Wednesday, February 6, 2013

Bau Badan? OMG!

Bau badan tengik? Kenapa bau dia macam tu? OMG!! Pernah tak korang dengar macam tu atau terasa badan korang sendiri berbau? Eiiiii!!!


Hahaha. Geli tak? Atau tak tahan.. Aku selalu kena kalau lalu kat sebelah mat bangle ke, atau yang seumpama dengannya. Korang tau tak, bau dia.. Masyaallah.... Kalau arnab lalu kat sebelah, arnab pun boleh mati katak tau tak. Betapa dasyatnyer...

Tapi kan, kalau korang nak tahu, ada sesetengah Negara (luar negara lerr..) masih mempunyai pekerjaan yang sungguh boombastik, iaitu menghidu bau ketiak manusia! My God..... Kalau diberi 1 juta sekali pun, aku tak sanggup nak kejer gitu.... Hehehe..Ada kerja yang menawarkan gaji yang agak menarik hanya semata-mata untuk mencium ketiak atau tapak kaki manusia.Sebagai contoh, Madeline Albrect Cincinnati, bekerja sebagai seorang penguji di Makmal Penilaian Top Hill, Makmal pengujian untuk Dr Scholl's. Tugasnya adalah mencium bau kaki dan ketik yang dilakukan sejak selama hampir 5 tahun! wow! Selama dia bekerja, beliau telah mencium sebanyak 5600 kaki dan jumlah yang tidak terkira untuk ketiak. Dapatkah korang bayangkan?

Tapi kan, yang menarik perhatian aku, sebenarnya bau badan juga boleh dijadikan sebagai aromaterapi. Korang jangan gelak dulu. Sungguh. Banyak kajian telah dijalankan mendapati, sekiranya kita stress, kita boleh mengurangkan stress dengan menghidu bau pasangan kita kerana itu akan menbuatkan aura-aura dalaman kita berfungsi dalam kitaran yang positif. Ini banyak membantu. Korang cubalah... Mana lah tau boleh terus hilang stress korang. Tapi awas! bagi yang belum berkahwin, jangan sekali-kali cuba ya. Haram hukumnya..



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"