Tuesday, January 15, 2013
[Kesian] Kanak-kanak ambil viagra untuk terus hidup
Biasanya Viagra dikaitkan untuk mengatasi disfungsi seksual. Namun, seorang kanak-kanak, Calvin Muteesa, mesti minum Viagra setiap hari demi bertahan hidup.
Viagra diambil Calvin empat kali sehari. Kebiasaan ini dilakukan Calvin sejak umur tiga bulan. Saat ini, Calvin adalah orang England termuda yang secara rutin menggunakan Viagra.
Apa yang membuat bocah malang ini harus minum obat 'perkasa' setiap hari?
Penyebab Calvin mengambil ubat ini kerana penyakit pulmonary arterial hypertension yang dialaminya. Penyakit tergolong aneh ini mampu membuat tekanan darah Calvin menjadi sangat tinggi, sehingga boleh menyebabkan paru-parunya kekurangan darah yang mengandung oksigen.
Akibat penyakit ini, Calvin juga harus berjuang untuk bernafas. Organ hatinya juga harus bekerja dua kali lebih keras demi memaksa darah mengalir ke paru-parunya. Viagra yang dikonsumsinya berfungsi menguatkan arteri paru-paru, yang membawa darah ke paru-paru serta memungkinkan lebih banyak darah dan oksigen yang melaluinya.
Ketika Calvin lahir, dia didiagnosis mengalami masalah pada bahagian usus dan ginjal.
"Pada suatu pagi, ketika ingin memberikan susu untuk Calvin, aku menemukan matanya tidak bergerak dan dia berhenti bernafas. Setelah diperiksa di Royal London Hospital menunjukan level oksigen dalam tubuhnya sangat rendah," ujarnya menambahkan.
Akhirnya, doktor meminta Calvin mengambil Viagra, kerana menurut pengamatan medical tidak ada ubat lain yang sesuai untuk keadaannya. Awalnya Maureen tidak mengetahui jenis ubat tersebut, setelah tahu dia pun terkejut. Tetapi keadaan Calvin membaik setelah mengambil Viagra.
Calvin ketika ini mengambil Viagra dalam bentuk cecair dengan dos tertentu. Maureen juga harus hati-hati dan tidak terlambat memberikan ubat. Sebab, kanak-kanak ini pernah dibawa ke hospital, kerana pengasuhnya lambat memberi ubat. Maka itu, stok Viagra harus selalu tersedia di rumah untuk Calvin.
Menurut Maureen, setakat ini doktor masih menyarankan pengubatan ini untuk Calvin. Namun, jika Calvin sudah cukup umur, ibu ini berharap anaknya boleh menjalani transplantas paru-paru dan jantung, agar boleh lepas dari Viagra.
sumber - http://raccosstory.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment