Thursday, December 17, 2009

Apa aku nak buat



Ingat hari Jumaat nie nak gi rumah Putrajaya, nak gi kemas apa yang patut. Barang pun tak bawak lagi. Ingat nak cuci dulu, nak lap mana yang patut. Tapi masa masuk rumah tempoh hari, tak kotor pun. Hehehehe. Barang-barang untuk kerja mencuci dah siap dibeli. Terus letak kat rumah. Emm.. Tinggal nak beli baldi jerk. Mop, penyapu, detergent, perfume, tuala kecil, semua dah ada. Hari kelmarin dah kompomkan dengan Syabas, meter pun dah pasang. Kira cantik lah tu. Tak lah susah sebab air tak ada. Cekap juga Syabas ni buat kejer. Thank you Syabas!

Perkara pertama yang bermain kat kepala aku, langsir! Yup, langsir tu wajib, apatah lagi guna sliding door. Silap haribulan kalau duduk rumah kena intai kalau tak pasang langsir. Nampak clear beb! So, hari apa ntah aku pun luper, aku kuar ngan hubby gi beli langsir kat Kamdar Jalan Tunku Abdul Rahman. Beli dua tone, satu yang gelap, satu yang cerah (yang jarang). Yang cerah tu semeter RM79.90, then ada discount, dapatlah semeter RM39.90. Yang gelap tu murah jerk, semeter RM12.90, tak ada diskaun. Hehehehe. Banyak meter gak aku beli. Jumlah keseluruhan RM1080.00. Hai la, tu baru langsir, belum lagi bab lain. Balik rumah mak aku siap sound lagi, nak gunting langsir tunggu mak siap jahit baju sekolah adik. Hehehe. Aku iyekan ajerk la..




Contoh design langsir untuk rumah aku di sliding door



Lagi satu aku tengah pikir, macam mana nak bawak naik semua barang-barang besar macam katil, almari baju? Ish ish ish... Bukan kerja mudah tu. Tapi tak pe lah, barang-barang tu pun bukan nak dibawa dalam masa terdekat nie. Uih hai... Banyak lagi nak yang kena hias dengan rumah tue. Anyway, tak pe, aku buat sikit-sikit. Nanti siaplah semuanyer. Penat tu memang tak usah kater ler..

Ingat nak gi direct Jumaat, Sabtu ngan Ahad. Tapi Sabtu tu my cousin belah abah ada majlis kawin. Tapi aku rasa tak sempat nak kejar majlis tu sebab my hubby kejer half day for that day. So, mungkin aku bertolak dalam kul 3 petang. Nak ke Melaka, kompom 2 jam atau lebih (kalau bawak perlahan). Kalau gitu, kompom sampai dalam kul 5 lebih! hari Isnin lak aku cuti. Bukan apa, biarlah aku uruskan pakaian semua. Yang dah kotor pakai masa kenduri leh cuci jemur sekali hari Isnin tu. Baju pun leh gosok sekali. Mudah. Lagi pun sekarang ni nak masuk musim panas (walau musim hujan macam tak nak berhenti jerk..). Bukan nyer sikit baju tue, banyak. Mungkin kena 2 round basuh. Hehehehe. Kadang-kadang kalau dah tak larat baru minta tolong hubby. Bukan apa, selagi aku larat nak buat, aku buat. Habis citer. Lagi pun aku kan suri rumahtangga. Hehehehe.

Emmm.... Aku rasa itu je kot yang aku nak buat hujung minggu nie. Kalau ada free, boleh gak tengok wayang. Tapi aku frust sangat sebab tak dapat pergi rumah bos aku kawin masa hari Ahad nanti sebab hari Ahad tu menghantar pengantin belah lelaki pulak. Adui.... I mis one nice moment.... Sedih sangat. Tak pe lah. Selamat Pengantin Baru En Azam..

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"