Thursday, February 11, 2010

Rezeki Anak



Bila dengar berita sekarang sangat menakutkan, menyedihkan! Kisah pembuangan bayi yang makin menjadi-jadi. Langsung tak ada peri kemanusiaan. Dunia nak sampai ke penghujungnya. Nauzubillah!! Aku sering kali menangis bila tengok bayi-bayi nie azab yang teramat sangat! Hari nie aku baca dalam paper Metro, mayat bayi dihurungi dengan ribuan semut-semut kecil yang ditinggalkan di depan surau! Apa lah dosa bayi tu. Kalau rasa dah benci sangat, beri kat orang lain yang boleh jaga. Bayi tu tak mintak dilahirkan ke dunia dalam keadaan yang macam tu.

Mungkin juga Allah S.W.T. nak memperlihatkan kemungkaran makhluk bernama manusia. Bila bergelumang dengan maksiat, zuriat itu sentiasa senang dibaja. Mungkin juga dugaan yang penuh dengan hikmah bagi manusia yang telah halal hubungannya sesama manusia lambat mendapat zuriat. Semua itu dugaanNya. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.

Kalau aku boleh jadi hakim kat manusia-manusia yang membuang bayi tu, dah lama aku sumbatkan diaorang ni kat kandang singa. Biar mati kena baham macam dalam youtube, kisah sekawan manusia pergi ke open zoo kat Afrika kot. Sorang mati depan mata kena baham dengan singa. Baru diaorang tahu macam mana.

Orang-orang tak berhati perut nie sebenarnya manusia yang paling malang sekali. Tidakkah kau orang tahu, anak itu adalah rezeki Allah S.W.T. dan harta yang paling tidak ternilai buat manusia selain iman dan taqwa? Banyak gak aku dengar cerita, keluarga yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tapi masih mampu sara anak yang sederetnya lebih kurang 8 orang. Macam mana? Itulah rezeki anak yang Allah kurniakan pada manusia. Setiap anak yang lahir ada rezekinya. Tapi dek kerana maksiat dan malu (malu lepas buat maksiat), anak dibuang, malah ditanam hidup-hidup demi menutup keaiban sendiri!! Manusia jenis apa macam ni.
Itu bukan manusia, malah bukan juga binatang, sebab BINATANG PUN TAHU KASIHKAN ANAKNYA...

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"