Monday, November 30, 2009

happy Anniversary!!


Happy Anniversary Honey...!!

Abang..
Indah sungguh alam berumahtangga
Bertuah sungguh badan punyai abang sebagai suami
Alhamdulillah...
Jodoh kita masih kuat sehingga kini..
Mudah-mudahan berkekalan..
Insyaallah..

22.11.2009
Genap setahun kita berumahtangga..
Melayarkan bahtera di lautan penuh gelombang..
Sesungguhnya ayang bersyukur
dikurniakan suami seperti abang
Ya.. seperti abang..
Terfikir di hati
Adakah rindu kian bertaut?
Adakah sayang kian bercambah?
Adalah setia kian terikat?
Kini terjawab sudah
semua persoalan yang terungkai..
Abang.. Ayang..
Harapan kini bersatu..

Pedulikan pada mereka
yang banyak memberi fitnah yang bukan-bukan
Bersandarlah pada paksi kasih sayang
setia, jujur, dan ikhlas..

Doa ayang..
Moga-moga jodoh kita sentiasa direstui Nya...
Mudah-mudahan...

Ayang sayang abang...
Terima kasih pada segala pemberian abang..
Terima kasih juga kerana tidak membenarkan ayang merasa susah
Terima kasih juga kerana memberi keselesaan pada ayang
Terima kasih juga kerana setia menemani ayang sepanjang masa
terima kasih
kerana memberi sepenuh kepercayaan
kerana membenihkan seribu impian
kerana menjadi pelindung tatkala memerlukan
kerana menjadi kawan ketika diperlukan
kerana menjadi pendengar yang begitu setia
kerana menjadi payung tatkala hujan melanda
terima kasih
terima kasih..

-isterimu-
12.37 pm

Buat sahabatku di JPPH

Aku rindu kat korang semua..
Sungguh..!!
Korang tak caya?
Tak apa lah...
(Aku nak merajuk nie....)

Sahabat ku..
Padamu, aku layak menggelar abang, kakak, adik....
Dari kamu aku belajar..
Dari kamu aku dewasa..
Dari kamu juga aku temui gembira...

Sahabatku...
Kalian bagaimana sekarang?
Ahh.. Mungkin juga ada yang dah berdua...
Ohh.. Lama sudah aku tinggalkan JPPH...

Hilai tawa, air mata...
semua menjadi mainan kita dulu-dulu..
Ingat tak pada Alamanda?
Ingat tak pada masjid Putrajaya?
Dan ingat tak pada nando's..? (Hehehehe.. nanti aku belanja korang..)

Aku rindu kat korang semua..
mana korang semua pergi?
Kita buat reunion nak tak?
Perjumpaan?
Alaaaahhh.. Aku leh gi Putrajaya...
Nak bawak gambar kawin aku...
Mesti korang nak tengok kan?
Kan? kan?

Teringat pada arwah CC Termizi..
Dia sungguh baik hati....
Baik sangat-sangat....
Mengajar pun tak ganas..
Mengajar juga tak garang.......
Baik sangat!!
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat..
Amin...

Teringat pada mad...
Ahh... Mungkin juga dah punyai anak sorang.....
Ingat pada kisah dulu..
Kisah cinta monyet yang tepuk sebelah tangan jerk..
(Saper lah aku.. kih kih kih...)

Juga teringat pada perempuan tu..
Alaa.. yang arwah cc Ter panggil "si pipi merah.."
Perrgghh..! Perasan giler..
Poyo nak kawin dengan pegawai gred 41...
Selalu bermegah diri..
"Siapa nak bagi duit nak jaga maintainane i ni..."
"I kalau gred bawah-bawah ni i geli lah...."
last-last dapat pegawai gak....
PEMANDU PEGAWAI....
Hehehehe..
Tuhan itu Maha Adil.....
Semuanya tersenyum mengejek...
Kalian ingat tak?
Mesti ingat kan?

Kalin semua...
Aku rindukan kalian......
Rindu sangat-sangat......!!

Kawan II

Aku tak suka
Kalau kau bermain api
Sungguh pun api itu kecil
sebab kalau kau tahu, "Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan"
Jika demikian
kenapa engkau nak bermain api
Sedangkan engkau tahu itu adalah API
Dan jangan kau ingat api itu terlindung
jangan sesekali kau ingat begitu


Aku cukup menyampah
Kalau kau bermuka-muka
Sedang kau tahu apa yang kau buat
Aku bukan memukul angin
Bahkan juga menyeru ombak
Tapi aku berpaksi pada nyata
Yang buat aku megah berkata-kata
Sebab aku tahu itu benar belaka
"berani kerana benar, takut kerana salah"


Aku hairan
Jika engkau buat tak tahu
Kalau pun kau tahu
Tapi kau buat-buat tak tahu
Apa engkau tidak tahu?
Yang aku tahu apa yang engkau tahu
Itu pun kau masih tak tahu?


Aku amat dengkel
Kalau kau melupakan apa yang sepatutnya kau lakukan
Sungguhpun ada alasan
Tapi hanya tenggelam di paras kerongkong mu
Lalu
Kau biarkan alasan itu di angin lalu...
Wajar kah begitu?


Aku amat bosan
Kalau acapkali kau bersuara
Seringkali itu juga bayangnya pada ku
Apa kau dah puas dengan apa yang kau ada?
Atau kau sering mengadu domba pada semua...
Sedarlah...
Tuah orang berlainan...
Kau tak sama dengan aku..
Dan aku tak sama dengan engkau...
Reski aku berlainan dengan reski engkau...
Dan reski engkau berlainan juga dengan reski aku....
Allah S.W.T. bagi yang terbaik buat umatNya.. Insyaallah...


Kalau ikutkan hati aku..
Aku tak ingin lukakan hatimu..
Padamu, aku jajarkan sebaris sahabatku
Namun pekerti apa yang kau tunjukkan padaku?
Sering buat mutiaraku terlihat di bibir mataku
Aku bukan musuh kau..
Sebab aku tak mahu mencari musuh.


Lalu...
Aku sedar, padaNya jua aku berdoa.....
padaNya jua aku mengadu.......


Amin. Ya Rabbal 'Alamin...

Kenduri Kawin Jiran

Jiran merangkap kawan aku nie buat kenduri genap pada tarikh setahun aku mendirikan rumahtangga(ceewahh!!). Terharu gak.. Tapi both two of you nampak sangat cantik...!!
jadi, aku siarkan gambar dia untuk tontonan. hehehehe..


Cantik kan?
Tapi yang paling aku suka kat budak cute tu..... hehehehe...
Sang bidadari yang cungguh comeiii!!!



Ini parent pengantin lelaki... Jiran aku lah tu... Eh silap, jiran mak aku lerr..
Warna coklat ni memang cantik. Tu la, masa time aku kawin dulu, ingat nak buat warna coklat, tapi my mum dah choose warna biru...... Tapi tetap cun...!



Ini pelamin nyer.... Comel gak...
Yang menariknyer bab kipas tu, warna pink.....
i like.... : D



Ni pulak dalam bilik pengantin.. hehehe..
Tapi kan kalau korang perasan, setiap kali tetamu datang ke rumah pengantin, mesti diaorang nak tengok bilik pengantin kan? Aku pun musykil gaks....
Tapi aku pun kadang-kadang join gak....

So, jom tengok lagi...



Jaga-jaga! Pengantin dah sampai...!!




Hensem nyer mamat nie...
Errr.. Nak cari tuan puteri ker...







Bunga hidup lagi you!
Suka sangat!!


eRRR...
Ini lah tok kadi yang nikahkan aku...
Tapi isterinya member baik mak aku..
Salam tok..!!!


last but not lease!!!
Terima lah......!!!


My beloved mum...!!!
I love u MUM...





Hahahahaha...
My cute cousin....
Jangan tak tahu, mamat nie banyak peminat tau!!!
Look at his face... Very cute..!!
Yang korang tak tahu, bila mamat nie karaoke, peerrgghhh...
Suara sedap giler....!!!
Dah tu, jemput ler makan...
Tak yah ler dikunyah tulang ayam tue... Hehehehehe



My beloved hubby...!!
MMuuaahhh!!
I love you so much!!!!

annnndddd.......



Me......!

Thursday, November 26, 2009

Selamat HaRi RaYa AiDiLaDhA !!

Selamat Hari Raya Aidiladha!!
mohon maaf zahiriah dan batiniah.
Bestnyer bila dah tiba musim raya. Jalan tak jem (ramai dah cuti, nak balik kampung), opis pun tak bising. Aman sikit. Hehehehe..

So, citer bab raya nie, aku tengah kompius laa... Tahun ni turn my hubby nak balik kampungnyer ni Nilai 1. Aku ingat nak balik hari Jumaat lepas sembahyang raya, tapi my hubby nak balik malam nie (Khamis). Adui hai.... Mesti jem nyer lah malam nie, dengan mengantuk lagi. Bukan apa, sebab kerja siangnyer tu... Tapi cakap suami tak boleh bantah, kena ikut. Hehehehehe....

Jadi kepada mereka diluar sana, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..!!

Adobe Photoshope

Salam semua!!
Pagi-pagi lagi aku dah update my blog. But since tak de gambo nak upload, itu yang lama tak update.

So...
Now i'm learning for Adobe Photoshope. For what? eemmm....
Aku ingat nak buat projek sikit dengan adik aku yang tengah. Projek apa? Tunngguu...!!
So sekarang nie, aku tengah sibuk diajar oleh my hubby pasal adobe ni. hehehehe..
Biasalah. Kalau dah nama suami tersayang, ajar pun tak leh marah-marah, nanti ayang merajuk nanti.. hehehe (ambik kesempatan).... Tapi memang menarik kalau dah tahu macam mana guna adobe nie.. So, after this when i get that skill, aku nak melangkah ke projek aku tu.. Insyaallah, mudah-mudahan projek aku tu berjalan dengan lancar. Kerja tetap kerja sebab bukan mudah nak join goverment beb..... so, permulaan, aku nak jalankan projek aku tu hujung minggu... Hehehehehe.. Panjang lebar lak penerangannyer......

Okey, nanti aku postkan gambo yang aku update dengan adobe. Nanti korang nilai ye....

Monday, November 23, 2009

CiNtA..




Cinta ibarat kupu-kupu..
Makin kau kejar, makin ia menghindar..
Tapi, bila kau biarkn ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga..
Cinta mampu membahagiakanmu tp sering pula ia menyakiti, Tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kpd seseorang yang layak menerima.

Kpd yg ragu-ragu dengan PERNIKAHAN..
Cinta bukannya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli.
Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada.
Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jgn menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
 akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

Friday, November 20, 2009

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"