Tuesday, December 8, 2009

Selamat Pagi semua !!

     Selamat pagi semua!! Assalamualaikum w.b.t...
Macam nak bagi syarahan laks. Hehehehe. Well, aku dah apply cuti untuk tarikh 10-11/12/2009, 21/12/2009 dan 28-29/12/2009. Untuk apa? Emm.. 10-11/12/2009 tu aku nak gi ambik kunci kuarters. Nak settlekan deposit untuk bil api ngan air. Sebab apa aku cuti? Sebab deposit air Syabas aku kena bayar kat Kompleks Salak Tinggi, Sepang! Jauh kan? Ha, tu la. Aku tanya orang tu, kenapa tak leh bayar kat area KL ke, area kat mana-mana jerk la. Dia kata tak boleh sebab area Putrajaya, Sepang dah pegang. Oh gitu rupernyer. Tapi bil api aku kena settle kat Anjung Putrajaya. Itu dekat jerk.  21/12/2009 lak aku memang nak cuti sebab 19 ngan 20 hb tu aku balik Melaka, my cousin kawin. Jadi, takut penat tak larat, aku ambik cuti awal-awal. 28hb tu pulak, my mother in law buat operate mata kat Hospital Seremban. My Mother in law memang ada sakit mata. Katanya pandangan mata kabur. Kami risau gak. Ambik cuti dua hari, my hubby pun ambik cuti 2 hari gak. I ye lah, ada gak nanti yang temankan my mother in law nanti. Rasanya semua adik beradik belah my hubby ada kot. Aku tak sure. My hubby pun tak contact my father in law untuk tanya detail.

Tarikh-tarikh yang dah ditempah (cheewahhh) !
          10 Disember 2009 - 11 Disember 2009 : Settlekan pasal kuarters
          12 Disember 2009 : Balik Melaka untuk hantar belanja kawin kat sepupu (dah menanam)
          19 Disember 2009 - 20 Disember 2009 : Sepupu kawin
          25 Disember 2009 - 27 Disember 2009 : Honeymoon kat PD
          28 Disember 2009 - 29 Disember 2009 : Balik Nilai

     Wah! Padat tak? Hehehehehe.... Emmm, tu pun ada yang tarikh bertindih. Misalnya tarikh 19 Dis 2009 tu my bos En Azam buat kenduri kawin (Selamat Pengantin Baru En Azam). Ha, kan dah kata, mesti tertindih. Tul tak? My mum lagi lah sibuk. Dah la dengan kelas KAFA lagi, budak-budak baru nak mendaftar kelas satu hal, marhaban untuk rumah kawin satu hal, kenduri kawin umah sedara mara satu hal. Ish ish ish. Sabar je la mak kan. Kan! Kan!

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"