Saturday, October 3, 2009

Hari Makan Sedunia!!

Wah!!!!
Hari ni mak aku nak buat open house untuk anak-anak muridnya. Katanya nak buat mee kari... Apa? Mee Kari?
Sedaapppppp.........................
Okey lah. Itu part mee kari.
Kita citer bab lain laks..

Anyway, malam tadi kat rumah mak aku ada buat majlis marhaban dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri. Kitaorang masak nasi beriani. Bapak aku yang jadi ketuanya. Rasanya? Sedap giler.. hihihihi.. Ye la, orang dah biasa masak nasi kat umah kenduri kawin. Tapi aku rindu lah kat umah sendiri. Ye la, mungkin nasib tak menyebelahi, aku kena tinggal dulu dengan mak aku.
Itu yang aku nak citer.

Ada sesetengah orang menganggap, tinggal di rumah mak ayah lepas kawin lagi baik dari tinggal sendiri. Tapi berbeza dengan aku. Aku kalau boleh biarlah tinggal rumah sendiri (walau pun menyewa) lepas kawin. Suami aku pun agree. Bukan apa, sebarag hal yang berlaku tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tul tak? Tipu lah kalau ada kat luar sana yang tak nak mengaku teringin sangat nak tinggal rumah berasingan (maksud aku, tak tinggal sekali dengan mak ayah atau mertua lepas kahwin) walau pun sekelumit kan??

Kadang-kadang kalau mak ayah atau mertua nak datang rumah kita, diaorang susah sangat nak datang. Salah satu sebab? Diaorang segan sebab itu rumah mertua, segan pada mertua mesti ada. Lain kalau rumah sendiri, mak ayah atau mertua boleh datang dan tidur pada bila-bila masa. Lagi satu, hidup sendiri mengajar aku erti berumah tangga. sekurang-kurangnya aku belajar utk masak sendiri, mengemas rumah sendiri, berdikari sendiri, menjaga makan dan pakai suami sendiri (tak lah bila balik rumah, lauk pauk dah terhidang. p/s : tak ke menyusahkan mak ayah atau mertua, walau pun diaorang senyum depan kita, tapi hati orang tua, kita kena tahu), dan yang paling penting ada privacy sendiri. Bab melawat orang tua, menjaga mereka, itu memang tanggngjawab kita. Mana ada dalam dunia ni, anak tak sayang mak ayah. Bagi aku, bila kelapangan, sabtu dan ahad adalah hari terbaik untuk aku datang melawat mak ayah aku atau mertua aku. Tak dinafikan, ada sesetengahnya mengganggap tanggungjawab sebagai anak mengikat mereka utk terus tinggal bersama.. Menunjukkan rasa sayang dan tanggungjawab pada ibu bapa atau mertua meluas skopnya. Cuba kita pandang wajah mereka, mereka juga mengharap kita agar menjadi pasangan anak mereka yang terbaik. Dan cuba kita renungkan, mak ayah dan mertua kita juga tinggal berangan dengan atuk dan nenek di kampung. See??

Apa pun, hal ini terpulang pada pandangan individu.
Aku teringat pada bos aku, En. Avtar. Masa aku baru nak kawin dulu, dia sempat pesan pada aku, "be yourself. Better you all berdikari. Itu akan ajar you macam mana nak hidup..." Now, aku berpegang pada prinsip itu. Terima kasih En Avtar.

Now, I'm still looking for new house. Kelmarin dapat kuarters di Putrajaya. Awalnya my husband agree (dengan alasan, ada member baik pun macam tak ada member. Langsung tak nak call atau sms tanya khabar... Lagi makan hati, dah banyak tolong pun tak nak ucap terima kasih.. Alang-alang tak nak jumpa, baik duduk jauh terus...Aku pun iye kan ajer la.... Member mana satu pun aku tak tahu.. setahu aku, my husband ni banyak member..) hihihihihi, tapi last minute cancel, sebab pikirkan perjalanan yang makan masa hampir satu jam dari tempat kerja ke Putrajaya. Penat tu...... Well, aku pun risau gak kalau dah macam tu. Dan tercancel lah kuarters tu. Tapi tak pe, sebab aku dah masukkan balik list nama aku dalam senarai pemohon kuarters Jalan Duta, Kuala Lumpur (walaupun tahu lagi setahun dua akan dapat.. huhuhuhu...)....


Keep looking.....
Still looking........

Looking and looking.......................

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"