Wednesday, February 13, 2013

Meehoon ada sayur atau tak ada sayur?

Selalukan kalau aku kat rumah, kalau goreng mee atau meehoon, mesti tak letak tauge. Tak tahu lah naper. Kalau sayur lain boleh la letak lagi. Haha.. Pelik kan..




terbalik lah pulak gambar ni. tapi tak pe lah, korang boleh nampak kan. Perasan tak meehoon yang mana ada tauge dengan meehoon yang mana tak ada tauge? Hehehe.. Biasanya aku akan masak meehoon yang tak ada tauge dalam kuantiti yang agak banyak berbanding meehoon yang ada tauge. Bagi aku sedap lah!!

Lagi satu kan korang pernah dengar tak masakan lala? Ala, lala tu sejenis jugak dengan kupang, kerang dan sebagainya. Aku tak makan kupang, tapi aku memang makan sesangat dengan lala. Sedap tu! Aku pernah try masak sendiri kat rumah, tapi tak jadi. Kena tangan mak aku jugak yang masak lala ni, baru lah jadik. hehe...


Sedap kan! EEmmm... tapi sekarang bukan musim lala. So, susah sikit lah nak jumpa lala kat pasar ni. Biasa kalau dah tiba musim dia, sana sini jual lala. Aku jarang makan lala yang dimasak kat luar, kat gerai makan kat luar ke, kat tepi jalan ke, sebab lala ni kalau tak kena gaya masaknya, bau hanyir lala tu masih ada. So, aku memang tak lalu nak makan. Kalau mak aku yang masak, bau hanyir langsung tak ada. Hehehe... Dah nama pun emak kan. Sama gak macam lauk asam pedas.


Aku memang tak akan makan lauk asam pedas kalau kat luar kecuali kalau aku yang masak atau mak aku yang masak. Still alasan yang sama, sebab kebanyakan lauk asam pedas diluar akan berbau ikan (jenis ikan yang tak basuh bersih tu). Haaa, tu yang aku tak lalu tu. Kompom tak akan makan nyer! Tapi itu lah lauk kegemaran aku. Kalau tiba time mak aku masak, aku dah buat macam nasi berkuah dah, sampai my hubby sound kat aku 'apsal tak guna straw jerk..'.. huhuhu...

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"