Tuesday, November 17, 2009

Jangan Tabur Fitnah Pada Aku Dan Suami!!



Seacera Tiles Bhd.
Itu lah tempat kerja my hubby. Tapi aku sedih sangat sebab terdengar kata-kata belakang, "kak Sha ni macam mewah, kata suami kerja Executive.. Tapi Si Anu ni kata kerja kat kilang jerk..."

Pembetulan!!! Yes! Memang aku akui aku tidak susah, tapi aku tidak mewah! Aku cuma tidak merasa susah selepas berkahwin. Sian kat my hubby. Okey, my hubby kerja di Seacera, sebagai R & D Executive kat Seacera Tiles Berhad. Itu jawapannyer. Semua yang ada padaku, semua yang ada di badanku, adalah hasil pemberian dari suamiku. Kadang-kadang aku sedih bila dengar orang mengata "tu mintak lagi lah dengan laki dia tu... Nak berlagak... " Hello!! Execuse me!! My hubby yang nak beri pada aku. Aku tak minta walau sesen pun. Pada aku, cukup kalau aku diberi perhatian dan jagaan. kadang-kadang aku rasa macam aku nak announce satu dunia kebenarannya. My hubby menghamba abdikan diri pada Seacera hampir belasan tahun! Maka selayaknyer my hubby mendapat gaji yang setimpal. Cuma yang aku sedih ada orang yang mengambil kesempatan dengan gaji suami aku. Bagaimana caranyer? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Jadi mengapa kalian soalkan tentang kehidupan aku selepas berkahwin?

 

kadang-kadang air mata aku senang jatuh memikirkan kata-kata orang ni. Bukan apa, dengan pandang serong, pastu cakap bisik-bisik sambil mata melirik tajam kat aku. Apa maknanyer tu? kalau tak puas hati dengan perkahwinan aku, dengan reski aku, siapa kalian untuk menghukum aku?
Siapa kalian untuk menabur fitnah pada perkahwinanku?
Siapa kalian untuk menilai hal rumahtangga ku?
Siapa kalian untuk menilai sejauh mana kasih sayang suami pada aku?
Dan siapa kalian untuk kalian lakukan semua ini?
Siapa kalian?

 

Bila orang tanya, aku jawab dengan betul.."Suami saya hadiahkan untuk saya..."
jadi, takkan aku nak menipu? dah memang betul suami aku yang hadiahkan untuk aku.
Takkan aku nak kata itu aku rompak atau sebagainyer? Tak ke berdosa namanyer. Keserasian antara aku dan suami, kenapa dipersoalkan? Memang kami masih bercinta. Ya, bercinta selepas kahwin lebih indah dari bercinta sebelum kahwin. Bercinta selepas kahwin penuh dengan belaian kasih sayang. Itu aku akui. Jadi selayaknya aku mendambakan kasih ku pada suami, bukan pada someone else dari my hubby! Jadi, kenapa ada yang tak suka memandang, terus berkata yang bukan-bukan? Berpegang tangan erat-erat, cium pipi, cium dahi, cium tangan, jalan beriringan, bertepuk tampar, adakah itu menjadi salah sekiranya ia dilakukan oleh pasangan suami isteri? Kenapa? Korang juga boleh melakukannya. Kehangatan bercinta tidak sama sekali hanya dirasai sebelum perkahwinan. Alam percintaan sesungguhnya lebih manis, lebih bermakna selepas ia diakadkan.
Jadi tak salahkan kiranya aku bercinta dengan suami aku?
Kenapa ada yang tak suka?



Jadi orang-orang kat luar sana yang nak mengata macam-macam pasal aku lepas nie, tolong lah... Tanya dulu mana sumbernyer. Jangan main sedap rasa je nak belasah tabur fitnah kat aku dan hubby. akan sampai juga reski anda semua di luar sana untuk merasai hidup yang agak selesa. Setiap manusia memang telah ditetapkan reskinyer. Ada reski nyer.. Seperti yang aku kata dahulu, mungkin reski anak belum sampai, reski harta sampai dulu.. Insyaallah, sampai masa, kalian akan merasa juga hidup selesa. Tak perlu lah nak jaja cerita orang sana sini. Entah kan betul, entah kan tidak. Jangan lah bila melihat tiada sebarang 'serangan' dibuat, maka fitnah ditabur menjadi-jadi. Percayalah, reski korang mesti ada.
Allah itu Maha Adil. Itu aku yakin.




Biarkan aku hidup bahagia bersama suami.
Tak perlu nak dikucar kacirkan.
Setiap perbuatan korang pasti akan terbalas juga.
bak kata mak aku, kalau duit kita hilang, redhakan kerana mungkin ada sedikit dari reski yang kita dapat, kita tak pergunakan dengan cara yang betul, maka itu lah balasannyer.....
Apa yang ada pada kita, itulah ukuran reski dan pertukaran kebaikan yang kita lakukan..
jadi janganlah korang nak memandai-mandai menambah fitnah yang bukan-bukan, silap hari bulan reski korang yang berkurang............
Kan aku dah kata................. ALLAH ITU MAHA ADIL....




No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"