Aku tak suka
Kalau kau bermain api
Sungguh pun api itu kecil
sebab kalau kau tahu, "Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan"
Jika demikian
kenapa engkau nak bermain api
Sedangkan engkau tahu itu adalah API
Dan jangan kau ingat api itu terlindung
jangan sesekali kau ingat begitu
Aku cukup menyampah
Kalau kau bermuka-muka
Sedang kau tahu apa yang kau buat
Aku bukan memukul angin
Bahkan juga menyeru ombak
Tapi aku berpaksi pada nyata
Yang buat aku megah berkata-kata
Sebab aku tahu itu benar belaka
"berani kerana benar, takut kerana salah"
Aku hairan
Jika engkau buat tak tahu
Kalau pun kau tahu
Tapi kau buat-buat tak tahu
Apa engkau tidak tahu?
Yang aku tahu apa yang engkau tahu
Itu pun kau masih tak tahu?
Aku amat dengkel
Kalau kau melupakan apa yang sepatutnya kau lakukan
Sungguhpun ada alasan
Tapi hanya tenggelam di paras kerongkong mu
Lalu
Kau biarkan alasan itu di angin lalu...
Wajar kah begitu?
Aku amat bosan
Kalau acapkali kau bersuara
Seringkali itu juga bayangnya pada ku
Apa kau dah puas dengan apa yang kau ada?
Atau kau sering mengadu domba pada semua...
Sedarlah...
Tuah orang berlainan...
Kau tak sama dengan aku..
Dan aku tak sama dengan engkau...
Reski aku berlainan dengan reski engkau...
Dan reski engkau berlainan juga dengan reski aku....
Allah S.W.T. bagi yang terbaik buat umatNya.. Insyaallah...
Kalau ikutkan hati aku..
Aku tak ingin lukakan hatimu..
Padamu, aku jajarkan sebaris sahabatku
Namun pekerti apa yang kau tunjukkan padaku?
Sering buat mutiaraku terlihat di bibir mataku
Aku bukan musuh kau..
Sebab aku tak mahu mencari musuh.
Lalu...
Aku sedar, padaNya jua aku berdoa.....
padaNya jua aku mengadu.......
Amin. Ya Rabbal 'Alamin...
Monday, November 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment