Tuesday, July 4, 2017

Sambal Sardin Istimewa

Bila teringatkan ayam, teringatkan juga menu yang berasaskan ayam, hampir setiap hari. Tekak dah naik bosan juga dengan menu ayam. Ada pula sardin dalam peti. Ok lah. Menu saya hari ni Sambal Sardin. Sambal sardin ni ada macam-macam versi. Versi encik suami pula suka ikannya digoreng gareng dahulu. Setakat ni saya menggemari sardin dari jenama TLC. Harga pun murah, rasanya pun sedap. Rasanya tak lari. Biasanya kalau belah mertua saya, MIL suka masak sardin cara kering iaitu masak sardin tanpa letak cili kisar. Berbeza sangat dengan cara keluarga saya. Tak apa, akan saya asuh encik suami untuk makan masakan cara keluarga saya pulak (hehehe). 

Cili yang baru dibeli dan baru diblender, rasanya agak pedas. Biasa kalau family saya, depa akan panggil cili ni cili baru, bermakna memang akan pedas sikit. Waima pun, harga cili kering sekarang dah mahal. Saya selalu beli di NSK Selayang. Kat sana sayur hijau pun segar lagi. Cuma kalau barang basah, saya lebih suka membeli di pasar borong luar NSK, agak segar sedikit. 


SAMBAL SARDIN ISTIMEWA
Oleh : Shalizah





Bahan-Bahan :
2 tin Sardin jenama TLC (saya suka beli tin saiz kecil-ikan sedang-sedang)
3 ulas bawang putih (dicincang halus) - bahan tumis
3 ulas bawang merah (dicincang halus) - bahan tumis
1 inci halia (dipotong memanjang) - bahan tumis
3 tangkai cili padi (dibelah tengah) 
1 biji bawang besar (dihirs bulat)
2 senduk cili kisar
asam jawa sebesar duit 20 sen (ambil airnya sahaja)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak :
Panas minyak dalam kuali. Tumis bahan penumis sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan cili padi. biarkan sebentar. Masukkan sardin dalam tin. Kuahnya saya ambil sedikit sahaja. Masak sehingga garing. Biarkan lama sedikit supaya ikan sardin masak dan agak garing. 

Masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas-panas.


Lauk Sambal Sardin Istimewa ni memang favorite encik suami. Kalau dapat bertambah-tambah nasi. Sebenarnya sambal sardin kalau makan dengan roti dan jemput-jemput kosong pun sedap. 

2 comments:

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"