Monday, December 7, 2009

Satu Malam....



Aku kena bersiap untuk perkahwinan ku. Tapi siapa lelaki itu?
Ah, itu aku tak peduli. Cuma yang aku tahu, aku akan berkahwin. Ya, pada lelaki itu.
Aku nak make up cantik-cantik untuk hari itu. Wah! Memang betul aku nak kawin.
Bila masa aku kenal lelaki itu? itu tak penting. Yang penting aku nak kawin.
Tiba masa yang dinantikan. Bunyi kompang dah bertalu kat halaman. Tak pe, kejap lagi sampai lah tu pengantin lelaki...
Tunggu.. dan tunggu...
Kenapa lelaki itu tak sampai. Sampai hati tak datang. Aku kecewa sangat-sangat.
Dan aku dengar "Siapa kau nak kawin dengan dia. Kau tak layak. Kau siapa.."
Sungguh! Aku memang kecewa sangat!


Hari kedua..
Juga hari perkahwinan ku..
Aku juga nak bersiap kala ini. Bersiap dengan make up juga cantik-cantik.
Baju pun cantik, crown pun cantik. Bak puteri. Aku tersenyum sendirian..
Tapi belum sampai tok kadi, aku rasa aku perlu mencari mu. Maka aku berlari keluar sambil menuju arah entah kemana mencari juga dirimu. Aku tak nak kehilangan sekali lagi. Hampa sungguh rasa ditinggalkan. Sedih sungguh rasa dikecewakan. Tak pe lah, biar aku cari lagi. Memang mencari itu menghampakan. Sungguh hampa. Engkau tidak juga aku temui. Engkau hilang, hilang tanpa khabar berita...
Hampa...


hari ketiga...
juga pada hari perkahwinanku..
Aku bersiap.. Bertudung litup. bunga yang cantik di atas tudung kepala ku.
Persis puteri kayangan. Aku mencari. Aku tak mahu kecewa. Hari kawin aku, aku nak ada pasangan. Aku terus keluar mencari. Lelaki itu harus aku temui.  Aku berlari mencari-cari. Rasa sebak datang di hati. Sebak sangat. kenapa semua hilang. Telefon di cari. "Abang kat mana?" Tanpa disangka, satu jawapan muncul "Abang di belakang ayang...." AKu menoleh. Macam tak percaya, engkau berdiri di situ! Aku tidak hampa!

     Seketika, aku terjaga dari tidur. My hubby aku tenung sedalam-dalamnyer. Berbunga rasa kasih dan sayang, berbukit rasa rindu dendam. Ya... Jodoh itu di tangan Allah S.W.T. Dia yang lebih Mengetahui segala-galanya. Syukur padaMu Ya Allah.  Love U Honey...



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"