Monday, May 13, 2013

Seksinya Bunga Itu !!

Emmm... Rata-rata mesti pernah dengar tentang Bunga Rafflesia, Bunga Raya, Bunga Tanjung, Bunga Mawar... Haaa.. Kali ni aku nak share dengan korang semua tentang satu spesis bunga ni yang dipanggil  "Psychotria Elata"..






Jika kekasih anda bertanya apakah bunga yang sesuai untuk menggambarkan dirinya, jawapannya ialah tumbuhan Psychotria Elata juga dikenali sebagai pokok bibir mungkin kerana bentuknya seakan bibir wanita yang sexy tetapi jangan salah tafsir, ianya bukan bunga tetapi seakan kantung yang di dalamnya terdapat bunga.

Sekali tengok mungkin ada yang fikir gambar-gambar ni semua diedit dalam Photoshop tapi tidak, ianya memang wujud. Ditemui di kawasan huan tropika di bahagian tengah dan selatan negara-negara benua Amerika seperti Colombia, Costa Rica, Panama dan Ecuador. Tumbuhan ini juga seperti tumbuhan berbunga yang lain di mana mereka menjadi perhatian serangga seperti lebah, rerama dan burung humming.

Bentuk bibir yang sexy tu hanya terserlah untuk tempoh tertentu sebelum ia terus mengembang dan mengeluarkan bunga yang sebenarnya berwarna putih.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"