Selamat pagi semua!! Assalamualaikum w.b.t...
Macam nak bagi syarahan laks. Hehehehe. Well, aku dah apply cuti untuk tarikh 10-11/12/2009, 21/12/2009 dan 28-29/12/2009. Untuk apa? Emm.. 10-11/12/2009 tu aku nak gi ambik kunci kuarters. Nak settlekan deposit untuk bil api ngan air. Sebab apa aku cuti? Sebab deposit air Syabas aku kena bayar kat Kompleks Salak Tinggi, Sepang! Jauh kan? Ha, tu la. Aku tanya orang tu, kenapa tak leh bayar kat area KL ke, area kat mana-mana jerk la. Dia kata tak boleh sebab area Putrajaya, Sepang dah pegang. Oh gitu rupernyer. Tapi bil api aku kena settle kat Anjung Putrajaya. Itu dekat jerk. 21/12/2009 lak aku memang nak cuti sebab 19 ngan 20 hb tu aku balik Melaka, my cousin kawin. Jadi, takut penat tak larat, aku ambik cuti awal-awal. 28hb tu pulak, my mother in law buat operate mata kat Hospital Seremban. My Mother in law memang ada sakit mata. Katanya pandangan mata kabur. Kami risau gak. Ambik cuti dua hari, my hubby pun ambik cuti 2 hari gak. I ye lah, ada gak nanti yang temankan my mother in law nanti. Rasanya semua adik beradik belah my hubby ada kot. Aku tak sure. My hubby pun tak contact my father in law untuk tanya detail.
Tarikh-tarikh yang dah ditempah (cheewahhh) !
10 Disember 2009 - 11 Disember 2009 : Settlekan pasal kuarters
12 Disember 2009 : Balik Melaka untuk hantar belanja kawin kat sepupu (dah menanam)
19 Disember 2009 - 20 Disember 2009 : Sepupu kawin
25 Disember 2009 - 27 Disember 2009 : Honeymoon kat PD
28 Disember 2009 - 29 Disember 2009 : Balik Nilai
Wah! Padat tak? Hehehehehe.... Emmm, tu pun ada yang tarikh bertindih. Misalnya tarikh 19 Dis 2009 tu my bos En Azam buat kenduri kawin (Selamat Pengantin Baru En Azam). Ha, kan dah kata, mesti tertindih. Tul tak? My mum lagi lah sibuk. Dah la dengan kelas KAFA lagi, budak-budak baru nak mendaftar kelas satu hal, marhaban untuk rumah kawin satu hal, kenduri kawin umah sedara mara satu hal. Ish ish ish. Sabar je la mak kan. Kan! Kan!
Tuesday, December 8, 2009
Monday, December 7, 2009
Key Call
Syukur Alhamdulillah..
Akhirnya terima juga panggilan yang ditunggu-tunggu..
Akhirnya dapat juga aku jengok kuarters kat presint 8 tu. Yes! dan akhirnya aku punyai rumah sendiri walaupun bukan rumah beli. Hehehehehe. Nie alamatnye : No. 8, Tingkat 5, Blok TD, Presint 8 Fasa 4C, Putrajaya. Lepas je dapat call aku terus apply cuti hari Khamis untuk ambik kunci. My hubby siap dah design rekabentuk rumah ngan susunatur perabut lagi. Lagi pun iyelah kan, nama pun kuarters. Nak ubahsuai pun tak boleh sangat. Tapi tak pe, yang penting dah dapat. Cadang tu memang nak beli gak. Korang tau my hubby dah terpikat kat area mana?
Selayang Spring
Cantik tak?
Ha.. Kat sini lah yang my hubby berkenan tu. Katanyer first time yang survey dah terus jatuh cinta. Hehehehe. Hari tu gak pergi rumah contoh kat area kolam air panas Selayang. Cantik, nice view. Design kat dalam berkonsep kontemporari. Ada dari 3 bilik ke 4 bilik. Baru lounch fasa 1. Akan lancarkan Fasa ke-2. Dikhabarkan dan diberitahu, Fasa ke-2 lebih mahal sikit. Mungkin sebab dari segi fasiliti ngan viewing nyer.. Cantik. Tapi tak pe, perlahan-perlahan. Insyaallah. My hubby kata susun atur dan konsep yang diketengahkan juga amat memuaskan hati. Bukaan yang besar. Memang cute!. Tapi my hubby kena sabar sikit, sebab buat masa sekarang komitmen banyak lagi. Macam-macam nak kena bayar. Faham-faham jer la. Tapi mungkin satu hari nanti, Insyaallah..
Masa Untuk Honeymoon
Yeeaahh...!!
Masa untuk honeymoon!!
Tak sabar rasa nak tunggu 25 Dis 2009. Time tu aku nak gi bercuti kat Port Dickson. Apa? PD? hehehehe.. Dekat jerk. My hubby reserve Thistle Resort, Port Dickson untuk 3 hari 2 malam. Sajer nak lapangkan fikiran, rehat-rehat katanyer. Lagi pun dah dua-dua kerja, jadi tak banyak masa dapat diluang bersama. Aku ikut ajerk. hehehehe... Insyaallah, mudah-mudahan tak ada aral melintang.
EEmmmm....
Aku sebenarnya nak try tengok kalau ada kosong lagi, sebab ingat nak bawak mak abah gi mandi laut sekali.. Tapi tak de kosong la. Tetiber teringat nak gi Cameron. Sejuk wooo... Dalam perancangan akan datang, cadang nak ke Langkawi. Tapi tak tahu tarikh lagi. My mum asyik busy dengan jadual marhabannyer. Almaklum ler, time cuti sekolah, time tu le musim orang kawin.. (Macam aku gak tahun lepas... Pandai jerk nak kata orang yer...). Tu yang tak tahu lagi tu. Anyway, tunggu aku upload gambar honeymoon aku yerk..
Masa untuk honeymoon!!
Thistle Port Dickson Resort
- honeymoon suites
EEmmmm....
Aku sebenarnya nak try tengok kalau ada kosong lagi, sebab ingat nak bawak mak abah gi mandi laut sekali.. Tapi tak de kosong la. Tetiber teringat nak gi Cameron. Sejuk wooo... Dalam perancangan akan datang, cadang nak ke Langkawi. Tapi tak tahu tarikh lagi. My mum asyik busy dengan jadual marhabannyer. Almaklum ler, time cuti sekolah, time tu le musim orang kawin.. (Macam aku gak tahun lepas... Pandai jerk nak kata orang yer...). Tu yang tak tahu lagi tu. Anyway, tunggu aku upload gambar honeymoon aku yerk..
Satu Malam....
Aku kena bersiap untuk perkahwinan ku. Tapi siapa lelaki itu?
Ah, itu aku tak peduli. Cuma yang aku tahu, aku akan berkahwin. Ya, pada lelaki itu.
Aku nak make up cantik-cantik untuk hari itu. Wah! Memang betul aku nak kawin.
Bila masa aku kenal lelaki itu? itu tak penting. Yang penting aku nak kawin.
Tiba masa yang dinantikan. Bunyi kompang dah bertalu kat halaman. Tak pe, kejap lagi sampai lah tu pengantin lelaki...
Tunggu.. dan tunggu...
Kenapa lelaki itu tak sampai. Sampai hati tak datang. Aku kecewa sangat-sangat.
Dan aku dengar "Siapa kau nak kawin dengan dia. Kau tak layak. Kau siapa.."
Sungguh! Aku memang kecewa sangat!
Hari kedua..
Juga hari perkahwinan ku..
Aku juga nak bersiap kala ini. Bersiap dengan make up juga cantik-cantik.
Baju pun cantik, crown pun cantik. Bak puteri. Aku tersenyum sendirian..
Tapi belum sampai tok kadi, aku rasa aku perlu mencari mu. Maka aku berlari keluar sambil menuju arah entah kemana mencari juga dirimu. Aku tak nak kehilangan sekali lagi. Hampa sungguh rasa ditinggalkan. Sedih sungguh rasa dikecewakan. Tak pe lah, biar aku cari lagi. Memang mencari itu menghampakan. Sungguh hampa. Engkau tidak juga aku temui. Engkau hilang, hilang tanpa khabar berita...
Hampa...
hari ketiga...
juga pada hari perkahwinanku..
Aku bersiap.. Bertudung litup. bunga yang cantik di atas tudung kepala ku.
Persis puteri kayangan. Aku mencari. Aku tak mahu kecewa. Hari kawin aku, aku nak ada pasangan. Aku terus keluar mencari. Lelaki itu harus aku temui. Aku berlari mencari-cari. Rasa sebak datang di hati. Sebak sangat. kenapa semua hilang. Telefon di cari. "Abang kat mana?" Tanpa disangka, satu jawapan muncul "Abang di belakang ayang...." AKu menoleh. Macam tak percaya, engkau berdiri di situ! Aku tidak hampa!
Seketika, aku terjaga dari tidur. My hubby aku tenung sedalam-dalamnyer. Berbunga rasa kasih dan sayang, berbukit rasa rindu dendam. Ya... Jodoh itu di tangan Allah S.W.T. Dia yang lebih Mengetahui segala-galanya. Syukur padaMu Ya Allah. Love U Honey...
Pesta Buku 2009
Huuwaaa...!!! Terlepas lagi........
Sedihnyer.. Aku salah seorang peminat setia novelis Ramlee Awang Murshid. Pagi nie bila naik kejer, Kak Ita bagitau, dia nak sms semalam (Ahad), nak bagitau ada pameran buku Kat Shah Alam, tapi terluper. Apa? Kat Shah Alam? Perrghhh.... Huuwaaa..!! Padahal aku kat Shah Alam semalam. Ish Ish Ish..... Sedihnyer.... Aku pun tak tahu sebenarnyer. Tak pe Kak Ita, lain kali kita gi sama ye...
Ramlee Awang Murshid
- Novelis Thriller
Karya terbaru bertajuk 9 Nyawa. Patutlah lepas aku gi PC Fair kat KLCC, aku singgah kat Kinokuniya, survay novel. Terjumpa laks novel 9 Nyawa karya Ramlee Awang Murshid. Mungkin juga novel baru. Aku pun beli lah. Tak sangka lak memang novel baru. Baru dilancarkan pun. Tapi rugi lah tak gi kat Shah Alam tu, sebab time tu dia ada sekali. Nak mintak tandatangan dia!! Huuuwaaa...!!!! Tapi tak pe. Mungkin lain kali leh dapatkan tandatangannya. Insyaallah... Tapi my hubby tak tahu rasanyer yang aku peminat Ramlee Awang Murshid. my hubby cuma tahu aku peminat karya Ahadiat Akasyah. Yang power hasil Lagenda Budak Setan. Nak difilemkan dah rasanyer.
Karya novelis lain juga best. Macam Norhayati Berahim hasil Ombak Rindu. Memang best! Cuba lah baca. Tak rugi. Setakat nie ada lebih kurang 20 koleksi buku novel yang ada dalam simpanan aku. Antaranya .....
Yang lain-lain aku tak ingat tajuknyer....
PC Fair 2009
Selamat datang PIKOM PC Fair 2009!!
Ramai giler orang datang. Aku sempat pergi dengan my hubby jengok kat PC Fair nie. Pening kepala pun ada. Tapi memang best giler. Hehehe. Target nak ambik beg jerk. Tapi barang-barang memang murah. Ada satu jenis alatan yang aku tunggu sangat nak beli. Harganya dalam 4 ribu lebih. Tapi kat PC Fair nie dah turun RM4099. Apa dia? Tunnggguuu............
EEmmm.. memang setiap kali ada PC Fair nie, yang jadi tumpuan ialah model-modelnyer. Seksi giler! Wa cakap kat ur all beb. Memang seksi. Bak kata my hubby "reski jangan ditolak..." Hampeh......
Seksi maut... Caya tak cakap aku? : )
Wachhaa...!! Besornyer rantai bulat tu...
hari tu aku penat jalan. Bingit pun memang terasa gak. Memang bingit giler. Tak dapat nak tengok dekat. Datang jerk dah kena serbu. Hai la.. Aku gi ngan mak dik, pak dik,Qistina, my hubby ofcourse, my cousin, dan anak-anak mak dik.
Mak dik siap sumpah seranah, tak mau ikut lagi. Hehehehehe.. Kena paksa ler katakan.... Tapi Qistina comel tak? Errr.. Tudung putih tu pun comel kan? hehehehe.. Mak dik ni instructor untuk erobik kat Melaka. Badan dia, fuhh.. Memang cantik. Dulu tembam, sekarang sampai pak dik tak nak lepaskan .. Hehehehehe.. Aku pun nak jadi macam dia lah. Tapi kenalah selalu senaman....
Sempat lak bergambo dengan 'orang mas' nie..
Amacam, ada gaya tak??
And last.....
You all guest who? Hahahahahaha.....
Yummy Yummy!
Yummy!! The best testy popia yang aku pernah rasa. Hehehehe. Tak sangka lak popia nie sesedap ini. Sebelum nie masa aku kejer kat Kementerian Kewangan Putrajaya, selalu gak makan kat Alamanda, Putrajaya. Tapi tak terlintas lak nak makan popia nie. Ye la, tak makan sayur lah katakan. Dulu ingat lagi, selalu yang order popia nie (bab kirim mengirim ler nie..) ada akak yang jaga tepon kat pejabat lama.
Then, pergi hari tu, perrgghh.. bukan main sedap popia nyer. Kalau 5 bintang, aku bagi 7 bintang! Ceh!! Lebih-lebih laks. Ahaks...
Thursday, December 3, 2009
Aku Boring laarrrr...
Perrrgghhh! Aku boring giler! My bos cuti kawin. Tak ada kejer la nak buat. Bawak laptop kat opis, tapi nak bukaknyer alahai, rasa malas jerk. last-last turun bawah kat kedai buku, beli ler majalah Anjung Seri. Baca punyer baca, aku lagi boring. Bukan apa, aku bukan jenis serius type! Ahhh!! Tension lagi!! Tak boleh jadi ni. Turun lagi kedai bawah. Kali ni aku terus beli buku Mastika, Eh!, Remaja dengan InTrend. Hahahahaha. Puas hati aku. Spend duit dalam 30 ringgit gak laa.. Tapi aku tak kira, aku dah boring giler dah..!!
Tuesday, December 1, 2009
Mak oh Mak.....
Best kalau dapat naik flight. Tapi mak tak nak naik flight! Takut katanyer. Tapi aku tetap nak pujuk mak naik. Ye laa, tak de la asyik dengor jerk kata orang best naik flight. Kalau boleh nak mak rasa sekali naik. Tu la, nak pujuk lagi. Cadang nak bercuti ke Langkawi. Hehehehe. Jejak kaki lagi ke Langkawi. mak kata nak naik keter, senang nak beli barang katanyer. Padahal macam lah anak mak nie tak tahu, mak takut naik flight yer.. hehehehe.
Tak lah mak, tak gegar pun. Sikit pun tak ada. Kalau langgar awan pun, tak goyang. Mak selalu tengok citer omputeh, tu ler... Hehehehe.. Mak jangan risau, sebab menantu mak kata nak belanja tiket pergi balik. So, apa lagi mak, naik jerk.. (pasang tanduk jap..).
Tak pe ye mak, nanti mak try naik yer....
Mmmuuaaahh..!! Cayang mak...!
Hadiah Utk Anniversary
Card for you honey.......
And...... Aku tak pandai nak panggil benda nie dalam org puteh..
Alaaahhh.. Tempat letak name card tu....
Sebab aku tengok card case my hubby dah koyak sikit. Dia pun tengah leka cari.
Jadi, alang-alang masa aku cuti sehari, aku gi cari hadiah ni. Akhirnya terjumpalah card case ni. Cantik tak? Aku suka dengan card case ni sebab lembut. Harganyer? Hehehehehe..
Ratus gak harganyer.
Lagi satu aku bagi tali pinggang. Bukan apa, tali pinggang yang ada pun dah lama, jadi apa salahnyer tukar yang baru. Tapi my hubby pandai. Dia pakai yang lama tu masa gi kejer, then pakai tali pinggang yang baru tue masa nak gi berjalan. Alhamdulillah. My hubby suka dengan hadiah aku. Untuk aku? Hehehehehe. Rahsia...
Subscribe to:
Posts (Atom)














