Monday, February 11, 2013

Nasi Tomato Time!!

Entry ni sebenarnya dah agak lama, tapi kira nak allout kan jugak lah, Hoho... Satu hari tu aku dok selak buku resepi, dah tak tahu  nak buat apa.. Bukan semuanya dah cuba buat, tapi sebab ada huruf 'M'.. Haha. Malas lah tu. ahahaha.., Tetiber mata aku tertangkap lak kat resepi nasi tomato. Cam best jerk. Bahan-bahan pun ada lagi kat dapur. Kompom. Maka dengan segeranya aku melaksanakan tanggungjawab menaglun tangan membuat nasi tomato.. Nah, inilah hasilnya...









Hahaha.. jadi tak? Emm, aku buat yang simple jerk... Lauk pun aku buat satu jenis je iaitu ayam masak merah. Emmm. Cuba ikut resepi ni : 

Bahan-bahan ( 5org makan )

  • bahan A : untuk nasi
  • 2 pot beras
  • 2 s/b tomato puri
  • 1 labu bawang besar ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 cm halia , bunga lawang, kulit kayu manis , n buah keras(secukupnyer)
  • planta untuk menumis n garam secukup rasa
  • bahan B : untuk ayam masak merah
  • 1 ekor ayam
  • 6 s/b cili kisar
  • 2 s/b tomato puri
  • 2 s/b sos cili
  • 1 s/b sos tiram
  • 1 labu bawang besar **
  • 4 ulas bawang putih **
  • 2 cm halia **
  • 2 batang serai dititik
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • perase secukupnye

Cara-cara

  1. beras dibasuh bersih n toskan.
  2. tumiskan bawang besar n bawang putih,buah keras,kulit kayu manis,bunga lawang n halia dgn planta sehingga naik bau.masukkan tomato puri.tumis sehingga masak.
  3. masukkan beras n kacau rata.masukkan perase.n masukkan air yg cukup untuk masak beras.lepastu masukkan dlm periuk nasi.klu ikot sukatan sy 2 pot beras : 1.8 kole air.
  4. bahan B : tumiskan bahan berkisar yg bertanda ** sehingga naik bau.masukkan cili kisar tumis sehingga pecah minyak.masukkan sos tiram ,sos cili , tomato puri.masukkan juga garam gula n perase.
  5. ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu.kemudian masukkan kedlm tumisan yg kte masak td.masukkan juga serai yg dititik.
  6. setelah ayam masak,hidangkan dengan nasik tomato td.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"