Thursday, December 24, 2009

Nasi Goreng Kerabu



Tetiber jerk rasa nak makan nasi goreng kerabu. Lama dah tak makan tu...
Tapi masa makan, terkunyah cili padi!! Aduhai.... Pedas giler dah tekak. Jadi 'night mare' lah pulak.. Hehehehehe



Wednesday, December 23, 2009

Angah

"Angah sorang yang comel..
Dah comel suka pakai kain batik...
Angah sorang yang comel...
Sekali garang suara macam singa...
Angah sorang yang comel...
Bila jalan ketik ketik tenggek kiri kanan....
Angah sorang yang comel....
Dah ada pakwe.. Tapi 'still single you..."
Hehehehehehe"

Adik ku Yang Kuat Membebel

"adikku kuat membebel..
Membebel ntah apa-apa ntah...
adikku kuat membebel....
Sekali bebel sekali nampak gigi...
Adikku kuat membebel...
Dah lah kuat membebel, cengeng lak tu....
Adikku kuat membebel...
Kat tangan tak lepas tuala hingus....
Adikku kuat membebel......
Sekali senyum nampak gigi arnab...
Adikku kuat membebel.....
Suka senyum dan dah ada pakwe..
Hehehehehe......."


Thursday, December 17, 2009

Susah nak cari






Hai la. Mencari benda alah ni macam nak rak! My hubby design nak letak monitor PC kat dinding. Jadi kena cari alat yang boleh gantung mcm tv flat screen tu. Bila dah jumpa, nak kena cari ukurannyer pulak Tu yang leceh tu. Tapi tak pe lah, my hubby yang nak kan macam tu, dan dia gak yang kemas nanti. Hehehehehe..

Apa aku nak buat



Ingat hari Jumaat nie nak gi rumah Putrajaya, nak gi kemas apa yang patut. Barang pun tak bawak lagi. Ingat nak cuci dulu, nak lap mana yang patut. Tapi masa masuk rumah tempoh hari, tak kotor pun. Hehehehe. Barang-barang untuk kerja mencuci dah siap dibeli. Terus letak kat rumah. Emm.. Tinggal nak beli baldi jerk. Mop, penyapu, detergent, perfume, tuala kecil, semua dah ada. Hari kelmarin dah kompomkan dengan Syabas, meter pun dah pasang. Kira cantik lah tu. Tak lah susah sebab air tak ada. Cekap juga Syabas ni buat kejer. Thank you Syabas!

Perkara pertama yang bermain kat kepala aku, langsir! Yup, langsir tu wajib, apatah lagi guna sliding door. Silap haribulan kalau duduk rumah kena intai kalau tak pasang langsir. Nampak clear beb! So, hari apa ntah aku pun luper, aku kuar ngan hubby gi beli langsir kat Kamdar Jalan Tunku Abdul Rahman. Beli dua tone, satu yang gelap, satu yang cerah (yang jarang). Yang cerah tu semeter RM79.90, then ada discount, dapatlah semeter RM39.90. Yang gelap tu murah jerk, semeter RM12.90, tak ada diskaun. Hehehehe. Banyak meter gak aku beli. Jumlah keseluruhan RM1080.00. Hai la, tu baru langsir, belum lagi bab lain. Balik rumah mak aku siap sound lagi, nak gunting langsir tunggu mak siap jahit baju sekolah adik. Hehehe. Aku iyekan ajerk la..




Contoh design langsir untuk rumah aku di sliding door



Lagi satu aku tengah pikir, macam mana nak bawak naik semua barang-barang besar macam katil, almari baju? Ish ish ish... Bukan kerja mudah tu. Tapi tak pe lah, barang-barang tu pun bukan nak dibawa dalam masa terdekat nie. Uih hai... Banyak lagi nak yang kena hias dengan rumah tue. Anyway, tak pe, aku buat sikit-sikit. Nanti siaplah semuanyer. Penat tu memang tak usah kater ler..

Ingat nak gi direct Jumaat, Sabtu ngan Ahad. Tapi Sabtu tu my cousin belah abah ada majlis kawin. Tapi aku rasa tak sempat nak kejar majlis tu sebab my hubby kejer half day for that day. So, mungkin aku bertolak dalam kul 3 petang. Nak ke Melaka, kompom 2 jam atau lebih (kalau bawak perlahan). Kalau gitu, kompom sampai dalam kul 5 lebih! hari Isnin lak aku cuti. Bukan apa, biarlah aku uruskan pakaian semua. Yang dah kotor pakai masa kenduri leh cuci jemur sekali hari Isnin tu. Baju pun leh gosok sekali. Mudah. Lagi pun sekarang ni nak masuk musim panas (walau musim hujan macam tak nak berhenti jerk..). Bukan nyer sikit baju tue, banyak. Mungkin kena 2 round basuh. Hehehehe. Kadang-kadang kalau dah tak larat baru minta tolong hubby. Bukan apa, selagi aku larat nak buat, aku buat. Habis citer. Lagi pun aku kan suri rumahtangga. Hehehehe.

Emmm.... Aku rasa itu je kot yang aku nak buat hujung minggu nie. Kalau ada free, boleh gak tengok wayang. Tapi aku frust sangat sebab tak dapat pergi rumah bos aku kawin masa hari Ahad nanti sebab hari Ahad tu menghantar pengantin belah lelaki pulak. Adui.... I mis one nice moment.... Sedih sangat. Tak pe lah. Selamat Pengantin Baru En Azam..

Alat Tulis Untuk Adik Aku


Lega rasanyer.
Aku ngan my hubby gi kedai stationary beli alat tulis untuk adik bongsu aku, Saraa. Hai, mewah tul adik aku yang sorang nie. Ye la, apa-apa pun yang dia nak, kakak-kakaknyer yang dua orang nie dah ada. Hai, sabau jerk la. Tapi aku tak kisah, asalkan adik aku tu cukup keperluannyer. Mujur adik aku jenis yang dengar kata (dari pengamatan aku la..), tak degil. Nice girl. Mungkin dia banyak dibayangi cara adik aku yang tengah, Angah. Aku memang solute kat adik aku yang tengah sebab dia pandai bawak diri. Angah memang dari tingkatan 3 dah tinggal asrama. Aku jerk yang tak merasa tinggal asrama. Takut..... Hehehehehe.....

Tempoh hari masa result UPSR keluar, Saraa dapat 5A, dan juga The Best Student kat sekolah tu. Jadi aku ngan my hubby hadiahkan notebook saiz mini jenama untuk kegunaan dia.

Harap itu dapat bagi dia semangat untuk kekal menjadi pelajar cemerlang even dah masuk menengah pun.

Ni gambar adik aku masa dia dapat anugerah pelajar cemerlang dalam UPSR, 5A
(hehehehe.. sorry angah, kaklong cilok gambar Fiqah kat web angah. Hehehe..)

Harap dia akan menjadi orang yang berguna dewasa kelak.
Kaklong doakan moga Fiqah sentiasa menjadi adik yang comel, pelajar yang pintar, dan anak yang solehah.
Amin....



Catatan Malam

Hai.. Lama aku mengelamun. Toleh sebelah, my hubby dah lena dibuai mimpi. Tinggal aku tengah menatap skrin laptop kesayangan aku ni. Nak tido, tapi mata lum lagi nak mengantuk. Tak tau nak buat apa. Cuma mengelamun...

Aku ada banyak impian. Terlalu banyak. Sedari kecil aku diajar untuk kejar setiap impian. Tak kira walau bagaimana pun, impian tetap jadi rebutan. Dari kecil, aku diasuh untuk punyai impian dan cita-cita. Sedari kecil juga aku diajar untuk tidak menjadi manusia 'kosong' tanpa impian. Itu lah aku. Kalau nak dikira, dari kecil hampir keseluruhan impian aku tercapai. Bukan 100% tercapai, cuma hampir kesemua. Alhamdulillah, terima kasih kepada ibuku yang mengajar aku dari kecil apa itu impian. Impian hampir sama dengan angan-angan. Cuma impian itu terhasrat atas dorongan dan kerja kuat, tapi angan-angan hanya terbina atas dasar dogengan 'Mat Jenin'. Sikit masa dahulu, impian aku hampir menjadi angan-angan. Tapi mujur lah usaha itu tak pernah putus. 

Sama seperti cerita malam Cinderella, impian aku kini semakin jadi nyata. Tapi banyak juga impian yang 'sedang dibina'. Setelah hidup bergelar suri, impian itu tak pernah padam. Semakin kukuh dihati. My hubby pula selalu beri dorongan dan galakan walau ada masa banyak juga komen yang terkeluar. 

Itu cerita impian. Sekarang aku nak free my mind. Tak tahu nak luah apa. Jam hampir nak pukul 1 pagi, tapi mata aku masih lagi belum berat untuk tidur walau pun aku tahu aku dah menjangkau waktu tidur aku yang sebenar. Compom aku mengantuk nak pergi kerja nanti.  Jadi dari mengantuk jadi melarat, baik aku buat-buat tidur. Mudah-mudahan tertidur terus. 

Jom tidur.!! 

Wednesday, December 16, 2009

Happy Birhday To All Of You

Selamat hari Lahir pada my mum, hubby dan my cousin Semir. Juga Selamat Ulangtahun Perkahwinan pada my mum n my dad. Both of you, i alway love you forever and ever. Love very much!

Hari tu aku balik ajer kejer, aku terus pergi Sri Gombak beli 4 biji kek (banyak tue..) ngan hadiah sekali. Nak tahu apa dia?


Hahahaha. Sekali 4 biji beli.
Ni kalau tak habis nie compom kena baling kek ni sorang-sorang.



Happy Anniversary My Mum N Dad..



Happy Birthday To My Mum...
- 18.12.2009 -



Happy Bitrhday To My Beloved Hubby..
Mmmuuaahhh..!
- 15.12.2009 -



Happy Bithday To My Cousin....
- 30.12.2009 -


Lilin pun dinyalakan..



Hehehehehehe.. Kira best la ni. Lampu rumah pun dipadamkan. Maka masing-masing pun ambik tempat.



1,2 dan 3! Apa lagi! Tiup lah....!



Hai bah, sedepa muncung nampak..
Hehehehe.. Sabau... Kek ada 4. Kompom kenyang giler..!



Potong! Potong! Potong!



Tersengih je ye mer... Hehehehe..
Sorry, kaklong upload gambar mer..... Tak pe kan.. Kan.. Kan...



Hai bang, naper lak kejam mata ni?
Ye la, tau sedih.. Hehehehehe....
Happy Bithday To You Honey...

Saat yang ditunggu-tunggu (kata mak aku lah). Ha.. Sesi beri hadiah. Bab ni memang lah ditunggu. Kopak beb! Tapi tak pe, untuk mereka yang tersayang, kopak pun kopak la. Janji depa happy.




 Wah! Yang besau tu tersenyum lebih gayanyer. Hehehehe




Aksi my hubby bila dapat hadiah dari aku.



EEmmmm....



Hehehehe. Hai mak, dapat hadiah sampai nyorok belakang hadiah ke?
This is for you mum...




This is for you dad...




And this is for you, Mer....

And thanks to my beloved younger and youngest sister, Angah n Saraa. Nanti kaklong belanja lagi ye..




Hai.. Gitu lah citernyer hari Isnin lepas. Memang meriah. Meriah sangat!. Biasanyer mesti ada satay sekali. Tapi la ni dah tak sempat nak gi beli dah. Buar majlis 'surprise' ni pun tak dirancang. Terus nak buat jerk malam tu. Mujur my sister okey jerk nak ikut.

So, Happy Birthday pada semua. Pada mak, kaklong sayang sangat!  You're my idole! Thanks mum for caring me. Pada abah, Happy Anniversary. Kaklong sayang emak dan abah. Pada hubby, Hapy Birthday to you. i'l always love u.. MMuuuaahhh!! Dan pada my cousin mer, Happy Birthday to you. Kaklong wish moga panjang umur dan dimurahkan reski. Insyaallah...




Gubah Hantaran

Tadaaa....
See? Kreatif tak? Citer nyer gini...
Jiran aku tu merangkap member mak aku (dah namanyer pun jiran) anaknyer nak bertunang. Masa aku bertunang ngan nikah memang hantaran aku buat sendiri. Time tu dia tengok aku buat. Jadi dia pun minta tolong mak aku untuk buat hantaran tunang anak dia. Mak aku terima. Tapi yang masalahnyer mak aku nak siapkan baju kenduri ngan baju sekolah adik aku yang bongsu, last-last aku gak yang kena buat. Hasilnyer.....


Gubahan Tuala



Hantaran Baju Nikah

Ada lagi 2 yang dah siap, set wangian lelaki. Aku tak sempat nak snap gambar 2 hantaran tu. Pengantin minta gaya yang ringkas, simple but nice. Jadi berposah juga aku memikirkan gaya yang nak dibuat. Tapi akhirnya siap juga gubahan hantaran tu. La ni tinggal gubahan untuk buah, coklat, kek dengan jam rasanyer. Sirih junjung boleh gubah masa lagi sehari nak bertunang.


Cantik tak? Apa komen korang?

Oh Tidak...

Salam semua..!!
Welcome to my blog again...
Hehehehe.. Why? Couse i think should be the new one will become my web official.
Bila aku pikir balik, aku nak jadikan http://www.lieyza.com/ sebagai web rasmi untuk projek aku yang akan datang. Projek apa? Itu tetap menjadi rahsia. So, secara rasminya sekali lagi, blog ini dibuka sepenuhnya.




So, sudi-sudi kan lah bertandang di blog saya ni ye.. : >
 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"