Tuesday, April 2, 2013

Sekali Sekala Layan Video Bollywood

Naper lah aku suka sangat dengan hindustan ni. kadang-kadang tu sampai berulang-ulang kali pasang lagu bollywood kat kereta. Hahahaha.. Boleh tak macam tu...? Mungkin sebab irama dia rancak, dan tak boring agaknya...




Tak kisah lah apa orang nak kata, yang penting aku suka sangat dengar lagu-lagu ni. Kadang-kadang tu kan sampai tak sedar bahu dah bergelek-gelek. Hehehe.. Itu lah orang kata demam bollywood. Kadang-kadang tu kan, tarian dia boleh buat kita berpeluh kalau ikut.


lAGI SATU KAN, AKU SUKA SANGAT DENGAR LAGU CHAMMAK CHALLO DARI FILEM RA-1. Memang best!!Filem dia pun best! Cerita dia pun tak meleret-leret. Tapi kan, setiap cerita bollywood mesti ada landasan keretapi. Trademark depa kot. hehehehe..

Tapi kan, sungguh, kalau betul-betul bergelek dengan iringan musik dia, memang boleh loose about inch la kot. Memang berpelu habis! Tapi yang tak bestnyer, diaorang nyanyi mesti miming. Hahaha... masing-masing tu kan, kalau dalam satu fiem tu, kalau ada 3-4 lagu, cuba korang dengar betul-betul, kejap karang suara heroin dia nyaring, kejap karang suara heroin dia merdu, kejap karang garau sikit.. hehehehehe. Itu lah dunia Bollywood... But, semua tu tak boleh menghalang aku untuk meminati lagu-lagu bollywood. Artist bollywood pun ramai yang mempunyai ijazah dalam bidang pelajaran masing-masing. Berikut detail berkenaan Datuk Shahrukh Khan.. hehehe


" Datuk Shah Rukh Khan dilahirkan pada 2 November 1965, di New Delhi. Graduan sarjana Ekonomi dari Hansraj College pada 1988. Muncul pertama kali di TV pada tahun 1988. Filem pertamanya muncul empat tahun selepas itu. Selain popular sebagai penyanyi dan penari, dia juga dikenali sebagai pengacara program Who Wants To be a Millionaire versi India untuk satu musim. Sudah membintangi lebih 70 filem. Nama Shahrukh bermaksud Wajah Raja (Face of the King), tetapi lebih suka namanya ditulis sebagai Shah Rukh Khan atau S.R.K. Pada mulanya dia ke Mumbai bukan hendak menjadi pelakon tetapi mahu mencari bekas kekasihnya, Ghauri. Mereka kemudian berkahwin dan mempunyai dua anak. SRK seorang Muslim, sedangkan isterinya masih seorang Hindu. Buku kegemarannya ialah The Hitchhiker's Guide to the Galaxy dan mempunyai seekor anjing bernama Chewbacca. Dia mengaku tidak menerima tawaran dari penerbit filem Amerika tetapi dia tidak kisah. Dia dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti Bedfordshire Britain pada Julai 2009. Membuat pengakuan dia bersedia berlakon dengan percuma kalau terlalu suka dengan wataknya.

  Sebuah madrasah agama Islam di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa terhadap bintang Bollywood terkenal Shah rukh Khan kerana kenyataannya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Sebelumnya Shah rukh Khan yang banyak digilai para peminat wanita ini dalam sebuah wawancara di sebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berpengaruh sepanjang sejarah dunia, malah tidak setanding dengan populariti Adolf Hitler danWinston Churchill." - sumber : http://syurgaituindah.blogspot.com/2010/01/shah-rukh-khan.html

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"