Tuesday, January 15, 2013
Gambar Nikah Siti Fazurina & Suami
Baru-baru ini kecoh dengan cerita pelakon wanita, Siti Fazurina yang didakwa melarikan diri dari keluarganya selain berkahwin secara senyap-senyap.
Pelbagai cerita dari sudut negatif yang timbul buat diri Fazurina yang mengatakan dia tidak menghormati ibunya selain penyebab ibunya jatuh sakit.
Namun, Isnin lalu Fazurina dan suaminya telah membuat sidang media dan menjelaskan kedudukan sebenar situasi dirinya.
Kata Fazurina, dia bernikah secara sah di dalam negara dengan suaminya, Hykal Zulkifli berwalikan ayah saudaranya.
Malah, majlis pernikahannya juga dihadiri oleh sanak saudara kecuali ibu dan adiknya.
Justeru, kata Fazurina tidak timbul soal dia kahwin senyap dan lari meninggalkan keluarganya.
Dalam kekecohan dengan isu yang sensitif itu, Fazurina tetap menguntum senyuman dan menggembirakan hatinya sendiri.
Diharapkan penjelasan Fazurina itu tidak ada lagi timbul cerita-cerita negatif tentang pernikahnnya.
Walaupun tidak ramai yang tahu tentang pernikahannya, tapi cukuplah didoakan kebahagian buat diri Fazurina.
Jom layan gambar-gambar sewaktu majlis pernikahan Fazurina.
sumber - http://ipanas.blogspot.com/
Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam
Dahulu ramai para saintis yang meragui tentang kewujudan air zam zam ini. Ada yang mengatakan terdapat sebuah paip di bawah tanah. Namun sebenarnya terdapat banyak keajaiban tentang air zam zam ini.
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
- Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
- Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
- Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
- Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
sumber: Melayu Kini / GuaBlog.com
Monday, January 14, 2013
Gambaran Kejadian Kiamat Oleh Allah S.W.T
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
kenderaan JPJ Dibakar di Ayer Tawar
Gempar! Apabila Kenderaan JPJ Dibakar Di Ayer Tawar (Foto+Video) | Teringat masa kes dahulu ketika perhimpunan Bersih, apabila kenderaan polis diterbalikkan dan dibakar. Terbaru KisahBest.Mydifahamkan terdapat satu kejadian yang mengejutkan apabila sebuah kenderaan JPJ telah diterbalikkan dan dibakar di Ayer Tawar. Namun begitu, punca sebenar kenderaan itu dibakar masih lagi dalam siasatan. Boleh tonton video di atas.
Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini ( 11/1/2013 )
Difahamkan sebanyak 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, dengan tiga daripadanya dirawat di hospital, kerana cedera parah.
Bermula dengan rasa marah daripada penduduk setempat dan kemudian menterbalikkan Kereta JPJ tersebut dan membakarnya .
Kehadiran Polis Traffik disitu juga gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah “bakar!”
Turut melibatkan 10 kenderaan dan kesesakkan Jalan raya. - sumber dari kisahbest.my
Part II - Ye Ye!! Akhirnya!!
Ye Ye Akhirnya!! edisi part II
Hahahaha..
leh lak main edisi by edisi.. Emmm.. But this is not the point. The point is what just you will read after this. Hahahaha...
Okey.. Semua nak tahu kan kat mana saya bertukar. Sebelum ni saya ditukarkan ke Cawangan Hal Ehwal Awam, Ibupejabat Polis Daerah Gombak. Dan selama hampir 3 tahun aku berkhidmat di sana, aku mitak tukar dan ditukarkan ke Seksyen Pentadbiran, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. What?? Jabatan Perdana Menteri? Yess... Hehehehe...
But, kesian kat member-member yang lagi dua orang tu - Lela ngan Linda. Sabar ye kengkawan, ada reski tu.. Yang Lela laks, entah2 reski hang bulan dua ni tak? hehehe... Memang masa mula2 dapat surat tu aku dah di'sumpah' jadi katak hijau ngan Lela... Hahahaha... Alhamdulillah..
Bukan sebab kerja yang membuatkan aku nak bertukar, mungkin juga disebabkan aku tidak sesuai untuk bekerja di dalam kelompok yang beruniform. Maybe lah kot.
Hahahaha..
leh lak main edisi by edisi.. Emmm.. But this is not the point. The point is what just you will read after this. Hahahaha...
Okey.. Semua nak tahu kan kat mana saya bertukar. Sebelum ni saya ditukarkan ke Cawangan Hal Ehwal Awam, Ibupejabat Polis Daerah Gombak. Dan selama hampir 3 tahun aku berkhidmat di sana, aku mitak tukar dan ditukarkan ke Seksyen Pentadbiran, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. What?? Jabatan Perdana Menteri? Yess... Hehehehe...
But, kesian kat member-member yang lagi dua orang tu - Lela ngan Linda. Sabar ye kengkawan, ada reski tu.. Yang Lela laks, entah2 reski hang bulan dua ni tak? hehehe... Memang masa mula2 dapat surat tu aku dah di'sumpah' jadi katak hijau ngan Lela... Hahahaha... Alhamdulillah..
Bukan sebab kerja yang membuatkan aku nak bertukar, mungkin juga disebabkan aku tidak sesuai untuk bekerja di dalam kelompok yang beruniform. Maybe lah kot.
Hehehehe.. Time ni masa aku ngan kengkawan gi Sambutan Hari Polis. Memang rindu kat semua. Tapi... Mungkin juga aku dulu masuk gomen terus diserapkan di Kementerian, dan bukannya di dalam kelompok badan beruniform, so maybe aku tak boleh ikut cara mereka bekerja... So sad.... :D
Kadang2 tu itu semua pengalaman. Aku kiranya rasa bersyukur sesangat sebab Allah bagi aku peluang mengenali alam bekerja di dalam unit beruniform. Kalau tak, tak merasalah kan, ye tak? Apa pun, terima kasih kepada semua kerana sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan.
" Pertemuan, perpisahan
adat manusia biasa
hilang di mata tapi di hati jangan lupa
berdoalah kita agar aman dan sentosa
semoga kita bertemu lagi lain masa....
sayonara.. sayonara..
sampai berjumpa lagi..."
yE yE! Akhirnya!!
Akhirnya!!
Stelah bertungkus lumus menghantar surat tukar, akhirnya...
" pada hari itu... di Klinik Selayang Baru..
Aku memang rasa tak sihat badan, terpaksa ajak en. hubby bawak gi klinik... Entah kenapa rasa pening kepala yang teramat sangat..
Masa tengah tunggu gilirannak masuk bilik doktor (almaklumlah, tunggu bukan main lamanyer..) saya dapat satu panggilan..
Pemanggil : Hello
Aku : Ye
Pemanggil : Puan Shalizah binti Dol ye?
Aku : Ye saya. Dari mana ye?
Pemanggil : Saya En. Farihan dari JPA
Aku : dari JPA? Okey.. (padahal dalam hati dah berdebar-debar dah ni... :D)
Pemanggil : Hari ni kerja tak? ke tak kerja?
Aku : Hari ni saya cuti, saya ke klinik sebab tak sihat
Pemanggil : Kalau macam tu, tak mengapa lah. Saya poskan surat pertukaran puan.
AKu : (Bagai nak menjerit!!) Apa? Surat tukar? tak pe, tak pe, saya gi sana ambik sendiri hari ini jugak.
Hehehehe.... Aku dengan berkobar-kobar terus tepon mak aku. yang bestnyer, mak aku siap nak ikut, katanya nak gi jenjalan kat Alamanda. hahahahaha.. Aku dah gelak sakan dah. Masa tu adik aku yang bongsu pun tumpang sekaki gak nak ikut. Nak ambik suratnyer tak sampai 5 minit, selebihnya gi jenjalan kat Alamanda, kat Anjung (nak tengok tudung).. Sampai ke petang baru balik... :D Best kan.. Hahahaha.. Nak tahu aku dapat tukar kat mana? jeng jeng jeng....... Sila ke part II ye.. :D
Wassalam...
Stelah bertungkus lumus menghantar surat tukar, akhirnya...
" pada hari itu... di Klinik Selayang Baru..
Aku memang rasa tak sihat badan, terpaksa ajak en. hubby bawak gi klinik... Entah kenapa rasa pening kepala yang teramat sangat..
Masa tengah tunggu gilirannak masuk bilik doktor (almaklumlah, tunggu bukan main lamanyer..) saya dapat satu panggilan..
Pemanggil : Hello
Aku : Ye
Pemanggil : Puan Shalizah binti Dol ye?
Aku : Ye saya. Dari mana ye?
Pemanggil : Saya En. Farihan dari JPA
Aku : dari JPA? Okey.. (padahal dalam hati dah berdebar-debar dah ni... :D)
Pemanggil : Hari ni kerja tak? ke tak kerja?
Aku : Hari ni saya cuti, saya ke klinik sebab tak sihat
Pemanggil : Kalau macam tu, tak mengapa lah. Saya poskan surat pertukaran puan.
AKu : (Bagai nak menjerit!!) Apa? Surat tukar? tak pe, tak pe, saya gi sana ambik sendiri hari ini jugak.
Hehehehe.... Aku dengan berkobar-kobar terus tepon mak aku. yang bestnyer, mak aku siap nak ikut, katanya nak gi jenjalan kat Alamanda. hahahahaha.. Aku dah gelak sakan dah. Masa tu adik aku yang bongsu pun tumpang sekaki gak nak ikut. Nak ambik suratnyer tak sampai 5 minit, selebihnya gi jenjalan kat Alamanda, kat Anjung (nak tengok tudung).. Sampai ke petang baru balik... :D Best kan.. Hahahaha.. Nak tahu aku dapat tukar kat mana? jeng jeng jeng....... Sila ke part II ye.. :D
Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)



























