Thursday, November 5, 2009

Kerja la

          Kerja laaa..... Itu yang diharapkan untuk semua orang. Sama dengan aku. Aku bekerja, dan bekerja, dan bekerja. Sunior, junior, semua itu perkataan biasa di dalam bekerja. Bekerja membolehkan kita menambah seribu satu pengetahuan. Bekerja juga mematangkan kita dalam belajar erti memikul tanggungjawab dan amanah. Bagi aku pula, bekerja memang menajamkan otak aku. Sebelum aku di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, aku di Kementerian Kewangan. Banyak benda yang aku belajar. Thanks God, aku belajar dari zero kepada 150%!!

          Tapi sekarang aku lihat ramai yang tidak mahu mengambil peluang belajar dengan bekerja. Tak faham? Kadang-kadang aku serba salah untuk menegur dan mengajar benda yang betul kepada freshy yang baru. Bukan apa, 10 patah aku kata, 100 patah balik aku dijawab. Entahlah..... Kalau tak ajar dan tegur, dikata tak tegur dan tak ajar.. Dikata kedekut ilmu.. Kadang-kadang aku pulak yang teragak-agak, nak ajar ke tak nak. Kadang-kadang tu bos aku pulak yang marah aku sebab tak ajar freshy, tapi hakikatnya freshy yang tak nak terima apa yang aku ajar.

          Punyai bos yang terlalu nice memang agak menguntungkan. Berbanding dengan Kementerian Kewangan, bos yang lama amat serius! Tak boleh silap sikit. Jadi bila punyai bos yang baik, aku lihat ada juga segelintir yang mengambil kesempatan. Bak kata pepatah, menangguk di air yang keruh. Mula buat perangai, tak datang kerja, tak buat kerja... Entahla... Adik-adik semua, nak dapat kerja dengan kerajaan bukan senang.. Terlalu susah... So, bila dah dapat, hargailah sepenuh hati. Berikan lah perkhidmatan yang terbaik. Kalau tak nak pun, datang lah kerja.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"