Monday, February 25, 2013

Gaji oh Gaji

hari ni 25 hb, so memang hari gaji bagi kakitangan awam macam aku. Apa? Gaji? Hahaha.... Seronoknyer!!

Memang lah aku nantikan, sebab aku nak pi kasut baru, nak buat facial.. Macam-macam lah. Tapi, biasalah, kalau dapat duit dulu, makam habisnyer lahh dulu..


Sunday, February 24, 2013

Ada apa dalam beg saya!!

Aduhhhhh..... Ni dah macam citer terjah dah ni.... Meh kita sesama citer ' Ada apa dalam beg saya!"
 Haaa.... Kalau korang kan, korang letak apa dalam beg korang?




 Korang rasa aku sesuai tak pakai tudung color pink ni? sebab aku tak pernah ada tudung warna pink.. Hehehehe

Ni la beg aku sekarang. Cantik tak? agak nice jugak lah. Harga beg ni RM75. Memang ssangat sesuai untuk gi kejer atau gi jenjalan


 Yang ni pulak beg tangan + purse. Dah tahu kan purse tu dari mana? hehehe... Mahal tau..... Tapi duit dalam tu tak lah sebanyak harga purse ni..


 Yang ni memang wajib ada dalam beg. Kalau tak ada, macam mana lah nak gerak mana-mana. Ye la, dengan lesen memandu, ic, kad bank, semuanyer lah sumbat kat situ. Tapi purse ni best tau sebab banyak tempat letak kad.


 Yang ni pulak roll-on perfume 'Woman Of Earth' dari Avon. Yang ni memang sentiasa dibawa sebab senang nak roll kat tangan. La ni bukan kat tangan jerk, kat baju, kat tudung. kat seluar, semua roll jerk.. Yang penting wangi...


 Yang ni memang wajib lah. Dah tentu HP wajib tu...


 Yang ni lagi penting! Kalau tertinggal hp pun tak ada, jangan tertinggal pas kejer nih. Oh ye, pas ni memang sentiasa je ada dalam beg aku sebab aku takut kalau aku keluarkan, aku terlupa nanti.


 Yang ni lipstik dari Avon. Memang sentiasa ada dalam beg aku.


 Yang ni pulak bedak compact. Hehehe.. Jangan tanya tau naper cam tu sebab aku tak beli 'rumah' dia, aku cuma beli refill dia. Refill ni aku belu jenama Maybelline. Kira memang sesuai sangat dengan kulit aku..


 Yang ini namanya pen. Tak mustahak sangat tapi memang aku standbyekan 2 batang pen dalam beg aku. Bukan apa, kalau tetiber pergi pejabat pos ke, pergi bank ke, kalau kena tulis slip tu, boleh terus guna pen yang ada dalam beg.


 Teeetttt.. Yang ni memang WAJIB.. WAJIB okey... WAJIB ada dalam beg aku.. Sebab tabiat aku, kalau aku ke washroom, lepas buang air kecil atau besar, memang aku akan pakai bedak... Wangi tak? hehe


 Yang ni kalau aku teringat nak bawak, baru aku bawak sebab earphone ni aku guna kalau aku tertinggal bas nak balik. Kiranya kalau naik erl tu leh la dengar lagu dalam tu... Hilang ler boring...



 Yang ni pulak, thumbdrive. Memang sentiasa ada dalam beg aku sebab kalau aku nak save dokumen, kejer aku dah jadi senang.


Yang ni pulak sudah tentu kena ada! Charger hp! Wajib tuh!

Haa..... Itu lah senarai barang-barang yang akan ada dalam beg aku. Tak banyak kan. Lagi satu, payung lipat. Tu memang kena ada kat dalam beg aku sebab kalau aku pergi balik kejer dalam cuaca hujan, leh gun payung tu... :D


Thursday, February 21, 2013

Kasut BATA ku....

Emm.... Dari dulu lagi aku memang ada masalah mencari kasut untuk kaki aku nih. Sebab kaki aku kembang depan! dAH LA TU, SAIZ 9 ATAU 10... hehehe... But, aku tetap bersyukur kerana mungkin ada hikmah disemua kejadian Ilahi... So, semalam lepas aku balik kejer, aku terus ajak my hubby gi Festival City untuk cari kasut kejer aku.. Jalan punya jalan, masuk satu ke ke satu kedai, design pun cantik-cantik, tapi bila fixkan kat depan kaki, kompom sakit!! aduhhh..... tetiber mata aku terpandang kedai kasut Bata.... Sebenarnya my first impression kat BATA nih, BATA nih hanya untuk selipar. So, selalu memang aku lalau jerk depan kedai tuh.. Tapi kali ni kaki aku laju jerk nak masuk dalam.. Maka aku pun masuk lah sampai cuci mata.. Las-last, aku terpandang satu kasut nih, memang cantik (untuk kasut pergi kejer), tak fancy pun, tengok pun macam jenis utk kaki kembang depan. pas tu aku mintak la dengan pekerja tu saiz 10, memang ada! hehehe... Tapi for the first time nyer, saiz tu besar utk kaki aku! Then aku ambik saiz 9. OMG!! I LIKE IT VERY MUCH!! VERY-VERY COMFORTABLE!!!!





Terlalu selesa untuk kaki aku! terus aku jatuh cinta pada BATA nih. Harga pun memang akat berpatutan. Kasut aku nih harga RM49.90. Murah kan! Tapi memang selesa! Tinggi tumit pun dalam 2 inci. So, aku pun beli lah kasut nih, siap beli dengan stokin sekali. Aku dah pasang angan-angan, lepas ni kompom aku beli kasut kat BATA jerk...




Wednesday, February 20, 2013

Cool Flashmob from KLIA

Korang pernah dengar tak pasal Flashmob? Setahu aku Flashmob ni kira macam dance free. 




Cool beb..... Kat Malaysia pulak tu.. Apsal la aku tak ada kats ana masa flashmob nih.... Hehehe





Ogy D'Greenwood

Jenjalan dengan hubby, then 'ter'berhenti makan kat Ogy D'Greenwood. Memang best giler! Dari luaran nampak restoran ni eksklusif... Nampak mewah..... Tapi harganya memang berpatutan. Cubalah!!














Air tetap maintain teh o ais limau... Hehehehe.. Cantik kan.. But, anyway, parking je yang masalah sikit sebab restoran ni betul-betul berada di bahu jalan. Selain dari itu, memang superb la..... Tahniah Kak Ogy!!!

Tuesday, February 19, 2013

Friday, February 15, 2013

Party Time Make Up!

Haa. now, untuk anda juga, enjoy this video...

Glamour Makeup Tutorial

Wah wah wah! Best tak tajuk kali ni??
Selak laman sesawang ni, cam 'ter'minat pulaks kat sini...

Wednesday, February 13, 2013

Meehoon ada sayur atau tak ada sayur?

Selalukan kalau aku kat rumah, kalau goreng mee atau meehoon, mesti tak letak tauge. Tak tahu lah naper. Kalau sayur lain boleh la letak lagi. Haha.. Pelik kan..




terbalik lah pulak gambar ni. tapi tak pe lah, korang boleh nampak kan. Perasan tak meehoon yang mana ada tauge dengan meehoon yang mana tak ada tauge? Hehehe.. Biasanya aku akan masak meehoon yang tak ada tauge dalam kuantiti yang agak banyak berbanding meehoon yang ada tauge. Bagi aku sedap lah!!

Lagi satu kan korang pernah dengar tak masakan lala? Ala, lala tu sejenis jugak dengan kupang, kerang dan sebagainya. Aku tak makan kupang, tapi aku memang makan sesangat dengan lala. Sedap tu! Aku pernah try masak sendiri kat rumah, tapi tak jadi. Kena tangan mak aku jugak yang masak lala ni, baru lah jadik. hehe...


Sedap kan! EEmmm... tapi sekarang bukan musim lala. So, susah sikit lah nak jumpa lala kat pasar ni. Biasa kalau dah tiba musim dia, sana sini jual lala. Aku jarang makan lala yang dimasak kat luar, kat gerai makan kat luar ke, kat tepi jalan ke, sebab lala ni kalau tak kena gaya masaknya, bau hanyir lala tu masih ada. So, aku memang tak lalu nak makan. Kalau mak aku yang masak, bau hanyir langsung tak ada. Hehehe... Dah nama pun emak kan. Sama gak macam lauk asam pedas.


Aku memang tak akan makan lauk asam pedas kalau kat luar kecuali kalau aku yang masak atau mak aku yang masak. Still alasan yang sama, sebab kebanyakan lauk asam pedas diluar akan berbau ikan (jenis ikan yang tak basuh bersih tu). Haaa, tu yang aku tak lalu tu. Kompom tak akan makan nyer! Tapi itu lah lauk kegemaran aku. Kalau tiba time mak aku masak, aku dah buat macam nasi berkuah dah, sampai my hubby sound kat aku 'apsal tak guna straw jerk..'.. huhuhu...

Rahsia Disebalik Solat

Assalamualaikum w.b.t. Semakin hari, semakin berkurang jemaah di masjid dan surau. Kenapa ini terjadi?. Mungkin kerana sifat malas atau kepenatan atau terlalu banyak makan masa berbuka. Tapi adakah mereka tahu rahsia disebalik solat itu??. Adakah solat itu meletihkan seseorang??. Adakah mereka tahu setiap pergerakkan yang dilakukan ada rahsia-rahsianya??.. Disini saya mengungkap rahsia-rahsia yang diperolehi daripada solat.


A. Berdiri betul dan takbir. 


Perbuatan berdiri dan takbir dalam solat memberi faedah kerehatan kepada otot-otot atas dan bawah belakang dan kedua-dua kaki, kerana berdiri meluruskan tulang belakang dan kaki dan kedua-dua tidak membengkok atau terhimpit, ini memudahkan kelancaran peredaran darah dan urat saraf berada di posisi asal.

Sementara tumpuan mata pada tempat sujud menarik tumpuan otak atas dan bawah bersatu dalam satu pusat konsentrasi dan membebaskan akal dari sebarang ingatan, menjadikan ia rehat dan tenang. Ini merupakan latihan untuk membina kesihatan zahir dan batin seseorang.

B. Rukuk dan Iktidal


Rukuk pula merenggang sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Ketika itu darah pula dipamkan ke atas badan. Kesan daripada pergerakkan  itu, melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Kesan jangka panjangnya akan menyejahtera dan mengharmoni jiwa.

Perbuatan berdiri iktidal (bangun dari rukuk) dan berhenti sejenak memberi peranan kepada darah yang baru bergerak itu masuk ke dalam saluran urat asalnya. Lalu badan mendapat balik kerehatan dan menghilangkan ketegangan(release tension). 


C. Sujud dan duduk antara dua sujud


Sujud pula membina otot perut dengan sempurna dan mengelakkan perut buncit. Menambah dan melancarkan aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya daerah kepala, termasuk mata, telinga, hidung dan paru-paru, membersihkan pernafasan dan sistem urat saraf, mengeluarkan mentol toxin dari badan oleh aliran darah itu daripada organ-organ berkenaan. 

Sujud kedua pula mengimbangkan sistem saraf dan menyempurnakan pengoksidenan seluruh badan. Kesannya memberi keringanan kepada badan dan emosi. kesan lain daripada sujud terhadap kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan ialah mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan(elasticity) sendi-sendi. Bagi wanita yang mengandung pula, sujud dapat membetulkan kedudukan janin di posisi yang sempurna. Kesan sujud dari segi kerohanian pula ialah menghapuskan ego, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah, meninggikan ruh dan memantapkan tenaga jiwa. Lantaran itu Nabi s.a.w menganjurkan agar lama dalam bersujud. 

Perbuatan duduk diantara dua sujud pula, bila tumit kanan melentur dan dihimpit pula oleh tekanan berat kaki dan badan, membantu mengeluarkan keracunana(toxin) dari organ hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar. 

Sementara bagi kaum wanita pula mereka membiarkan badan mereka berada di atas kedua kaki yang bertapak tegak ke atas. kesannya akan memberikan keselesaan dan kerehatan yang selesa. Gerakan ini memberi kesan penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke arah bawah, memberi kelawasan kepada pembuangan najis dan mengelakkan sembelit.

D. Kesan bacaan dalam solat pada kesihatan.
Selain rukun perbuatan(rukun fi’li) dalam solat, gerakan rukun bacaan (rukun qauli) juga memberi kesan merangsangkan hati, kelenjar tiroid(leher dan halkum), kelenjar pineal, kelenjar pitunitari, kelenjar adrenal dan paru-paru serta meningkatkan fungsi semua anggota zahir dan batin.

E. Kesan rukun tertib
Tertib ialah kesinambungan antara suatu rukun dengan rukun yang lain wajib ada susunan yang teratur tanpa boleh didahulukan atau dikemudiankan mana-mana yang telah ditetapkan. bermula dari takbir hinggalah kepada salam. Rukun ini ialah sebagai latihan kepada jiwa kita agar peka dengan disiplin dalam hidup. Orang yang telah biasa mematuhi disiplin dalam solat dengan sepenuh hati, ia mudah untuk mendisiplinkan dirinya ketika berhadapan dengan disiplin hidup, khususnya yang telah diaturkan oleh syariat Allah.

Rahsia Di Sebalik Wuduk (Air Sembahyang)



سۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tidak sah solat jika kita mengerjakannya dengan meninggalkan wuduk. Pernahkah kita terfikir mengapakah wuhuk dijadikan syarat wajib?
Mengapa tangan bersama dengan air perlu menyentuh anggota-anggota tubuh? Mengapa muka, kepala dan telinga yang dibasuh? Juga kenapa mesti tangan dan kaki? Setiap perintah Allah SWT memiliki kebaikan dan hikmah tentu disebaliknya. Semua lima pancaindera, tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
.
Difahami bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
.
Masih banyak rahsia yang terkandung dalam wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui. Namun begitu terdapat ahli sains dan pakar saraf/ neurologist berjaya mengungkap sedikit rahsia yang terdapat pada anggota wuduk.
.
Ahli kaji saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yangmenyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untukmenenangkan fikiran.
Jika diperhatikan di mana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur, lalu kemudian diamati pula rukun2 wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunkturyang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.
Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi.
Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik jika dibandingkan dengan syariat wuduk yang disyari’atkan sejak 15 abad yang lalu.
.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wuduk
Muka = 84
Tangan =  95
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125
Jumlah keseluruhan = 493!
.
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!
Subhanallah!!!  Bayangkan jika kita melakukan itu sekurang-kurangnya 5 kali sehari…
.
Dari ilmu ahli akupuntur, bahagian telinga, tapak tangan atau tapak kaki terdapat titik2 yang merangkumi seluruh sistem tubuh badan. Dan yang istemewanya titik2 di ketiga2 bahagian ini bersamaan jumlah hari dalam setahun.
.
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat kembali, semasa kita membasuh tapak kaki & tangan… apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin dikongsikan di sini.
Di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang dapat mengubati migrain, sakit gigi, bengkak tangan, lengan merah dan jari kaku.
.
Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titikransangan utama! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
.
Terdapat 125 titik akupuntur di telinga, apabila disentuh kesemua titik ini semasa mengambil wuduk, ianya seolah2 kita telah merawat seluruh jasad. Subhanallah! Sungguh luar biasa rahsia wuduk …
.
.
Tenaga Wuduk Sembuhkan Kebutaan
Terdapat banyak cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW kepada kita dalam usaha penyembuhan. Salah satunya adalah seperti dalam hadis seorang buta yang meminta Nabi SAW untuk memulihkan pandangan matanya.
.
Baginda SAW berkata kepada orang buta itu, “Langkah pertama adalah pergilah ke tempat mengambil wuduk dan ambillah wuduk.” Ini bermaksud wuduk adalah awal (pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap penyakit. Jika tidak memiliki wuduk, usaha untuk menyembuhkan penyakit itu akan menjadi minima.
.
.
Tingkat Pertama Wuduk
Ketika kamu mengambil wuduk, selain membaca niat apa yang pertama kali dilakukan? Ia adalah membasuh tangan sampai pergelangan dan di antara jari-jemari. Ketika membasuh kedua tangan, itu bererti gerak pertama yang dilakukan adalah menggunakan kedua tangan itu, jadi energy level pertama berada di kedua tangan.
.
Itulah punca mengapa orang lain berusaha belajar dan mengutip cara-cara Islam, khususnya orang India dan China yang meyakini Bhuddism. Pertama kali mereka gunakan kedua tangan mereka sebagai sebuah method untuk melepaskan energy dari tubuh mereka, kerana mereka mengumpulkan energy melalui tubuh mereka seperti sebuah piring atau sebuahparabola.
.
Mereka mengumpulkan energi ini dan melepaskannya melalui kedua tangan mereka. Tubuh bertindak sebagai sebuah penampung energy. Melalui olah gerak mereka yang beragam dari latihan berat kepada keseluruhan tubuh, mereka mulai mendapatkan energy jenis itu dan mengfokuskannya dan melepasnya melalui kedua tangan mereka. Bagi menyembuhkan orang sakit, segala sesuatu yang mereka gunakan dalam penyembuhan memiliki efek penggunaan energy.
.
Contoh terbaik dari hal ini adalah pembedahan laser yang melalui technology moden menggunakan cahaya laser untuk menyembuhkan penyakit mata dan bahkan kebutaan. Mereka tidak lagi menggunakan peralatan (tangan), hanya laser. Jadi orang buta tadi, ketika dia bertanya kepada Rasulullah SAW.
.
Baginda SAW memberinya sebuah petunjuk kunci bahawa melalui pelepasan energy, kebutaan itu akan berlalu pergi. Wuduk dapat melepaskan energy dan membakar(penyakit) nya dengan melepaskannya melalui kedua tangan. Orang buta itu belajar dari situ dan memanfa’atkannya.
.
Empat belas abad yang lalu Rasulullah SAW menyembuhkan kebutaan melalui energy. Jadi apa yang kita pelajari dari peristiwa ini? Ambil wuduk dan sucikan dirimu.
Rasulullah SAW berkata, “Senjata yang melindungi kamu dari musuh adalah adalah wuduk.”

Kekuatan wuduk juga boleh digunakan bagi menentang keegoan. Ketika energy negative meninggalkan tubuh, maka energy positive akan bertambah. Dengan berwuduk, energy ribuan kali lebih kuat daripada biasanya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW menyarankan;“Pergilah ambil wuduk.”
.
Semoga rahsia wuduk ini memberi manfaat kepada semua mukmin yang sentiasa mengekalkan wuduknya.
.
Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

25 Places That Look Not Normal, But Are Actually Real

Emm..... Macam tak betul, tapi sebenarnya realistik! Fuuhhhh!! Indah sungguh cintaan Allah S.W.T. Subhanallah....

1. Mt. Roraima, Venezuela

2. Salar de Uyuni, Bolivia

Salar de Uyuni, Bolivia

3. Moravia, Czech Republic

Moravia, Czech Republic

4. Tulip fields - Lisse, Netherlands

Tulip fields - Lisse, Netherlands
Via: warnet.ws

5. Iceland

Iceland
Source: 500px.com

6. Mare Island Naval Shipyard - Vallejo, California

Mare Island Naval Shipyard - Vallejo, California

7. Namibia

Namibia

8. Naica Mine - Chihuahua, Mexico

Naica Mine - Chihuahua, Mexico

9. Tunnel of Love - Kleven, Ukraine

Tunnel of Love - Kleven, Ukraine

10. Metro - Stockholm, Sweden

Metro - Stockholm, Sweden

11. Lapland, Finland

Lapland, Finland

12. Zhangye, China

Zhangye, China

13. Mount Grinnell - Glacier National Park, Montana

Mount Grinnell - Glacier National Park, Montana
Via: pcgood.net

14. The Richat Structure - Mauritania

The Richat Structure - Mauritania

15. Hang Son Doong Cave - Vietnam

Hang Son Doong Cave - Vietnam

16. Chand Baori - Abhaneri, India

Chand Baori - Abhaneri, India

17. The Stone Forest - Yunnan, China

The Stone Forest - Yunnan, China

18. Berry Head Arch - Newfoundland, Canada

Berry Head Arch - Newfoundland, Canada
Source: alsex_from_ako

19. Lake Retba - Senegal

Lake Retba - Senegal
Via: nous3.com

20. Gullfoss - Iceland

Gullfoss - Iceland
Source: stuckincustoms

21. The Wave - Arizona

The Wave - Arizona

22. Socotra, Yemen

Socotra, Yemen

23. Grand Prismatic Spring - Yellowstone National Park, Wyoming

Grand Prismatic Spring - Yellowstone National Park, Wyoming

24. Door to Hell - Derweze, Turkmenistan

Door to Hell - Derweze, Turkmenistan

25. Crystal Cave - Skaftafell, Iceland

Crystal Cave - Skaftafell, Iceland
 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"