Monday, November 30, 2009

happy Anniversary!!


Happy Anniversary Honey...!!

Abang..
Indah sungguh alam berumahtangga
Bertuah sungguh badan punyai abang sebagai suami
Alhamdulillah...
Jodoh kita masih kuat sehingga kini..
Mudah-mudahan berkekalan..
Insyaallah..

22.11.2009
Genap setahun kita berumahtangga..
Melayarkan bahtera di lautan penuh gelombang..
Sesungguhnya ayang bersyukur
dikurniakan suami seperti abang
Ya.. seperti abang..
Terfikir di hati
Adakah rindu kian bertaut?
Adakah sayang kian bercambah?
Adalah setia kian terikat?
Kini terjawab sudah
semua persoalan yang terungkai..
Abang.. Ayang..
Harapan kini bersatu..

Pedulikan pada mereka
yang banyak memberi fitnah yang bukan-bukan
Bersandarlah pada paksi kasih sayang
setia, jujur, dan ikhlas..

Doa ayang..
Moga-moga jodoh kita sentiasa direstui Nya...
Mudah-mudahan...

Ayang sayang abang...
Terima kasih pada segala pemberian abang..
Terima kasih juga kerana tidak membenarkan ayang merasa susah
Terima kasih juga kerana memberi keselesaan pada ayang
Terima kasih juga kerana setia menemani ayang sepanjang masa
terima kasih
kerana memberi sepenuh kepercayaan
kerana membenihkan seribu impian
kerana menjadi pelindung tatkala memerlukan
kerana menjadi kawan ketika diperlukan
kerana menjadi pendengar yang begitu setia
kerana menjadi payung tatkala hujan melanda
terima kasih
terima kasih..

-isterimu-
12.37 pm

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"