Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010!


Alhamdulillah!
Syukur pada Allah S.W.T.
kerana limpah kurniaNya...
umur ku masih panjang..
usia ku masih ada...
Alhamdulillah....

Ku titip selingkar harapan
agar menjadi azam menjelang hadapan
mudah-mudahan dipermudah
segala urusan dan setiap perjalanan

azam yang menggunung
mudah-mudahan dipermudah segalanya...
zuriat yang ramai..
reski yang diredhaiNya...
kehidupan yang dirahmati..
Diberkati.....
dan pinta dijauhi
segala fitnah dan kata dusta
segala hasutan dan cacian hinaan
dari syaitan makhluk durjana

Di ketika ini
ku suakan rasa sedihku
Dengan perginya hari-hari berlalu
yang banyak mengajarku
erti sabar
erti dewasa
erti setia
erti amanah
erti kasih sayang..
segala-galanya aku peroleh
suka, duka, pahit, manis..
dendam, air mata....
ibarat sesudu kuah yang dihirup
cukup lemak rasa masin pahitnya..
Aku sedih...

Tapi aku tersenyum..
Kerana..
Dari dahulu aku belajar kini
Dari tawar aku belajar masin
terima kasih semua..
kalian mengajar aku erti hidup...

Pada suami
Thanks a lot...
to become my very best friend when i needed....
to become my lover every each time when i cry and cry..
and...
to become my teddy bear when i miss you very-very much!!

pada kalian....
SELAMAT TAHUN BARU 2010!!

Happy New Year......




Sehari di Rumah Mak Dik

Masa gi umah kawin sepupu aku, aku sempat singgah kat umah Mak Dik, adik mak aku yang perempuan bongsu. Anaknyer comei sangat! 3 lelaki 1 perempuan. La nie mak dik dah jadi instructor senamrobik. Badan memang cantik lerr.. Hehehehe






Peace.....!!

Wednesday, December 30, 2009

hadiah kahwin



Menyebok jap ngan gambau hadiah kawin..
banyak tak? Hehehehe

My Mother In Law Operate Mata VS Card Case Hilang!

     Syukur Alhamdulillah. My mother in law selamat operate mata. Buang katarak. Bila tengok dari dekat, rasa seram pun ada. Memang clear nampak kesan tengah anak mata, macam kesan koyak. Seram giler..! My mother in law asyik kesat air darah yang kuar dari mata, tu yang buat aku seriau tu. Hehehehehehe. Mak jangan risau ye, nanti ok mata mak... Doc nak bagi mata mak terang... MMuuuaahh!!

     Tapi dapat balik pada hari yang sama. Kira alhamdulillah. Hari tu aku balik dari Hospital Seremban, aku singgah rumah aku kat Putrajaya. Terus mandi. Segarkan diri. Rehat kejap, then cadang nak makan ckicken chop kat Presint 8, tapi masa masuk keter nak ambik wallet, my hubby perasan dompet dia hilang! Punyer lah takut. Apa taknyer, aku punya ic pun hari tu memang aku minta my hubby pegangkan. Jadi dia masukkan kat dalam card case dia tu. Aku punyer lah dah tak tahu nak buat apa, my hubby apa tah lagi. Kitaorang pakat kemburkan balik beg pakaian, cari. Tapi tak jumpa gak. Puas cari, tapi masih gak belum jumpa. Last-last, kitaorang balik jerk rumah Selayang, tak berhenti makan pun kat Presint 8 sebab dah tak ada mood. Dalam keter pun senyap ajerk, my hubby pun asyik mengeluh ajerk. Aku pulak dah pikir esok nak ke JPN, JPJ, Pejabat Agama (untuk ganti kad nikah baru). Yang paling penting pagi-pagi esok nak kena gi buat report kat Balai Polis. Banyak kejer tu..

     Then bila sampai kat jalan nak masuk jalan Kuching, tiba-tiba my hubby seluk tangan sisi sit. Tiba-tiba dia terdiam. Sambil memerhatikan aku (takut aku marah le tu) dia mengangkat crad case dia! Ruper-rupernyer dia tercicir kat tepi tu! Ciss!! Aku hangin jerk... Chicken chop pun tak dapat, hampe rasa hatiku ini.. ish ish ish... Tapi tak pe, hujung minggu nie sambut Tahun baru kat Putrajaya, nak terus makan chicken Chop!
Wallaa..!!

Thursday, December 24, 2009

Sepetang di Anjung Batu



Petang tu sebelum balik KL sempat singgah kat Anjung Batu, konon nak tengok sunset view. Tapi tak dapat, sebab tengah hujan gerimis. Tapi best gak gi. Terasa tenang sangat!


Cantik betul untuk kai pancing..




sedapnyer


Candid..!!!!


Hehehehe... sedap tak?


Time ni aku rehat kat McD sebelum sampai tol Sungai Besi. Walla..!!

Tahniah! moga Gembira Selalu!



Selamat Pengantin Baru..! Anak Mak Itam belah ayah aku kawin. orangnyer rendah ajerk, paras bahu aku. Kecik pun kecik. Nie pun aku sempat balik Hari Sabtu malam, sebab my hubby kejer sabtu tu. Mujur kerja half day, tapi tak sempat gak sampai time sanding belah pom[puan. Minta maaf ye Angah. Hehehehe





my hubby nie nak jugak merenjis. Pergi ajerk bila kena suruh renjis. Ketar katanya. Hehehe.. Tapi tangan tetap setia kat poket. Cover la tu..




That day kitaorang menginap kat Merlimau Inn. Stand one night. Nak tido umah sedara mara, ramai pulak yang datang. Sampai jerk Melaka terus check in. Cadang malam tu nak makan ikan bakar kat Anjung, tapi last minute tukar plan. Gi umah sedara sebab ada acara potong kek (hehehehe.... potong jerk pakai t-shirt biasa)... Esoknyer kitaorang baru gerak balik. Tu pun lepas maghrib baru gerak sebab asyik kena tahan dengan Mak Dik suruh makan dulu... (hehehe.. Mak sedara saper la tu...) Dan esoknyer aku cuti!!! Penat oooooooo.........




 


Masa cuti tue aku siap basuh semua baju. Lega sikit. Lepas basuh baju, kemas bilik pulak, pas tu lipat baju. Beres semua. Senyum je la my hubby bila balik kejer tengok dah berkemas. Siap buatkan air untuk hubby lagi.

Hai la........

Kuarters Putrajaya

Emm...
Bila dah masuk umah baru nie, rasa seronok sangat. Hari ni lak gi rumah nak tengok ruang sebab senang nak design ruang pulak. Hehehehe. Tapi bila pikirkan balik, memang letih nak kemaskan rumah ni. My hubby siap bawak catalog IKEA untuk matchkan perabot ngan ruang dalam rumah ni.


pintu masuk. Sebelah tu dapur



Ruang tamu. Luas tak? Hehehehe
Mak aku kata, kalau ada anak boleh main beskal lagi..



Oppss... Nie pulak dapur. Bersepah la. Masa ni tengah nak bersihkan dapur. Siap beli mop ngan penyapu kat Carrefour Alamanda.



Nie pulak ruang corridor depan. Sliding door ada 3 panel. Corridor pun luas. Boleh letak kerusi rehat kat luar, ambik angin sekali. Hehehe
errr.. Yang terjulur tu, kaki my hubby leerr... orang dah kata ketepi, tak mau...



Nie pulak ruang antara nak ke bilik master badroom, second badroom, third bedroom n toilet. Kat rumah ni ada 3 bilik 2 bilik air. Kalau nampak dalam gambar, bilik belah kiri 2nd, bilik belah kanan 3rd. lorong tengah tu nak ke toilet. dinding lorong tu ada sinki. my hubby cadang nak letak cermin, n nak create lorong tu.



Nie ruang dalam 3rd bedroom



Yang ni lak ruang dalam master bedroom



Wardrope dalam master bedroom

Minggu nie (minggu Krismas) cadang nak kemas umah. Sekarang tengah cari bidai nak letak untuk jadi pemisah dapur ngan ruang tamu. Tapi tak tahu nak beli kat mana. Tempoh hari dah survey. Ingat nak buat kenduri doa selamat untuk masuk umah. Tapi tak planning bila lagi.

jadi, pada anda semua, jemput-jemput lah datang umah ye...

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"