Tuesday, November 17, 2009

Jangan Tabur Fitnah Pada Aku Dan Suami!!



Seacera Tiles Bhd.
Itu lah tempat kerja my hubby. Tapi aku sedih sangat sebab terdengar kata-kata belakang, "kak Sha ni macam mewah, kata suami kerja Executive.. Tapi Si Anu ni kata kerja kat kilang jerk..."

Pembetulan!!! Yes! Memang aku akui aku tidak susah, tapi aku tidak mewah! Aku cuma tidak merasa susah selepas berkahwin. Sian kat my hubby. Okey, my hubby kerja di Seacera, sebagai R & D Executive kat Seacera Tiles Berhad. Itu jawapannyer. Semua yang ada padaku, semua yang ada di badanku, adalah hasil pemberian dari suamiku. Kadang-kadang aku sedih bila dengar orang mengata "tu mintak lagi lah dengan laki dia tu... Nak berlagak... " Hello!! Execuse me!! My hubby yang nak beri pada aku. Aku tak minta walau sesen pun. Pada aku, cukup kalau aku diberi perhatian dan jagaan. kadang-kadang aku rasa macam aku nak announce satu dunia kebenarannya. My hubby menghamba abdikan diri pada Seacera hampir belasan tahun! Maka selayaknyer my hubby mendapat gaji yang setimpal. Cuma yang aku sedih ada orang yang mengambil kesempatan dengan gaji suami aku. Bagaimana caranyer? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Jadi mengapa kalian soalkan tentang kehidupan aku selepas berkahwin?

 

kadang-kadang air mata aku senang jatuh memikirkan kata-kata orang ni. Bukan apa, dengan pandang serong, pastu cakap bisik-bisik sambil mata melirik tajam kat aku. Apa maknanyer tu? kalau tak puas hati dengan perkahwinan aku, dengan reski aku, siapa kalian untuk menghukum aku?
Siapa kalian untuk menabur fitnah pada perkahwinanku?
Siapa kalian untuk menilai hal rumahtangga ku?
Siapa kalian untuk menilai sejauh mana kasih sayang suami pada aku?
Dan siapa kalian untuk kalian lakukan semua ini?
Siapa kalian?

 

Bila orang tanya, aku jawab dengan betul.."Suami saya hadiahkan untuk saya..."
jadi, takkan aku nak menipu? dah memang betul suami aku yang hadiahkan untuk aku.
Takkan aku nak kata itu aku rompak atau sebagainyer? Tak ke berdosa namanyer. Keserasian antara aku dan suami, kenapa dipersoalkan? Memang kami masih bercinta. Ya, bercinta selepas kahwin lebih indah dari bercinta sebelum kahwin. Bercinta selepas kahwin penuh dengan belaian kasih sayang. Itu aku akui. Jadi selayaknya aku mendambakan kasih ku pada suami, bukan pada someone else dari my hubby! Jadi, kenapa ada yang tak suka memandang, terus berkata yang bukan-bukan? Berpegang tangan erat-erat, cium pipi, cium dahi, cium tangan, jalan beriringan, bertepuk tampar, adakah itu menjadi salah sekiranya ia dilakukan oleh pasangan suami isteri? Kenapa? Korang juga boleh melakukannya. Kehangatan bercinta tidak sama sekali hanya dirasai sebelum perkahwinan. Alam percintaan sesungguhnya lebih manis, lebih bermakna selepas ia diakadkan.
Jadi tak salahkan kiranya aku bercinta dengan suami aku?
Kenapa ada yang tak suka?



Jadi orang-orang kat luar sana yang nak mengata macam-macam pasal aku lepas nie, tolong lah... Tanya dulu mana sumbernyer. Jangan main sedap rasa je nak belasah tabur fitnah kat aku dan hubby. akan sampai juga reski anda semua di luar sana untuk merasai hidup yang agak selesa. Setiap manusia memang telah ditetapkan reskinyer. Ada reski nyer.. Seperti yang aku kata dahulu, mungkin reski anak belum sampai, reski harta sampai dulu.. Insyaallah, sampai masa, kalian akan merasa juga hidup selesa. Tak perlu lah nak jaja cerita orang sana sini. Entah kan betul, entah kan tidak. Jangan lah bila melihat tiada sebarang 'serangan' dibuat, maka fitnah ditabur menjadi-jadi. Percayalah, reski korang mesti ada.
Allah itu Maha Adil. Itu aku yakin.




Biarkan aku hidup bahagia bersama suami.
Tak perlu nak dikucar kacirkan.
Setiap perbuatan korang pasti akan terbalas juga.
bak kata mak aku, kalau duit kita hilang, redhakan kerana mungkin ada sedikit dari reski yang kita dapat, kita tak pergunakan dengan cara yang betul, maka itu lah balasannyer.....
Apa yang ada pada kita, itulah ukuran reski dan pertukaran kebaikan yang kita lakukan..
jadi janganlah korang nak memandai-mandai menambah fitnah yang bukan-bukan, silap hari bulan reski korang yang berkurang............
Kan aku dah kata................. ALLAH ITU MAHA ADIL....




Buat Suami Tercinta




Suami...

Barangkali cinta....
jika darahku mendesirkan gelombang

yang tertangkap oleh darahmu

dan engkau beriak karenanya.

Darahku dan darahmu,

terkunci dalam nadi yang berbeda,

namun berpadu dalam badai yang sama.

Barangkali cinta....
jika napasmu merambatkan api

yang menjalar ke paru-paruku

dan aku terbakar karenanya.

Napasmu dan napasku,

bangkit dari rongga dada yang berbeda,

namun lebur dalam bara yang satu.


Barangkali cinta.....
jika ujung jemariku mengantar pesan

yang menyebar ke seluruh sel kulitmu

dan engkau memahamiku seketika.

Kulitmu dan kulitku,

membalut dua tubuh yang berbeda,

namun berbagi bahasa yang serupa.


Barangkali cinta…
jika tatap matamu membuka pintu menuju jiwa

dan aku dapati rumah yang kucari.

Matamu dan mataku,

tersimpan dalam kelopak yang terpisah,

namun bertemu dalam setapak yang searah.


Barangkali cinta....
karena darahku, napasku, kulitku,

dan tatap mataku,

kehilangan semua makna dan gunanya

jika tak ada engkau di seberang sana.


Barangkali cinta....
karena darahmu, napasmu, kulitmu,

dan tatap matamu,

kehilangan semua perjalanan dan tujuan

jika tak ada aku di seberang sini.


Pastilah cinta...
yang punya cukup daya, hasrat, kelihaian,

kecerdasan, dan kebijaksanaan

untuk menghadirkan engkau, aku,

ruang, waktu,

dan menjembatani semuanya

demi memahami dirinya sendiri.

- saggita -

Alhamdulillah...
Hampir setahun aku melayari alam berumahtangga. Syukur, tiada badai yang besar datang melanda lagi. Alhamdulillah, tiada sikit pun layar yang rabak kala ombak datang menderu-deru. makin kukuh tiang bahtera yang setia berdiri. Syukur Alhamdulillah...

Abang,
     Ayang minta maaf andai ada tersalah bahasa, terkasar perilaku (hihihi.. banyak kali kot...), ayang minta maaf banyak-banyak. Insyaallah, selagi ayang bergelar isteri, ayang tak akan abaikan tanggungjawab itu. Makan pakai abang, tempat tidur, Insyaallah, ayang akan jaga sedaya mungkin. Dan andai ada yang kurang di mata abang, harap agar abang dapat menegur ayang... Mudah-mudahan reski yang dilimpahi untuk kita tidak berkurang untuk kita sekeluarga, Insyaallah. Ayang anggap dugaan yang datang sebagai pedoman untuk kita menghadapi hari mendatang.

Abang,
     Banyak dugaan yang datang dan pergi bersilih ganti. Kadang kala buat kita tak suka pada orang sekeliling, malah kawan sendiri. Tapi itu ujian untuk kita. Untuk abang, ayang akan ada sentiasa di sisi untuk memberi semangat dan sokongan serta tulang belakang buat abang. Percayalah, tiada yang lebih baik dan aman selain mendapat perhatian dan kasih sayang dari abang. Kerapkali juga dilihat pendiam abang kadangkala membuatkan orang 'naik kepala' pada abang, tapi ayang percaya, diam abang diam 'ubi berisi'. Mereka yang 'memijak kepala' abang itu yang rugi, tersangat rugi.

Abang,
     one word that i want to say to you, "i love you so much!" .

     Suratan untuk suami ku. Aku memang tabik spring kat suami aku. Memang banyak pengalaman dan pedoman hubby sepanjang umur hingga kini. Ditipu, di marah, semuanya lengkap! Tapi my hubby tetap cool. Sesungguhnya pengalaman my hubby telah mematangkan dia dalam menjalani hidup seharian!!

     Orang kata sudah jodoh. my family tahu yang aku memang angin satu badan. Baran tak bertempat. Sekarang, my hubby dah faham dengan ragam aku. Segala keperluan aku sebagai isterinya dipastikan agar cukup. Tiada satu pun yang kurang. Terima kasih sayang.













Monday, November 16, 2009

Aku Tak Paham Ler

     Sungguh! Sikit pun aku tak paham! Secubit rasa pun aku tak mengerti! Bekerja bila diperlukan. Tapi jangan diabaikan waktu kerja. Sayanglah kerja kerana bukan mudah untuk kita dihulurkan reski Allah begini. Din, member opis aku. Dia seorang pekerja yang baik,  cuma mungkin keadaan keliling memaksa dia utk bertindak diluar tanggungjawab.

     Din, kerja lah. Bukan mudah untuk mendapat kerja sebaik ini. Jangan dengar pada bisik keliling, dengar lah pada rasa tanggungjawab. Pedulikan apa orang nak kata jika kamu bekerja dengan dedikasi. Jangan dicampur adukkan emosi dan bekerja. Kerja lah. Kerjalah selagi Allah memberikan ruang dan peluang untuk kamu bekerja dalam keadaan yang aman sekali. Bukan mudah juga untuk mendapat bos yang sebaik sekarang.

     Kerjalah..Bersyukur lah kerana bos kamu masih boleh bertolak ansur dengan kamu. Bersyukurlah kerana bos kamu masih punyai budi bicara pada kamu. Bersyukurlah kerana rezeki kamu masih belum dirampas Allah S.W.T. Bersyukurlah kerana kamu masih boleh menghantar duit belanja pada orang tua kamu. Din, sebagai hamba Allah, semua orang sayang padamu. Oleh itu, kerja lah. Lunaskan janji mu pada Kerajaan yang memberi kamu gaji. Lunaskan tanggungjawabmu..

Aku juga punyai kesalahan, tapi pada mu Din, aku yakin yang aku betul untuk menegurmu....
Aku juga punyai kelemahan, tapi padamu Din, aku yakin yang aku tidak silap untuk memberi tunjuk ajar padamu...
Aku juga tidak sempurna, tapi padamu Din, aku yakin yang aku harus menyempurnakan mu kawanku....
Aku juga tidak cekap, tapi padamu Din, aku yakin yang engkau juga ingin secekap seperti senior di sini...
Itu aku yakin......

DIN, SEBAGAI RAKAN, AKU BERSIMPATI PADA KAMU..
DAN SEBAGAI TEMAN, AKU UCAP PADA MU, KERJA LAH.......

    

Nostradamos


Tempat persemadian Nostradamus di Collégiale St-Laurent, Salon


Zaman Kanak-kanak

 

Rumah yang didakwa tempat kelahiran (sebelum diubahsuai)Nostradamus dilahirkan di Saint-Rémy-de-Provence (lihat peta) di selatan Perancis pada Disember 1503, yang mana tempat itu masih wujud hingga kini. Michel de Nostredame merupakan seorang dari lapan anak pasangan Reynière de St-Rémy dan saudagar makanan Jaume de Nostredame, yang juga peguambicara yang kaya. Asal keluarga itu adalah keturunan Yahudi tetapi bapa Jaume, Guy Gassonet, telah memeluk Katolik pada 455, dengan mengambil nama Kristian 'Pierre' dan nama keluarga 'Nostredame'.

Dalam hal ini, nampaknya Guy Gassonet mengikuti beribu-ribu orang Yahudi yang lain kerana meningkatnya penzaliman pegawai Perancis terhadap kaum Yahudi yang mana ramai dari mereka adalah keturunan pelarian dari Sepanyol yang dikenali sebagai Marranos. Nama keluarga Nostredame yang diketahui telah mempengaruhi hal yang sama. Ketika ramai orang mengamalkan agama nenek moyang mereka, tiada siapa yang tahu ia turut berlaku kepada keluarga Nostredame, atau ia masih diamalkan dua generasi kemudian. Walau bagaimanapun, ketika dewasa, dia lebih cenderung kelihatan sebagai penganut Katolik.


Adik beradiknya yang dikenali termasuklah Delphine, Jehan (1507-77), Pierre, Hector, Louis (1522), Bertrand, Jean dan Antoine (1523).






Tahun-tahun Pembelajaran

Tidak banyak yang diketahui tentang zaman kanak-kanak Nostredame walaupun terdapat amalan lazim yang menunjukkan bahawa beliau dididik oleh moyangnya, Jean de St-Rémy – yang mana tetapi malangnya apabila dia meninggal ketika Nostredame masih berusia setahun. Diketahui juga ketika berumur lima belas tahun, Nostredame memasuki Universiti Avignon untuk mendapat sarjana. Lebih setahun kemudian, (apabila beliau telahpun mempelajari Trivium tatabahasa, percakapan, dan logik, berbanding sukatan kemudian iaitu Quadrivium geometri, arithmetik, muzik dan astronomi/astrologi) beliau dipaksa meninggalkan Avignon apabila universiti ditutup akibat penularan Wabak Hitam. Pada 1529, selepas beberapa tahun menjadi penjual ubatan, beliau memasuki Montpellier untuk mempelajari bidang perubatan. Dia disingkirkan sekali lagi apabila diketahui yang dia telah menjadi seorang penjual ubat-ubatan yang mana satu perniagaan yang dilarang oleh undang-undang universiti.

Dokumen penyingkirannya (BIU Montpellier, Register S 2 folio 87) masih wujud di perpustakaan fakulti tersebut. Selepas penyingkitannya, Nostredame kembali bekerja , kemungkinan sebagai penjual ubat-ubatan (walaupun sebahagian penerbit memanggilnya 'Doktor'), dan menjadi terkenal kerana penciptaan "pil ros" yang dipercayai mampu melindungi dari wabak.


Perkahwinan dan Kerja Penyembuhan

Pada 1531 dia dijemput oleh Jules-César Scaliger, seorang sarjana Renaissance, untuk datang ke Agen.Di sana, Nostredame mengahwini seorang perempuan yang namanya masih menjadi pedebatan (kemungkinan Henriette d'Encausse), yang melahirkannya dua cahaya mata. Pada 1534, isteri dan anak-anaknya meninggal yang barangkali disebabkan Wabak itu. Selepas kematian mereka, beliau kembali mengembara, merentasi Perancis dan kemungkinan Itali.

Kembalinya beliau pada 1545, beliau mengambil perawat terkenal Louis Serre sebagai pembantu untuk menentang wabak yang merebak di Marseille, dan kemudian atas usaha sendiri bersambung ke Salon-de-Provence dan ibu kota Aix-en-Provence. Akhirnya, pada 1547, beliau menetap di Salon-de-Provence di sebuah rumah yang masih di sana kini, dan di mana dia mengahwini janda kaya bernama Anne Ponsarde (gelaran Gemelle, atau 'Twinny') dan mempunyai enam anak – tiga perempuan (Madeleine, Anne dan Diane) dan tiga lelaki (César, Charles dan André). Di antara 1556 dan 1567, Nostredame dan isterinya menyumbangkan perkongsian sebanyak satu per tiga belas dalam projek saliran yang diuruskan oleh Adam de Craponne untuk mengairi Salon dan Désert de la Crau dari sungai Durance. Sebahagian dari jaringan itu masih ada hingga kini dan dengan bantuan yang banyak itu, stesen hidroelektrik telahpun dibina di Salon.


Penilik

Selepas lawatan ke Itali, Nostredame mula beralih minat dari perubatan kepada suatu yang diluar jangkauan manusia. Mengikut kebiasaan, beliau menulis sebuah almanak pada tahun 1550, yang untuk kali pertamanya me'Latin'kan namanya kepada 'Nostradamus'. Beliau sangat teruja dengan kejayaannya lalu memutuskan untuk menulis satu atau lebih lagi setiap tahun. Jika dikumpulkan semuanya, terdapat 6,338 ramalan (kebanyakannnya ramalan yang gagal), dan tidak kurang juga sebelas kalendar tahunan yang bermula dengan 1 Januari (dan tidak seperti yang sepatutnya, kadangkala, Mac). Terdapat banyak tidak balas terhadap almanak beliau yang mana bangsawan dan orang yang terkenal dari jauh kemudiannya mula berminat untuk menanyakan nasihat dan tilikan beliau walaupun lazimnya beliau harapkan mereka untuk menyediakan carta kelahiran yang mana suatu tilikan horoskop boleh dikaitkan.

Apabila beliau memulakan projek beliau untuk menulis buku dengan seribu rangkap yang mana mempunyai karangan ramalan, kebanyakannya tidak bertarikh, yang menyebabkannya terkenal hingga kini. Oleh kerana risau diancam oleh kaum agama, beliau menggunakan kaedah untuk menentukan maknanya dengan "pengVirgilan" kosa kata, permainan kata dan percampuran bahasa seperti bahasa Provençal, Yunani Purba, Latin dan Itali. Oleh sebab teknikal yang berkaitan dengan penerbitannya dalam tiga bahagian, lima puluh lapan rangkap terakhir bagi Century atau buku 100 rangkap, tidak dapat diselamatkan kepada mana-mana edisi.

Karangan tersebut, diterbitkan sebagai buku yang bertajuk Les Propheties ('Ramalan'), telah mendapat pelbagai reaksi apabila diterbitkan. Sesetengahnya mengatakan yang Nostradamus adalah pesuruh Syaitan, palsu atau gila, manakala golongan atasan terfikirkan yang rangkap karangannya adalah ramalan yang melibatkan kerohanian. Catherine de Médicis, permaisuri Raja Henry II Perancis, merupakan salah seorang peminat Nostradamus. Selepas membaca almanac beliau pada 1555, yang mana tersembunyi ancaman tidak bernama ke atas keluarga diraja, baginda permaisuri menjemput beliau ke Paris untuk menerangkannya, dan menilik horoskop bagi anak-anak baginda. Pada ketika itu beliau takut akan dipancung tetapi pada waktu kematiannya pada 1566, Catherine telah pun melantiknya menjadi Kaunselor dan Tukang Rawat Raja.

Sesetengah biografi menyatakan yang kehidupan Nostradamus menunjukkan yang beliau takut dituduh menentang agama oleh Penyoal Siasat tetapi ramalan dan astrologi tidak termasuk dalam kategori tersebut, maka, beliau hanya diancam bahaya jika mengamalkan sihir untuk menyokong ramalannya. Malah, hubungannya dengan pihak gereja sebagai peramal dan penyembuh amat baik. Penahanan jangka pendek beliau di Marignane lewat 1561 hanya disebabkan beliau menerbitkan almanak 1262 tanpa keizinan biskop, yang bertentangan dengan dekri diraja.


Tahun-tahun Terakhir dan Kematian

Tempat persemadian Nostradamus di Collégiale St-Laurent, SalonMenjelang 1566, penyakit gout Nostradamus, yang dihidapinya sejak bertahun yang lalu menyukarkannya untuk bergerak, telah menjadi suatu edema (lendir berkumpul). Lewat Jun, beliau memanggil peguamnya untuk membuat wasiat tambahan berkenaan harta beliau yang ditambah dengan 3444 syiling (sekitar AS$300,000 kini) – ditolak lagi beberapa hutangnya – kepada isterinya sehinggalah dia berkahwin lagi, dan juga kepada anak lelakinya sehingga mereka berumur dua puluh lima tahun dan anak perempuannya sehinggalah mereka berkahwin. Wasiat itu diikuti lagi beberapa ayat tambahan pendek.

Pada malam 1 Julai, dikatakan yang beliau memberitahu setiausahanya Jean de Chavigny, "Kamu takkan mendapati saya hidup lagi menjelang matahari terbit." Pagi keesokaannya, beliau ditemui mati di atas lantai bersebelahan katil dan bangku. Beliau dikebumikan di capel Franciscan tempatan (sebahagiannya kini menjadi restoran La Brocherie), tetapi dipindahkan ketika Revolusi Perancis yang mana beliau dikebumikan di Collégiale St-Laurent sehingga kini.







Nostradamus
AKA Michel de Nostredame


Born                      : 14-Dec-1503


Birthplace             : St. Remy, Provence, France


Died                      : 1-Jul-1566


Location of death  : Salon, Provence, France


Cause of death      : Heart Failure


Remains                : Buried, St. Laurent's Church of Salon-de-Provence, Bouches du Rhone, France


Gender                  : Male


Religion                : Roman Catholic


Race or Ethnicity   : White


Sexual orientation : Straight


Occupation            : Paranormal, Doctor


Nationality             : France


Executive summary: Notoriously ambiguous prophet

Father                    : Jaume


Brother                   : Bertrand


Brother                   : Jean (b. 1507, d. 1577)


Daughter                : Diane (b. 1561, d. 1630)


Wife                       : Adrieta de Lobejac (m. 1534, d.)


Wife                       : Anne Ponsarde Gemelle (m. 11-Nov-1547, 6 children)


Daughter                : Madeleine (b. 1551)


Daughter                : Anne (b. 1558, d. 1597)


Son                        : Cesar (b. 1554, d. 1623)


Son                        : Charles (b. 1556, d. 1629)


Son                        : Andre (b, 1556, d. 1601)


Mother                   : René


University              : University of Avignon


Medical School     : University of Montpellier
                                Jewish Ancestry


Risk Factors           : Arthritis, Gout















2012 kini di pawagam!



Menarik juga cerita nie...
Aku baru jerk gi tengok dengan My Hubby......
Tak tahu lah kalau betul 2012 nak kiamat, Masyaallah, dasyat sungguh rasanyer....!! Bumi jadi tunggang terbalik. Tapi ayang yang kata 2012 nie cuma pertukaran zaman...






Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang. Olahan yang menarik, cuma macam ada yang tak cukup 'bagi' lagi. Walau apa pun, sound effect five star beb!!

Ibu Ku Sayang...... I Love U...


Mak, kesian kat mak.
Hari Khamis lepas (12.11.2009) mak aku kena semput. Katanyer lama dah tak datang semput ni. Aku terkejut jugak dengar nyer. Tapi okey la...

     "Kaklong nak bawak mak gi klinik, mak berkeras tak nak. Kelas KAFA tu kan ustazah Saodah boleh gantikan. Tak pe lah mak, mungkin mak tak nak lepaskan tanggungjawab mak. Tapi kaklong kena lunaskan juga tanggungjawab kaklong sebagai anak kepada mak. Kaklong kesian kat mak, bertungkus lumus mengajar, last-last kena semput. Cuasa pun tak menentu sangat sekarang ni. Mak kan tak boleh sejuk sangat, panas sangat pun tak boleh... Tak pe mak, jangan buat kerja lagi sehari dua ye.. Kalau nak apa-apa beritahu kaklong. Masak pun tak payah... Mak rehat lah ye...."

     Kesian mak. Mujur lah dari muda mak pandai jaga kesihatan. Berkaca juga mata bila kenangkan mak tak nak bagitau mak kena semput. Sedar-sedar pagi Jumaat mak dah terduduk sesak nafas.

     Mak, kaklong sayangkan mak, lebih dari segala-galanya......... Kaklong nak jadi macam mak, pandai handle keluarga. Anak-anak mak semuanya jadi orang, tak ada pun yang tergelincir jalan hidupnya. Mak, terima kasih sebab besarkan kaklong dalam hidup yang sederhana, dalam hidup yang tidak bersimpang siuh. Walau jauh macam mana sekali pun, kaklong tetap ingat kat mak. Mak, kau lah ratu hidup ku, idola ku.....

     Kau lah segala-galanya...........
     Sayang mak........ MMMMuuuuaaahhhh!!!!!



Ibunda..beliau tak pernah meminta balas jasa dari kita..
Sungguh jasanya tak mungin bisa kita sebutkan satu persatu…

Ibunda…pernahkah kita menangis saat kita mengingat beliau..
Menangiskah kita saat bibir melantunkan Doa untuknya…
Ingatkah kita kepada beliau saat mata terbuka dari lelap tidur..
Ingatkah kita kepada beliau saat kesuksesan menyapa kita..
Apakah kita memeluk dan mencium tangan beliau saat kesuksesan itu datang..
Ingatkah kita tangan yang kasar karena kerja keras beliau untuk membesarkan kita..
Seringkah kita mencium tangan yang kasar itu..
Apakah mata ini sering di basahi oleh air mata,
Karena mengenang kesabaran beliau saat mengandung kita..
Apakah air mata kita pernah menetes saat kita mengenang perjuangan beliau
Di saat melahirkan kita..
Perjuangan hidup dan mati demi rasa cintanya kepada kita..
Demi menginginkan buah hatinya agar dapat melihat keindahan dunia..
Apakah kita ingat beliau di dalam keseharian kita..


Ibu..maafkan anakmu yang jarang mengingatmu..
Terkadang anakmu begitu egois yg hanya mengingat saat engkau memarahi saja..
Bahkan anakmu tak pernah mengucapkan terimakasih..
Terima kasih kepada engkau karena telah melahirkan,mengasuh kami dsb..
Ibu..maafkan anakmu yang belum bisa memberi kebahagian..
Ibu..maafkan anakmu..maafkan..
Sungguh jangan pernah hilangkan ingatan kita untuk ibu..


Ya Rabb..sayangi ibu hamba dengan segala kebaikan menurutMU..
Sayangi beliau sebagaimana sayang beliau terhadap hamba..
YA Rabb…dari sisa umur yang hamba miliki..
Izinkan hamba membahagiakan Beliau..
Rabb..Limpahkan kasih sayangMU kepada beliau..


Amiin Allahumma amin.

- Dahlia "Khamza Az Zahra"





I Found That Melody Again !!! Thanks God



Alhamdulillah...
Akhirnya jumpa jumpa loceng dengan daun pada gelang kaki aku. My hubby tolong pasangkan. Tapi daun lagi satu tak jumpa. Dia siap kancingkan kat kaki aku lagi. Dia kata, ada reski nanti, abang belikan yang baru. Wahh!!
"Abang, thanks sebab membelai ayang lebih dari yang memadai. Insyaallah, mungkin ini reski harta, mana tahu esok lusa sampai pula reski anak..... Allah itu Maha Adil......"

Friday, November 13, 2009

Trip To Team Building Dasar




Today my office buat Team Building kat Ancasa Allsuites, Resorts & Spa, Port Dickson. Buat 3 hari start Jumaat sampai Ahad. But me and my hubby plan pergi hari Sabtu petang. Malas nak gi awal-awal... Bilik pun dah tempah utk couple (for me and my hubby laaa...), RM500 sekali breakfast for two, dinner for two and lunch for two. Also spa for two! Woww...! BerSPA lah aku nampak gayanyer.. Tak pernah pun lagi gi spa, ni ler time nyer......

     Baju pun tak kemas-kemas lagi.. Hari khamis aku ditugaskan utk siapkan buku aturcara. Maka dengan selaju yang boleh aku call my hubby, siap merayu nak mintak tolong buatkan.. hhihi... Mujur my hubby agree. he said  "ayang, ayang...... tak pe la, nanti abang buatkan..." Wahh!! Syahdu aku dibuatnyer. Tapi aku keep that book for that night. Aku buat malam tu sebab kat opis tak de adope photoshop. Jadi masa nak balik aku standby color paper 3 warna. Bawak balik umah. Bila malam, my hubby ler yang bertungkus lumus buat. Tapi satu masalah, nak print color lak.. Jadi nak tak nak aku pun merayu ler sekali lagi (dengan suara ramantik yaa...) mintak my hubby printkan kat opis dia. Jadi sekali dia my hubby pergi gak opis demi aku.. hehehehe..

     Then, tomorrow morning, aku tunjukkan kanlah hasil kerja my hubby,  tapi ruper-rupernyer dah nama fasilitator pulak yang tertinggal. Aku pun dah panik.. last-last aku call my hubby, minta tolong. Nasib baik my hubby faham...


Ini lah hasil kerja dan idea dari My Hubby.. Kemas dan cantik kan?!
Thanks abang..


Lima minit lepas tu, aku pun dapatlah emel. My hubby emelkan balik buku aturcara dengan pembetulan tu. Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar lepas tu.... Dapat jerk emel ni, aku terus print, tak pikir lain dah. Iye lah, takut tak sempat. Lagi pun bos aku nak bawak sana cepat... wah!! Semuanyer cepat belaker.....
Mujur sempat.....
Fuuhh....



p/s : To My Beloved Hubby..

Thanks abang..
Sebab tolong ayang buat buku aturcara nie...
Abang memang creative...
Love u so much and much...!!!
Mmmuuuaaahhhh!!!!
: D

Adab Berhadapan Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri.
Hanya isteri-isteri yang menderhakaisuami sahaja menganggap kepulangannya

suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.
Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyerirumahtangga.
Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami :
 
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka  menyampuk atau memotong cakapnya.


2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kitatunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabatkeegoannya
selaku seorang lelaki.




3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila diamenyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.




4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.




5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak menimbulkan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.




6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak
menggemarinya.




7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.




8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.




9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukan lah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika uami kita meredhainya.




10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.




11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.




12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam
ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang
dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


Wassalam..


















My PC



Cantik tak?
Inilah PC kat bilik tidur aku. My hubby yang tukarkan monitornyer.
Katanyer tak puas kalau tengok kat screen kecik. Entah lerr...
bagi aku membazir jerk tukar, tapi kalau itu yang my hubby nak, aku okez jerk..
Yang kuar duit bukan aku, duit my hubby gak.. hihihihihihihihihihi...


 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"