...?????
hihihihihihi....




BENGKEL SISTEM KLASIFIKASI FAIL SIRI II
7 - 9 OKTOBER 2009 (RABU-JUMAAT)
HOTEL SERI MALAYSIA, GENTING HIGHLAND

Saturday, October 3, 2009

Hari Makan Sedunia!!

Wah!!!!
Hari ni mak aku nak buat open house untuk anak-anak muridnya. Katanya nak buat mee kari... Apa? Mee Kari?
Sedaapppppp.........................
Okey lah. Itu part mee kari.
Kita citer bab lain laks..

Anyway, malam tadi kat rumah mak aku ada buat majlis marhaban dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri. Kitaorang masak nasi beriani. Bapak aku yang jadi ketuanya. Rasanya? Sedap giler.. hihihihi.. Ye la, orang dah biasa masak nasi kat umah kenduri kawin. Tapi aku rindu lah kat umah sendiri. Ye la, mungkin nasib tak menyebelahi, aku kena tinggal dulu dengan mak aku.
Itu yang aku nak citer.

Ada sesetengah orang menganggap, tinggal di rumah mak ayah lepas kawin lagi baik dari tinggal sendiri. Tapi berbeza dengan aku. Aku kalau boleh biarlah tinggal rumah sendiri (walau pun menyewa) lepas kawin. Suami aku pun agree. Bukan apa, sebarag hal yang berlaku tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tul tak? Tipu lah kalau ada kat luar sana yang tak nak mengaku teringin sangat nak tinggal rumah berasingan (maksud aku, tak tinggal sekali dengan mak ayah atau mertua lepas kahwin) walau pun sekelumit kan??

Kadang-kadang kalau mak ayah atau mertua nak datang rumah kita, diaorang susah sangat nak datang. Salah satu sebab? Diaorang segan sebab itu rumah mertua, segan pada mertua mesti ada. Lain kalau rumah sendiri, mak ayah atau mertua boleh datang dan tidur pada bila-bila masa. Lagi satu, hidup sendiri mengajar aku erti berumah tangga. sekurang-kurangnya aku belajar utk masak sendiri, mengemas rumah sendiri, berdikari sendiri, menjaga makan dan pakai suami sendiri (tak lah bila balik rumah, lauk pauk dah terhidang. p/s : tak ke menyusahkan mak ayah atau mertua, walau pun diaorang senyum depan kita, tapi hati orang tua, kita kena tahu), dan yang paling penting ada privacy sendiri. Bab melawat orang tua, menjaga mereka, itu memang tanggngjawab kita. Mana ada dalam dunia ni, anak tak sayang mak ayah. Bagi aku, bila kelapangan, sabtu dan ahad adalah hari terbaik untuk aku datang melawat mak ayah aku atau mertua aku. Tak dinafikan, ada sesetengahnya mengganggap tanggungjawab sebagai anak mengikat mereka utk terus tinggal bersama.. Menunjukkan rasa sayang dan tanggungjawab pada ibu bapa atau mertua meluas skopnya. Cuba kita pandang wajah mereka, mereka juga mengharap kita agar menjadi pasangan anak mereka yang terbaik. Dan cuba kita renungkan, mak ayah dan mertua kita juga tinggal berangan dengan atuk dan nenek di kampung. See??

Apa pun, hal ini terpulang pada pandangan individu.
Aku teringat pada bos aku, En. Avtar. Masa aku baru nak kawin dulu, dia sempat pesan pada aku, "be yourself. Better you all berdikari. Itu akan ajar you macam mana nak hidup..." Now, aku berpegang pada prinsip itu. Terima kasih En Avtar.

Now, I'm still looking for new house. Kelmarin dapat kuarters di Putrajaya. Awalnya my husband agree (dengan alasan, ada member baik pun macam tak ada member. Langsung tak nak call atau sms tanya khabar... Lagi makan hati, dah banyak tolong pun tak nak ucap terima kasih.. Alang-alang tak nak jumpa, baik duduk jauh terus...Aku pun iye kan ajer la.... Member mana satu pun aku tak tahu.. setahu aku, my husband ni banyak member..) hihihihihi, tapi last minute cancel, sebab pikirkan perjalanan yang makan masa hampir satu jam dari tempat kerja ke Putrajaya. Penat tu...... Well, aku pun risau gak kalau dah macam tu. Dan tercancel lah kuarters tu. Tapi tak pe, sebab aku dah masukkan balik list nama aku dalam senarai pemohon kuarters Jalan Duta, Kuala Lumpur (walaupun tahu lagi setahun dua akan dapat.. huhuhuhu...)....


Keep looking.....
Still looking........

Looking and looking.......................

Friday, October 2, 2009

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"