Sunday, February 10, 2013

Kota Pompeii

Mungkin ramai yang telah sedia maklum dengan kota bergelar Pompeii, salah sebuah kota tamadun Rom yang hilang ditelan bumi sedalam kira-kira 4-6 meter, ditimbuni abu dan batuan daripada letusan gunung berapai Vesuvius.

* Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kepompok masyarakat di tengah Itali.

* Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.

* Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

* Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara tersembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Ibarat balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan sejenis (gay dan lesbian), Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dati peta dunia. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi, keadaan di Pompeii (kini satu kawasan Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba yang lain, penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain.

Tiba-tiba lenyap satu kejadian misteri melanda kota sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud dalam peta dunia. Kewujudan Pota Pompeii yang suatu ketika dahulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota bekenaan.

Masa berlalu sehinggalah tahun 1594, sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membeklakan air kepada sebuah kampung berdekatan. Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentik artifak itu dikeluarkan dan penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.

Pada tahun 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa sahaja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan. 76 tahun kemudian, kerj amengorek kembali dipelopori oleh Putera D'Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun yang tertanam di kawasan berkenaan. Tinggalan artifak yang pernah terkubur di bawah tanah ditemui dan isteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.







Selain artifak berupa barangan tembikar dan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang menggerunkan. penemuan aneh ini adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung ketika sedang menjamu selera.

Lebih menakutkan adalah kejaidan misteri yang melenyapkan secara tidak langsung turut menyimpan wajah sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks di luar tabii bertukar menjadi bau. Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan ekspressi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang datang itu secara tiba-tiba.




No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"