Monday, July 3, 2017

Butter Prawn (Udang Mentega) Kegemaran Suami

Yeayyy !!

Hari ni hari Raya yang ke 9. Masih bercuti, tak ke mana-mana, cuma duduk di rumah, sementara encik suami dah mula kerja. Boleh la gosok baju kerja untuk seminggu. Dalam pada berkemas, teringatkan ikan, udang dan ketam yang segar-segar dari kampung Melaka kelmarin, pemberian saudara Pak Teh, hasil tangkapan menantunya. Sangat segar. Kalau saya sekeluarga balik kampung, mesti akan ikut mak dan abah ke laut, untuk tunggu nelayan naik ke pantai, dan boleh beli ikan terus dari laut. Maniskan isinya, segar sangat.

Okey, cepat-cepat saya keluarkan udang dan ikan dari peti ais. Cadangnya nak buat Butter Prawn.
Teringatkan susu cair tak ada pula dalam peti ais, mujur la ada santan, boleh gantikan susu cair.


Resepi Butter Prawn (Udang Mentega)
oleh : Shalizah



Bahan-Bahan :

Sarang Telur
3 biji kuning telur
1 cawan minyak masak
1 senduk margerin / butter

Udang
20 ekor udang
sedikit garam
sedikit lada sulah (saya letak secukup rasa)

Bahan Tumis
5 tangkai Daun Kari
5 ulas bawang putih - dicincang
10 biji cili padi - dihiris
Sedikit Lada Hitam (black pepper)
1/2 cawan susu cair (saya gunakan santan)
sedikit margerin/butter untuk menumis

Cara Memasak :

Sarang Telur

Pukul kuning telur hingga sedikit kembang. Panaskan margerin/butter bersama minyak masak. Seeloknya gunakan senduk bulat. Tunggu sehingga minyak betul-betul panas, pusing-pusingkan minyak dengan senduk bulat (ini kegunaan senduk berbentuk bulat) sehala tanpa henti. Berhati-hati, jangan sampai minyak tumpah.

Kemudian tuangkan telur kuning yang telah dipukul ke dalam minyak. tuang tinggi sikit supaya telur jatuh halus ke dalam kuali. Teruskan pusing minyak hingga telur habis. Pusing senduk berkenaan sehingga telur tu warna keemasan garing.

Angkat dan toskan.

Udang

Perapkan udang seketika dengan sedikit garam dan sedikit lada sulah. Goreng, tapi jangan goreng lama, nanti udang keras dan tak sedap.

Tumis semua bahan penumis kecuali susu cair. setelah naik bau, masukkan susu cair. biarkan seketika. Selepas itu, baru masukkan udang yag telah digoreng tadi. Kacau sehingga rasa sebati. Bleh lah diangkat dan dihidangkan di atas pinggan. Jangan lupa taburkan sarang telur di atas udang tadi.



Makan dengan nasi panas 2 - 3 kali bertambah nasi. Encik suami memang suka dengan resepi ini. Saya buatkan sekali dengan menu sambal ikan. Nanti saya bagi resepi di next entry ya..




No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"