Friday, September 8, 2017

Hari Yang Menyedihkan... Barangkali

8 September 2017

Genap... emmmm, saya tidak mengira pula berapa tempoh lama hari, bulan atau tahun. Yang pasti, Puan Fauziah binti Jalaludin, KPP di SKP UPE, JPM akan melaksanakan HLP bermula pada 4 September 2017. Satu keputusan yang saya kira bijak untuk perancangan masa hadapan. Tidak dinafikan, tak banyak, sedikit pasti beliau telah meninggalkan ilmu yang amat berguna, selian pengetahuan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas.







Sedikit berkenaan beliau. Beliau seorang yang lincah, mudah diajak berbincang dan sentiasa berfikiran terbuka. Emmm, dalam menjaga batas antara 'gred' to 'gred', beliau dilihat sebagai seorang yang lantang bersuara selain sentiasa menjaga imej yang bersih. Sememangnya kepergian beliau sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam Jabatan ini.

Sewajarnya pada hari ini, kami semua yang sepatutnya membuat surprise utk beliau sempena last working day, tapi disebabkan permohonan HLP beliau lambat diketahui, tiada persiapan dapat dilakukan, malah beliau pula yang beriya-iya mengeluarkan wang dengan membelikan kai sebanyak 18 kotak piza, beberapa jenis kek dan ais lemon tea. Sedap sungguh rasanya, bak kata orang, dapat suntikan vitamin 'F' (free). Saya cuma senyum sahaja.

Berbalik pada topik utama, telah menjadi lumrah bahawa yang pergi akan diraikan, yang tinggal akan meraikan. Tapi terbalik pula pada hari ini. Tak mengapa lah. Lagi pula, itu semua hanya adat sahaja, dan bukannya sesuatu yang harus dipatuhi.

Monday, August 28, 2017

SUAMI DAN ISTERI

Allah S.W.T. berfirman ,

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih dan sayang"

Banyak definisi kasih sayang diantara suami dan isteri. Selalu bila tiba Hari Raya Aidilfitri, pasti biasa dengar mohon maaf "Maafkan saya zahir dan batin". Sedalam itu kita menggali makna zahir dan batin. Ada yang kata zahir tu luaran, batin tu dalaman. Ye ke?

Secara zahirnya, rasa sayang antara suami dan isteri ditafsirkan dengan menjaga, memerhati, menghormati, memahami, mengambil berat. Ops, itu juga dah masuk dalam batin kan. Oklah, tak apa lah. Yang penting, rasa kasih sayang perlu dalam membina hubungan rumahtangga yang harmoni. Bukan hanya "aku kau, kau aku", tapi lebih kepada "bagaimana? macam mana? di mana? kenapa? apa? " atau lebih familiar as 5WH's. 

Terlalu banyak berita atau cerita yang kurang enak keluar di media sosial. Perlu salahkan siapa? Teknologi? tanpa teknologi, tamadun manusia akan mundur. Humanisasi? Tanpa faktor human, tidak akan bertumbuh kelompok dan wilayah kemanusiaan. Sewajarnya, tindakan dan emosi yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan manusia. Kerana itu, maka terbit pelbagai peribahasa "Dada orang yang berakal itu ialah peti rahsianya - Sayidina Ali Abi Talib , teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka adalah jahil - Sayidina Ali Abi Talib". Maka ternyata akal memandu tunjang emosi. Sebenarnya, pelbagai rasa bermainan di fikiran. Ada yang berfikir "oh, rasa gembira sehingga mahu berkonsi kegembiraan bersama yang lain", ada juga befikir "kenapa perlu tayang kebahagian pada khalayak? oh, tidak patut". Jadi, pilihan ternyata banyak dalam pelbagai cara. Seeloknya saya berpendapat, kebahagiaan tak perlu dicanang pada khalayak, cukup lah sekadar disimpan diam-diam dalam rumah tangga kita. Tutup rapat-rapat, kerana risau ada yang menyelit antara celah-celah kebahagiaan. Bukan mudah membina rumahtangga yang bahagia, penuh onak dan duri.

Terlintas jua di hati "kalau lah dapat kahwin dengan si polan ni...." "Kalau lah bertemu jodoh dengan si polan tu..." Allahu.. Allah Maha Mengetahui setiap perancanganNya. Muhasabah diri. Selalu kita mendengar "pasangan kita adalah cerminan diri kita sendiri". Betul kah? Tepuk dada tanya diri.


Dan dah semestinya disebalik kunci kasih sayang, adalah berserah sepenuhnya pada Maha Pencipta.


- 28.8.2017 -

Tuesday, July 4, 2017

Sambal Sardin Istimewa

Bila teringatkan ayam, teringatkan juga menu yang berasaskan ayam, hampir setiap hari. Tekak dah naik bosan juga dengan menu ayam. Ada pula sardin dalam peti. Ok lah. Menu saya hari ni Sambal Sardin. Sambal sardin ni ada macam-macam versi. Versi encik suami pula suka ikannya digoreng gareng dahulu. Setakat ni saya menggemari sardin dari jenama TLC. Harga pun murah, rasanya pun sedap. Rasanya tak lari. Biasanya kalau belah mertua saya, MIL suka masak sardin cara kering iaitu masak sardin tanpa letak cili kisar. Berbeza sangat dengan cara keluarga saya. Tak apa, akan saya asuh encik suami untuk makan masakan cara keluarga saya pulak (hehehe). 

Cili yang baru dibeli dan baru diblender, rasanya agak pedas. Biasa kalau family saya, depa akan panggil cili ni cili baru, bermakna memang akan pedas sikit. Waima pun, harga cili kering sekarang dah mahal. Saya selalu beli di NSK Selayang. Kat sana sayur hijau pun segar lagi. Cuma kalau barang basah, saya lebih suka membeli di pasar borong luar NSK, agak segar sedikit. 


SAMBAL SARDIN ISTIMEWA
Oleh : Shalizah





Bahan-Bahan :
2 tin Sardin jenama TLC (saya suka beli tin saiz kecil-ikan sedang-sedang)
3 ulas bawang putih (dicincang halus) - bahan tumis
3 ulas bawang merah (dicincang halus) - bahan tumis
1 inci halia (dipotong memanjang) - bahan tumis
3 tangkai cili padi (dibelah tengah) 
1 biji bawang besar (dihirs bulat)
2 senduk cili kisar
asam jawa sebesar duit 20 sen (ambil airnya sahaja)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak :
Panas minyak dalam kuali. Tumis bahan penumis sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan cili padi. biarkan sebentar. Masukkan sardin dalam tin. Kuahnya saya ambil sedikit sahaja. Masak sehingga garing. Biarkan lama sedikit supaya ikan sardin masak dan agak garing. 

Masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas-panas.


Lauk Sambal Sardin Istimewa ni memang favorite encik suami. Kalau dapat bertambah-tambah nasi. Sebenarnya sambal sardin kalau makan dengan roti dan jemput-jemput kosong pun sedap. 

Monday, July 3, 2017

Butter Prawn (Udang Mentega) Kegemaran Suami

Yeayyy !!

Hari ni hari Raya yang ke 9. Masih bercuti, tak ke mana-mana, cuma duduk di rumah, sementara encik suami dah mula kerja. Boleh la gosok baju kerja untuk seminggu. Dalam pada berkemas, teringatkan ikan, udang dan ketam yang segar-segar dari kampung Melaka kelmarin, pemberian saudara Pak Teh, hasil tangkapan menantunya. Sangat segar. Kalau saya sekeluarga balik kampung, mesti akan ikut mak dan abah ke laut, untuk tunggu nelayan naik ke pantai, dan boleh beli ikan terus dari laut. Maniskan isinya, segar sangat.

Okey, cepat-cepat saya keluarkan udang dan ikan dari peti ais. Cadangnya nak buat Butter Prawn.
Teringatkan susu cair tak ada pula dalam peti ais, mujur la ada santan, boleh gantikan susu cair.


Resepi Butter Prawn (Udang Mentega)
oleh : Shalizah



Bahan-Bahan :

Sarang Telur
3 biji kuning telur
1 cawan minyak masak
1 senduk margerin / butter

Udang
20 ekor udang
sedikit garam
sedikit lada sulah (saya letak secukup rasa)

Bahan Tumis
5 tangkai Daun Kari
5 ulas bawang putih - dicincang
10 biji cili padi - dihiris
Sedikit Lada Hitam (black pepper)
1/2 cawan susu cair (saya gunakan santan)
sedikit margerin/butter untuk menumis

Cara Memasak :

Sarang Telur

Pukul kuning telur hingga sedikit kembang. Panaskan margerin/butter bersama minyak masak. Seeloknya gunakan senduk bulat. Tunggu sehingga minyak betul-betul panas, pusing-pusingkan minyak dengan senduk bulat (ini kegunaan senduk berbentuk bulat) sehala tanpa henti. Berhati-hati, jangan sampai minyak tumpah.

Kemudian tuangkan telur kuning yang telah dipukul ke dalam minyak. tuang tinggi sikit supaya telur jatuh halus ke dalam kuali. Teruskan pusing minyak hingga telur habis. Pusing senduk berkenaan sehingga telur tu warna keemasan garing.

Angkat dan toskan.

Udang

Perapkan udang seketika dengan sedikit garam dan sedikit lada sulah. Goreng, tapi jangan goreng lama, nanti udang keras dan tak sedap.

Tumis semua bahan penumis kecuali susu cair. setelah naik bau, masukkan susu cair. biarkan seketika. Selepas itu, baru masukkan udang yag telah digoreng tadi. Kacau sehingga rasa sebati. Bleh lah diangkat dan dihidangkan di atas pinggan. Jangan lupa taburkan sarang telur di atas udang tadi.



Makan dengan nasi panas 2 - 3 kali bertambah nasi. Encik suami memang suka dengan resepi ini. Saya buatkan sekali dengan menu sambal ikan. Nanti saya bagi resepi di next entry ya..




Thursday, January 26, 2017

BAS PUN BANJIR

Sedih tak baca title ?

Emmm, as usual, saya pergi balik kerja dari Gombak ke Putrajaya menggunakan bas khas dari Rapid (tq very much to Rapid KL). Tempoh perjalanan pergi tu biasa dalam 1 jam. Tempoh perjalanan balik biasanya 2 jam lebih 😱😱😱.

Seminggu dua ni cuaca sangat redup, and always hujan !! Mujur ada siang, kalau tak de, mesti gelap dah. N sudah tentu berota banjir akan keluar di merata media. Tapi kesian kan pada mereka yang selalu mengalami banjir. Nak mop rumah lagi, nak tunggu kering lagi.

Time balik ni naik bas dalam hujan yang sangat lebat. Boleh pulak payung buat hal. Terus masuk bas dengan payung terbuka (you all imagine, dlm bas pun pakai payung 😂😂😂). So, bila dah duduk, terasa menitik atas kepala. Bila dongak, adeehhhhh... Aircond problem, ditambah dengan hujan lebat, so air menitik. Aduuhhh.. Dalam kepayahan, bertukar la tempat duduk sebelah. Mujur tak de akak yang selalu duduk situ.. 😘😘😘

Monday, January 23, 2017

SUSPA BEAUTY - produk skincare yang berasaskan Bahan Organik

Assalamualaikum w.b.t. semua..

Sihat tak?

okey.. Today is Monday... Semua dah tau kan... Atau pun lebih dikenali sebagai Monday Blues... Hahahahaha... Citernya malas nak buat kerja la ni ye.. Tak jugak kan... hahahaha

Today, saya nak review sikit pasal produk skincare ni. Memang best. nak tau apa?








Yeaahhhh !!
Yess !! SUSPA BEAUTY !!
Sangat best !! sebab apa saya kata sangat best??

Okey, let's start the story.

Sebelum ni saya dah guna pelbagai jenis jenama produk sincare, dari yang semahal set sampai la yang sabun rm2 satu ! Paling lama bertahan pun sebulan. Lepas tu kulit saya jadi sangat teruk! Alahan, merah2, sampai satu ketika kena cahaya matahari pun sakit. see ?? Teruk tak?

Then, satu hari tu, member opis ada rekemenkan satu produk ni. SUSPA Beuty Skincare. Mulanya biasa la, bila dah kena macam ni, rasa malas pun ada. Hold dulu. Dalam sebulan macam tu, baru la tergerak hari nak cuba.

Masa mula2 cuba tu, cuak jugak rasanyer. takut tak serasi macam produk yang sebelum-sebelum ni. Mujur time tu ada trial set lagi. So, apalagi, cuba la.. So, 1 minggu kendian, rasa kulit tak macam sebelum ni. Rasa selesa sangat, then tak rasa sakit. Okey, masih tak percaya lagi. Terus pakai sehingga hampir 1 bulan, sehingga ada satu hari member tegur "Sha, glowing nyer kulit muka. Dah kurang dah lubang pori2 tu.. Dah sekata. Kau pakai apa? Aku nak try jugak la.." Terus saya malu sendiri. Hahahaha. Kalau korang kena puji gitu, mesti malu kan.. (malu gedik namenyer... hahahaha). So, saya terus kaluarkan salah satu produk tu, krim siang. Kebetulan pulak memang krim siang tu selalu ada dalam hand beg saya, kalau lepas solat boleh pakai. Hahahaha....

Dari situ, dari set trial terus saya order normal set. Sekarang ni saya dah tambah set saya dengan toner dan serum !! See !! Terus serasi dengan kulit muka saya. Rasa pedih di bawah cahaya matahari pun tak rasa dah. Yeaaayyy !!

Korang semua, kalau korang nak tau, produk yang menjanjikan result yang cepat dalam masa 3 -4 hari adalah sangat merbahaya buat kulit. Ini kerana ia mengandungi kandungan merkuri yang sangat tinggi kepekatannya. Better cari produk skincare yang menjanjikan result yang tidak terlalu cepat. Kenapa? kerana produk memerlukan masa untuk serasi dengan kulit dan SUSPA BEAUTY merialisasikan impian anda dengan cara semulajadi. semua produk SUSPA BEAUTY adalah berasaskan bahan organik. haa.. best tak? Itu lah yang diperlukan oleh kulit ASIA.

Korang, kalau nak dapatkan nasihat serta tunjuk acar bagaimana menggunakan SUSPA BEAUTY, boleh je pm atau wassup saya 011-11565657.

Hehehehe... Saya dah rasa freedom kerana kulit saya sudah tiada masalah lagi... !!! Yeaaayyy !!!!
 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"