Arrggghhhh!!! Tension!! Job tak sudah-sudah! Bulan nie jerk hampir penuh. Tinggal hujung bulan jerk yang free. aduhhh.. Bila dah shoot, nak design untuk album pulak. Aduhhhh.... Penat usah citer la. Memang penat giler. Minggu lepas yang best lepas shoot, terus lepak kat Umbai, pekena ikan bakar. Perrgghhh... Berbaloi-baloi.. Hehehe.. Thanks to Mus, member my hubby, sebab nak join sekali... Kalau tak memang susah sikit ler sebab nak shoot untuk 2 pasang pengantin.
Berbalik semula pada story asal, malam nie aku ngan adik-adik aku rancang nak sambut birthday my dad. So, rancangan awal nak belikan kek, tapi my dad tak makan kek. Jadi, tukar plan. So, dah pakat-pakat beli kfc. Hehehe.. Tekak lak ngidam macam-macam. Entah ler..Entah apa lah lagi yang nak lagi lepas nie... Kalau dah ikutkan tekak, cam tu le jawabnyer. Hahahaha...... Kata my hubby "nie kalau dah berbadan dua, jangan nak mengada-ngada ikut tekak sendiri, yang nak makan sekali tu anak... Karang sebab tekak sendiri, anak yang jadi mangsa.." Aku siap cubit peha laki aku. Perrgghhh... Kan aku dah kena sound ngan laki aku sendiri. Hehehe.
Alhamdulillah. 2 album dah siap. Boleh lah gi kedai buat album. So, pasal berek polis yang IPD Gombak bagi kat aku tu, aku tak pindah lagi. Kuarters kat Putrajaya aku dah pindah keluar. Then aku dah masuk berek polis kat IPD tu. Keluasan? Emm... boleh la... Tapi kalau pilihan diberi kat tangan aku, aku tetap memlilih untuk menetap di kuarters Putrajaya, jauh dari kebisingan dan kesesakan. Tapi apa pun, yang pasti, aku tak kemas lagi umah berek tu. Bukan apa, dapat kat tingkat 4, tak ada lif. Perrgghhh... Menapak tu yang paling best sekali. Huhuhu... Dapat awal bulan 5, sampai la nie tak masuk kan apa-apa perabot pun. Bukan apa, kan aku dah habaq, job tak surut.. Tapi aku tetap bersyukur kerana reski yang DIA bagi tak pernah putus. Alhamdulillah...... Pengalaman lalu ku jadikan pengajaran yang paling berkesan dalam hidup ku.
No comments:
Post a Comment