Friday, January 25, 2013

Kursus Ketrampilan Diri & Etika Sosial... Sangat Menarik!



wah wah wah! Koma semua nampak tak teman yang berbaju hijau tuh? nampak kan... Hehehe.. Kali ni aku gi Kursus Ketrampilan Diri & Etika Sosial di Bilik Mesyuarat Utama Tkt. 6, EPU, JPM. Kursus ini dikendalikan oleh http://cutecarry.com/ iaitu En. Hafiz Mustapha. Emm, memang seronok sangat kursus hari tu. Diadakan selama 2 hari bermula pada 22 Januari 2013 dan berkahir pada 23 Januari 2013.

Kursus ni memang kursus yang pertama aku hadiri selepas aku menjejakkan kaki memulakan perkhidmatan di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sebelum ni semasa aku berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, memang jarang aku pergi kursus. Hehehehehe..... No komen lebih lebih.... :D

Cute carry ni memang okey sangat. Berleter tentang gaya, make up dan penampilan diri ketika di majlis protokol, separa protokol dan bersantai. Sesi untuk ikatan tudung juga termasuk sekali tau! So, kalau korang ada terpandang kursus yang mengambil cutecarry.com sebagai penceramahnya, korang kena pergi cepat2. Memang best!! kalau tak, korang lah yang rugi, sebab cutecarry ni kalau nak ambil grooming class ngan dia kat luar kena bayar beribu-ribu. Kalau join Jabatan boleh free.. !! Hehehehe

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"