Monday, February 11, 2013

Husin, Mon & Jin Pakai Toncet

Rasa-rasa dah letih nak packing barang-barang rumah. Bodek-bodek cik suami, hehehe... kitaorang at last gi KLCC nak gi tengok citer Husin, Mon & Jin Pakai Toncet.


Baju dari GM = RM35
Kain labuh dari GM = RM35
Shawl = RM10 Hehehehe


Mula-mulanya rasa cam malas gak nak pergi KLCC, tapi sebab pikir nak pergi tengok wayang, siap jugak lah. Emm, so, sampai kat TGV KLCC dalam kul 10.45 pagi, orang pun tak ramai jugak lagi (dalam pikiran aku dah ramai berbaris nak beli tiket, tapi bila sampai jerk kaunter pun tak bukak lagi. hahaha). Maka dengan senang hati aku pun membeli tiket untuk cerita Husin, Mon & Jin Pakai Toncet.







Kalau korang tanya aku, emmm..... sebenarnya.... Pada awal penilaian aku, filem ini memang menarik sangat memandangkan siri pertama 'Hantu Mak Limah Balik Rumah' memang best giler!! Tapi...... Penilaian aku pada filem ini selepas menonton adalah 2 bintang dari 5 bintang. Itu adalah pendapat aku. Elemen yang cuma diterapkan (komedi) agak tidak menjadi.. Hehehe... Dah jadi pengkritik filem pulak.

So, lepas tengok wayang tu, aku jenjalan lah sekitar KLCC. Wah, banyak jugak sale sana sini. Vinci dan lain-lain gak lah. Sempat lah aku masuk iSetan ngan Parkson (nak gi masuk butik lain grand sangat. Hahahaha).






Emmm.... Ada jugak dalam 3-4 kedai yang tutup sempena Tahun Baru Cina. Tapi, Korang perasan tak, bila tiba time perayaan, pasaraya terkemuka akan hiaskan ruang utama ikut tema perayaan itu sendiri. Memang cantik! Kan! Biasanya kalau kat KLCC ni, aku suka tengok beg, kasut, dan kamera!! Sekarang ni pun kan aku tengah dok cari-cari kasut n beg. At least, korang kena bawak RM300 la utk minimize shopping kat sini. Nak tahu naper?

Kat KLCC ni je, aku n hubby siap beli rotiboy, roti, air McDOnald (kitaorang siap topup free sampai 4 kali) , sarapan lagi (sebab takut tak sempat nak tengok citer Husin, Mon & Jin Pakai Toncet). Dari satu tingkat, ke satu tingkat, naik tingkat lagi, kira memang bagus lah untuk cuci mata... :D Tapi aku terpikat kat satu butik menjual baju kanak-kanak kat Parkson. Baju tu yang design khas untuk pengapit kanak2... Cantik sangat!! Tapi kan aku paling susah kalau nak cari kasut sebab kaki aku saiz 9 atau sepuluh , ditambah lagi dengan kaki jenis kembang depan. Pergghh.. Memang susah giler nak cari kasut. Ada jugak cari kat Charles N Kith, tapi harga boleh tahan gak dalam RM400 lebih!! hahaha.. Aduhh.... Mahalnyer,,,,.......

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"