Monday, April 1, 2013

Tips Berfesyen Untuk Wanita XXL

Jangan malu untuk membaca entry ini, sebab saya juga seperti anda! Yes!! Kadang-kadang tu memang ada rasa rendah diri, tapi kita kena tanamkan keyakinan yang 200% pada diri kita bahawasanya walaupun kita ni montel, tapi kita ni tetap comel!!

Selalunya mereka yang bersaiz xxl ni sentiasa mengeluh nak cari baju atau fesyen yang bersesuaian memang susah kan? Kadang-kadang tu kan kalau kita dah pilih baju yang berkenaan, kita takut pulak jadi 'pembalut nangka' di mata orang. Untuk itu, saya ada beberapa tips untuk mereka yang berbadan xxl.

1. Pilih design vertical, dan bukannya horizontal.

2. Pakai sesuatu yang berwarna tanah atau unsur alam. jangan sesekali mengambil wara yang terang kerana ia akan membuatkan badan anda menjadi double xxl!



3.        Kalau kita ni dah saiz xxl, jangan la kita pakai saiz m.. hehehe..... Nanti nampak tak selesa dan 'seksa' di mata orang lain. Ingat tau!

4. Untuk aksesori pulak, jangan pakai aksesori yang nipis, memang tak sesuai. Pakai aksesori yang besar. Ini akan menutup kelemahan lelemak kita.




5. Jangan sesekali memilih baju yang terlebih saiz sebab nanti akan menampakkan badan kita lagi besar daripada kaki kita. Hehehehe. Seeloknya pilih colar V line. Memang nampak cantik sangat!


Yang ni tak sesuai untuk dipakai oleh wanita muslimat.. Hehehehe. Sebagai contoh sahaja. Potongan colar V akan menampakkan ilusi leher kita panjang.


1 comment:

  1. siapa kata orang cute tak boleh berfesyen? Sebenarnya boleh, tapi mesti kene dengan gayanya. :)

    www.sweetoverloads.com/blog

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"