Wednesday, November 11, 2009

Yahoo!! Dapat kuarters..!!



Aku kalau bukan kerana aku...
Aku tak nak berdepan dengan sesiapa...
Aku kalau bukan diriku...
Aku tak nak bersama sesiapa...
Aku kalau bukan fikiran ku...
Aku tak nak menyusahkan sesiaper...
Well....
Aku tetap aku....

Hihihhihihi..
Berpuitis jap..

     So..., akhirnya Alhamdulillah.. Aku ditawarkan kuarters Putrajaya di alamat Blok TD-T.05-U.08, Fasa 4c, Presint 8, Putrajaya. Bersyukur aku yang teramat-sangat. Sekarang nie aku tengah tunggu kunci kuarters. Dapat jerk ingat nak cuti sehari nak tengok rumah. Sebelum tu aku kena settlekan deposit kuarters RM150, deposit api air, deposit air kena bayar kat Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Deposit api lak kena bayar kat Anjung, Putrajaya. Alamatnyer memang kena cuti lagi sehari. Tapi kesian lah kat my hubby sebab cuti rehat dia dah habis. Cian sayang kan. Tapi my hubby said, it's okey. Utk rumah, abang tak kisah. So, nanti my hubby ambik cuti tanpa gaji sehari.

     Aku balik Putrajaya hujung minggu jerk. Orang kata, better ambik kuarters, in case jadi apa-apa, kita dah ada rumah. nak beli rumah, semuanya dah fully book. Yang ada pun tinggal 500k ke atas. Itu dah taraf VIP kalau nak beli pun. hehehehe.. 

     Hari Selasa 10.11.2009, aku ambik half day, direct ke Putrajaya bersama my hubby. Lepas ambik surat tawaran kuarters tu sempat lah tinjau-tinjau area situ. Alhamdulillah, sekolah pun ada, pasar pun ada (walaupun the only one pasar kat situ. Harga lak bukan macam pasar, macam kat pasaraya dah...), cuma satu jerk tak ada. Bengkel keter ngan motor..!! itu memang aku tahu dari dulu. Masa aku kejer kat Kementerian Kewangan dulu pun aku servis keter kancil aku (masa tu lum tukar MyVi lagi) kat Dengkil. Jauh gak. Dekat ngan rumah member aku, Zaili (Dear, in case jumpa my phone number, please call.. Orang lama tak dengar khabar hang....). Lagi satu memang tak ada (ke susah nak cari) stall burger kat tepi jalan tu. I ye lah, takkan nak makan burger McD jerk, burger KFC jerk, nak gak rasa burger tepi jalan. menjilat jari.. hihihi...

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"