hari ini hari Khamis. As an government officer, today is Batik Day. So, bila korang nampak je sesipaa yang pakai baju bercorak batik, tak lain tak bukan itulah government servant. Tapi kan, nak cakap pasal batik ni, kalau ikutkan batik yang pure tu memang mahal. Aku cuma ada sehelai jerk batik yang pure, itu pun aku beli untuk buat hantaran kahwin aku 5 tahun yang lepas. OMG! Hehehe.. Bukan apa, batik yang pure mahal sangat, tapi kualiti memang bagus.
Hehehe.. hari ni saya tak pakai batik, sebab saya terlupa hari ni hari Khamis. Maafkan saya.:D
Okey.. Let's talk about Batik. Korang tahu tak asal usul batik? Aku cuba cari dalam laman sesawang, but yang ni look isteresting.Kalau korang nak tahu, perkataan 'batik' itu sendiri berasal dari perkataan jawa 'amba' yang bermaksud 'titik'. Perkataan 'Batik; itu sendiri merujuk kepada kain dengan corak atau design yang dihasilkan oleh material atau bahan 'malam' iaitu wax yang dilukis ke atas kain yang boleh menahan warna lain masuk melepasi sempadan garisan lukisan bahan pewarna (dye) atau dalam Bahasa Inggerisnyer 'wax-resist dyeing'.
Kalau diikutkan secara bertulis sejarahnya, batik sendiri berasal dari zaman nenek moyang sejak abad XVII yang asalnya ditulis dan dilukis pada daun lontar. Pada masa itu, motif lukisan dan tulisan adalah lebih tearah kepada bentuk binatang dan tanaman. eiring dengan perkembangannya, motif atau pola batik dikembangkan idea dari motif binatang dan tanaman ke corak yang lebih abstrak seperti awan, relief candi, wayang beber dan sebagainya. So, dari situlah batik mula berkembang sehingga menjadi batik yang sangat eklusif pada masa sekarang.
Sebenarnya, mencorak batik ni memerlukan kerajinan dan ketekunan yang teramat tinggi selain menuntut kesabaran yang amat mendalam. Perempuan-perempuan di Jawa pada masa lalu menjadikan ketrampilan mereka dalam mencanting batik sebagai mata pencarian sehingga menjadikan pekerjaan tersebut sebagai pekerjaan yang eksklusif sehinggalah terhasilnya 'Batik Cap'.
Batik sesungguhnya merupakan satu fenomena fesyen dimana batik itu senditi sehingga boleh membezakan darjat seseorang. Hebat kan! Oh ye. Asal batik dibuat daripada kapas yang merupakan hasil tetunan sendiri yang dinamakan 'kain mori'. Bahan-bahan pewarna pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan asli yang dibuat sendiri yang mana diantara dari pohon mengkudu, tinggi, soga, nila, dan bahan sodanya dibuat dari soda abu serta garamnya dibuat dari tanah lumpur. Walau bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, batik juga dibuat di atas bahan lain seperti sutera, polyster, rayon dan bahan sintetis lainnya.
Motif batik dilakar dengan cairan lilin dengan menggunakan alat canting (sekiranya digunakan untuk melukis motif halus) dan kuas (sekiranya digunakan untuk melukis motif besar). Kemudian kain tersebut dicelup ke dalam warna yang diinginkan. kebiasaannya warna yang dicelup dimulakan dengan warna-warna muda. Akhir sekali, kain berkenaan di dicelupkan ke dalam bahan kimia untuk melarutkan lilin.
Batik memberikan banyak gambaran yang memberi simbol berkaitan aspek filosofis (way of life). Contohnya motif batik 'sawat', digambarkan sebagai sayap sebagai simbolik kepada 'keteguhan dan ketabahan hati'.
Antara jenis batik yang boleh korang kenali :
1. Batik Tulis
- batik tulis adalah batik yang dilukis dengan tangan tanpa menggunakan cop. Kebiasaannya batik ini memerlukan 2-3 bulan untuk siap sepenuhnya.
2. batik Cap
- Batik Cap adalah batik yang dibentuk dengan cap (kebiasaannya cap berkenaan dibuat dari tembaga). Batik jenis ini hanya memerlukan 2-3 hari sahaja untuk siap.
3. Batik Printing
- Batik jenis ini banyak digunakan pada masa sekarang selain dari warnanya yang tahan lama.
Pada masa kini, batik telah banyak dikormersilkan sehingga ke luar negara. Sememangnya batik merupakan warisan yangpaling halus di abad ini.
Thursday, February 7, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment