Wednesday, January 30, 2013

Hijab Style (part 2)


Hana Tajima shawl tutorial


wah!! dengar tajuk pun dah gempak kan... :D 
Kat sini aku suka jugak ngan style Hana Tajima.. Tapi kali nie video show untuk selendang yang pendek.. Emmm.... Aku rasa kalau jenis tudung ni elok pakai untuk style yang begini : 



Nak tahu style hijab yang macam mana? Jap tau.... 


Haaa... ini lah dia style tu.. Kredit to Hana Tajima.... Comel kan!!

Yang ni pulak style aku... Tak gak tiru gaya depa ni, tapi mengikutkan 'kebulatan' muka aku nih, hehehehe.. Cute tak?





Hijab Tutorial Style

Aku suka selak laman sesawang kalau nak try sesuatu. Kali ini aku banyak nak cari bab pemakaian hijab. Cari punya cari, tetiber aku terjumpa video ni dalam laman sesawang Youtube.


Wow!! Aku terus teruja!! Video ni dihasilkan oleh bog ni : http://hijup.com/  
Korang cuba la pergi kat link tu. Aku syorkan kalau korang nak belajar pakai tudung jenis selendang dan yang seumpama dengannya, leh la tengok video ni... Memang best la! Kredit to Hijup.com. 

Nanti aku upload lagi ye...



Tuesday, January 29, 2013

20 Koleksi Gambar Rare, Tak Tengok Rugi !


Bukan senang nak tengok gambar-gambar rare camni.. Ini yang tulen, bukan rekaan tau.. Jom terjah.. sumber : http://www.cvkmedia.my/

Albert Einsten

Komputer Pertama

Staff Google Yang Pertama

Mc Donalds Yang Pertama

John Lennon

Titanic Semasa Di Pelabuhan

Madona, Sting dan 2Pac

Gambar The Beatles Yang Rare

Osama Bersama Keluarganya

Titanic Di Dasar Laut

Dinding Berlin Di Robohkan

Bandar Brazil Zaman Dahulu

Charlie Chaplin dan Gandhi

Chuck Norris dan Bruce Lee

Botol Coca Cola

Transkrip Diploma Albert Einstein

Elvis Dalam Tentera

Che Guevara dan Fidel Castro
Sumber : CariGold

10 Alat Permainan Yang Diharamkan!

kalau ternampak alat permainan begini, minta jangan dibeli ek. Kebanyakan memang da diharamkan. Mungkin masih ada djual under "rare items". - sumber : http://www.cvkmedia.my/


10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle

Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh dari motosikal ini kerana kelajuannya.





9. Aqua – Dots 

Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni membuatkan kanak2 cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg kuat dan menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik tersebut. Diharamkan pada tahun 2007.





8. Sky Dancers Flying Dolls 
Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya kawalan. Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar biasa sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta, patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit ditarik balik oleh pengeluar Galoob Toys pada tahun Jun 2000. 





7. Easy Bake Oven – Hasbro 

Penutup depan ketuhar ini memerangkap jari si manja ketika si manja ingin mengambil bahan yg telah dimasak. Menyebabkan seorang kanak2 berusia 5 tahun putus jari. Kes lain yg dilaporkan seperti lebam tangan.Hasbro berhenti pengeluaran pada tahun 2007 (baru lagi nih).





6. Snacktime Cabbage Patch Dolls – Mattel

Terkenal pada tahun 80an – 90an. Mempunyai rahang otomatik yg akan mengunyah apa sahaja yg dimasukkan ke dalamnya. 35 kes kecederaan jari dilaporkan. Diharamkan pada tahun 1997.





5. Battlestar Gallactica Missile Launcher 
Dilancarkan pada tahun 1978. Tahun 1979 dilaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas tercekik pada salah satu alat pelancar peluru berpandu. 




4. Chicken Limbo Party Time 

Dikeluarkan oleh Milton Bradley. Permainan ini tidak mempunyai tiang yg kukuh oleh itu apabila di sentuh kuat sedikit ia akan runtuh pada kanak kanak yg berada di bawah atau orang-orang berdekatan. 46 kes dilaporkan menyebabkan kecederaan seperti lebam, patah gigi & patah kaki & tangan. Diharamkan pada tahun 2006.





3. Clackers 

Beberapa laporan cedera & lebam di muka, mata dan tangan ketika bermain. Kerana ianya diperbuat dari kaca, bolanya berat menyebabkan jatuh ke lantai dan mudah pecah. Diharamkan pada tahun 1981.





2. Mini Hammocks – EZ Sales 

Untuk kanak kanak yg suka di buai dan berehat di atasnya. 12 kematian dipastikan ketika naiki buaian ini. Punca kematian adalah seperti lemas, terjerut & jatuh. Jualan mencecah 3 juta. Di haramkan pada Ogos 1996.




1.Jarts - Lawn Darts 

Alat permainan paling bahaya di dalam sejarah. sepatutnya dilontarkan pada permukaan rumput sahaja. Alart permainan dart ini boleh munusuk ke mata, dan anggota badan sesiapa saja yg bermain dengannya. 6700 kecederaan termasuk buta dan 4 kematian di laporkan. Di haramkan selama-lamanya bermula pada tahun 1988.




Friday, January 25, 2013

Batu-batu yang unik di dunia ini di mana batu yang besar boleh bertenggek di batu yang kecil. Itulah kuasa kebesaranNya. - sumber : http://www.portalharian.com/
Bayangkan batu yang kecil duduk di bawah dan batu yang besar duduk di atas, dan batu tersebut sedikit pun tidak menunjukkan untuk jatuh.

Kursus Ketrampilan Diri & Etika Sosial... Sangat Menarik!



wah wah wah! Koma semua nampak tak teman yang berbaju hijau tuh? nampak kan... Hehehe.. Kali ni aku gi Kursus Ketrampilan Diri & Etika Sosial di Bilik Mesyuarat Utama Tkt. 6, EPU, JPM. Kursus ini dikendalikan oleh http://cutecarry.com/ iaitu En. Hafiz Mustapha. Emm, memang seronok sangat kursus hari tu. Diadakan selama 2 hari bermula pada 22 Januari 2013 dan berkahir pada 23 Januari 2013.

Kursus ni memang kursus yang pertama aku hadiri selepas aku menjejakkan kaki memulakan perkhidmatan di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sebelum ni semasa aku berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, memang jarang aku pergi kursus. Hehehehehe..... No komen lebih lebih.... :D

Cute carry ni memang okey sangat. Berleter tentang gaya, make up dan penampilan diri ketika di majlis protokol, separa protokol dan bersantai. Sesi untuk ikatan tudung juga termasuk sekali tau! So, kalau korang ada terpandang kursus yang mengambil cutecarry.com sebagai penceramahnya, korang kena pergi cepat2. Memang best!! kalau tak, korang lah yang rugi, sebab cutecarry ni kalau nak ambil grooming class ngan dia kat luar kena bayar beribu-ribu. Kalau join Jabatan boleh free.. !! Hehehehe

Monday, January 21, 2013

Majlis Bertunang Sepupu Hubby.. Tahniah Safwan!

Badan memang tengah demam, tapi nak ikut nyer pasal, pi la sekali majlis nih....









Emm... Ramai jugak adik beradik suami aku pakai batik hari tu.. ker ker ker... nak nampak kan kejer gomen lah katakan.. Huhuhuhu.. Hantaran 7 berbalas 13. Tarikh kawinnya dalam  tahun ni. Wang hantaran RM11,111.11. Huiyooo!! payah nak sebut tu... hahahaha

So, sekarangm aku tengah pikir dan tercari-cari serta mencari-cari baju nak pakai masa majlis kahwin nanti... Tak sabar beb.. :D
 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"