Monday, November 16, 2009

Aku Tak Paham Ler

     Sungguh! Sikit pun aku tak paham! Secubit rasa pun aku tak mengerti! Bekerja bila diperlukan. Tapi jangan diabaikan waktu kerja. Sayanglah kerja kerana bukan mudah untuk kita dihulurkan reski Allah begini. Din, member opis aku. Dia seorang pekerja yang baik,  cuma mungkin keadaan keliling memaksa dia utk bertindak diluar tanggungjawab.

     Din, kerja lah. Bukan mudah untuk mendapat kerja sebaik ini. Jangan dengar pada bisik keliling, dengar lah pada rasa tanggungjawab. Pedulikan apa orang nak kata jika kamu bekerja dengan dedikasi. Jangan dicampur adukkan emosi dan bekerja. Kerja lah. Kerjalah selagi Allah memberikan ruang dan peluang untuk kamu bekerja dalam keadaan yang aman sekali. Bukan mudah juga untuk mendapat bos yang sebaik sekarang.

     Kerjalah..Bersyukur lah kerana bos kamu masih boleh bertolak ansur dengan kamu. Bersyukurlah kerana bos kamu masih punyai budi bicara pada kamu. Bersyukurlah kerana rezeki kamu masih belum dirampas Allah S.W.T. Bersyukurlah kerana kamu masih boleh menghantar duit belanja pada orang tua kamu. Din, sebagai hamba Allah, semua orang sayang padamu. Oleh itu, kerja lah. Lunaskan janji mu pada Kerajaan yang memberi kamu gaji. Lunaskan tanggungjawabmu..

Aku juga punyai kesalahan, tapi pada mu Din, aku yakin yang aku betul untuk menegurmu....
Aku juga punyai kelemahan, tapi padamu Din, aku yakin yang aku tidak silap untuk memberi tunjuk ajar padamu...
Aku juga tidak sempurna, tapi padamu Din, aku yakin yang aku harus menyempurnakan mu kawanku....
Aku juga tidak cekap, tapi padamu Din, aku yakin yang engkau juga ingin secekap seperti senior di sini...
Itu aku yakin......

DIN, SEBAGAI RAKAN, AKU BERSIMPATI PADA KAMU..
DAN SEBAGAI TEMAN, AKU UCAP PADA MU, KERJA LAH.......

    

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"