TIPS MEMAKAI DAN MENGGAYAKAN BAJU PEPLUM AGAR KELIHATAN LEBIH CANTIK
- Baju peplum sesuai untuk santai dan of course formal/semiformal punya majlis. Trend sekarang ada 2 jenis yang tengah hot sama ada dengan manik atau pun border lace. Untuk formal boleh pakai yang dengan manik. Manakala yang dengan lace sesuai untuk apa-apa acara dan tema. Dengan berbesar hati aku maklumkan walaupun awak suka bergaya bagai, tapi tak payah kau nak pakai peplum bermanik seribu masa melawat orang meninggal. Aku tampo kang!
- Gabungkan 2 warna yang berbeza untuk bahagian baju dan kain. Satu warna yang terang dan satu warna lagi yang lembut atau warna pastel contohnya peplum dusty pink atau baby blue memang tengah hot u olls. Kau dengar sini, tak payah danjangan sesekali gunakan lebih dari 3 warna, JANGAN. Tidakkah kau akan kelihatan pelik?
- Fesyen peplum sebenarnya sesuai dengan semua bentuk tubuh badan. Oh ye, baju peplum juga amat sesuai untuk mummy to be yakni ibu mengandung. Jangan ingat bila mengandung awak dah tak boleh cantiks lagi. Jangan risau orang yang berbadan montel seperti aku juga tidak akan terpinggir. Tsk. *meneteskan air mata sadis* Yang membezakan hanyalah permainan potongan dan mainan warna.
Tiga jenis potongan dari kiri labuh hingga ke peha/lutut, kedua pendek atas pinggang dan hujung sekali paras bawah punggung. |
- Jika awak orang yang berbadan langsing menawan, tak ada masalah. Semua tiga jenis potongan dan warna boleh dipakai. Lebih banyak kembang-kembang dan warna-warna terang amatlah digalakkan bagi menimbulkan ilusi yang lebih cantiks. Elakkan warna-warna gelap ia akan buat awak nampak lebih kurus daripada biasa. Tahu tak adalah tidak begitu cantik kalau kurus keding sangat.Kalau pakai yang labuh hingga paras lutut lagi cun. Beruntunglah kau orang, sudah cantik bertambah cantiks lagi. *nada sebak, air mata bergenang*
- Jika awak orang yang berbadan sedikit berisi dan bambam seperti saya. Carilah potongan yang tidak terlalu pendek sampai atas pinggang, pastikan ia dibawah punggung tetapi tidak labuh hingga ke lutut. Paras-paras bawah punggung sudah cukup cun.Sebab apa tak nak labuh ke lutut, sebab ia akan menyebabkan kita kelihatan pendek gemuk. Tak mahu begitu kan? Oh ye, pastikan tak terlalu banyak alunan kembang-kembang supaya kita tak kelihatan lebih bambam. Hehe. Gunakan warna yang sedikit gelap untuk ilusi lebih langsing. Elakkan daripada menggunakan warna block dengan banyak. Contohnya merah terang, oren terang, dan seangkatan dengannya. Jangan pakai peplum yang sarat dengan corak bunga,apatah lagi bunga yang besar.
- Jika awak orang yang berbadan sederhana pula, boleh pilih ikut kesesuian dan keselesaan. Tapi elakkan juga alunan kembang-kembang yang terlalu banyak nanti tak pasal-pasal badan terutamanya pinggang awak nampak lebih besar daripada biasa. Nak lagi cantiks, boleh pakai tali pinggang yang simple dan bersaiz sederhana. Jikalau peplum anda sudah sarat dengan manik atau lace, tak payahlah mengada nak pakai tali pinggang lagi, ada faham?
- Peplum juga cantiks digayakan bersama seluar palazo,skirt atau kain labuhseperti potongan duyung atau potongan lurus. Tapi kalau boleh kain yang berpotongan itu janganlah ketat sangat. Nanti tak selesa, bila tak selesa automatik kau akan kelihatan kurang cantik. Bagi mereka yang merancang nak bertunang atau nak kahwin amatlah sesuai dan cantik pakai peplum. Oh hatiku sudah tertawan, tsk.
peplum putih ini sangat cantik lagi comel *nangis* |
- Sebenarnya, peplum tak terhad untuk baju saja. Peplum juga direka untuk jaket. Oleh itu kalau awak pakai jaket berpotongan peplum. Elakkan pakai baju yang ada banyak ropol di dalamnya. Elakkan juga pakai baju yang tebal di dalam, kau kan nak sarung jaket lagi. Tak ke bersepah ketiak dengan lecak kalau pakai kat Malaysia ni. Lagipun nanti tak memasal badan kau nampak macam besar.
- Kebanyakan peplum yang dijual ialah dari jenis kain lycra. Kain lycra jenis yang melekat pada badan jadi kalau boleh elakkan ataupun cari saiz yang besar sikit jadi tak hadolah nampak seketul-seketul segala apa yang ada di badan awak. Jenis kain lain yang sesuai untuk peplum ialah cotton, kain japanese cotton, chiffon, satin, dan sebagainya. Ini kena rujuk kepada mereka yang lebih pakar.
Baiklah, itulah antara tips dan nasihat untuk sesiapa yang nak pakai peplum. Bila cakap pasal fesyen ianya adalah keberanian. Kalau awak memang jenis tak berani mencuba baik lupakan saja hasrat itu. Aku amat yakin sekali tema raya tahun ini bakal meriah dengan all the peplums. Haha. Kalau ada lagi tips, bolehlah tambah di ruangan komen. Awak cari blogshop peplum yang cantik, harga berpatutan dan berkualiti tinggi? Bolehlah google sendiri ye. Haha. Jari mak jemah dah nak tercabut menaip u olls. Jangan lupa tolong share kan kat kawan-kawan ye? Babai.
p/s: Fesyen untuk mencantiks kan lagi diri kita, tapi jangan sampai diri jadi mangsa fesyen. Kesian tau :)
No comments:
Post a Comment