Wow!! Baca title pun dan khachingggg sangat!!
Okeyz.. Ladies, jom survey makanan apa yang paling mahal sekali kat dunia ni... :D
Tempat Ke-10 : MATSUTAKE MUSHROOMS
1.00 USD = 3.02800MYR
Harga : $1000 = RM3028.00
Matsutake adalah nama biasa bagi kulat yang paling dikehendaki selepas pengkajian tentang kulat meningkat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kulat ini merupakan elemen penting dalam cara masakan Jepun. Matsutake adalah amat sukar ditanam kerana itulah harganya sangat mahal. Apabila awal musim bermula, Matsutake Jepun boleh mencapai gred yang paling tinggi iaitu sekitar RM6056.00 sekilo! (wow!!). Untuk perbandingan, nilai purata matsutake import adalah sekitar RM272.50 sekilo.
tempat Ke 9 : THE ZILLION DOLLAR FRITTATA
Harga : $1000 = RM3028.00
Kegilaan kulinari terbaru di New York (sehingga mendaji trendy!) adalah penampilan telur dadar bernilai RM3028. baru-baru ini, Hotel Le Parker Meridien di w.57th. St. telah menambah menu sarapan yang menggemparkan pelanggan tetapnya iaitu bernilai RM605.80 untuk 1 hidangan!. Apabila diselidiki, menu berkenaan sebenarnya adalah telur dadar yang mengandungi campuran telur, udang karang dan telur ikan yang banyak.
Tempat ke Lapan : CHOCOPOLOGIE
Harga : $2600 = RM7872.80
Coklat yang paling sedap dan paling mahal di dunia adalah Chocopologie oleh Knipschildt. Bernilai RM7872.80 per paun, coklat lembut buatan tangan ini hanya boleh dimiliki melalui pesanan. Ianya mengandungi coklat lembut hitam dan 70% koko Valrhona.
Tempat Ke Tujuh : WAGYU STEAK
Harga : $2800 = RM8478.40
Ingin bersosial dengan teman-teman? Jom ke restoran stik terbaik di New York Craft. Stik yang dihidang dengan mata tulang rusuk Wagyu yang amat menyelerakan yang berharga hanya RM8478.40!
Tempat Ke Enam : SAMUNDRI KHAZANA
Harga : $3200 = RM9689.60
Dipanggil Samundari Kahzana yang bermaksud Kahzana Dari laut, merupakan menu yang mengandungi sampuran telur Beluga yang paling sedap (siput laut dan udang karang dengan emas yang boleh dimakan). Menu ini telah pun dilancarkan meskipun harganya mencecah RM6065 sepinggan.
Tempat Ke Lima : PIZZA ROYALE 007
Harga : $4200 = RM12,717.60
Lelongan yang berakhir pada 19 November 2006 dengan bidaan tertinggi dari Peguam Italy Maurizio Morelli yang mencecah hampir $4,200 US Dollar. Morelli adalah ahli pemakanan yang juga merupakan pengumpul coklat dan mine terbaik. Gunness Book Of Records melihat kandungan jualan piazza dan di bawah pertimbangan untuk mengambil rekod untuk Pizza yang paling mahal di dunia dari pembaziran pizza coklat putih yang dicipta oleh Restoran Gordon Ramsay Maze di London.
Tempat Ke Empat : DANSUKE WATERMELONS
Harga : $6,100 = RM12,717.60
Tembikai Dansuke, adalah sejenis tembikai hitam yang hanya tumbuh di Pulau Utara Jepun, Hokkaido. Tembikai ini hanya berjumlah 65 biji sahaja untuk tuaian pertama pada setiap musim. Menurut AP, "lelongan tembikai hitam yang besar di Jepun pada Jumaat, mencecah rekod $6,100, menjadikan ianya tembikai yang paling mahal yang pernah dijual di negara itu".
Tempat Ke Tiga : YUBARI MELONS
Harga : $20,000 = RM60,560
Tembikai Yubari adalah tembikai termahal di Jepun. Harga adalah dalam lingkungan 6,000 ke 15,000 yen (RM181 ke RM454). Yang paling baik adalah dalam lingkungan 20,000 yen (RM605) dan harga lelongan tertinggi pernah dicapai adalah 2 million yen (RM60,560). Emm. Rasa-rasa kalau kat Malaysia, leh je beli tembikai susu. Ada rupa tak?
Tempat Ke Dua : ALMAS CAVIAR
Harga : $25,000 = RM75,700
Telur ikan Almas, ianya berwarna putih, datang daripada beluga yang berumur lebih dari 100 tahun. Ikan beluga, ikan besar dan pemangsa dalam keluarga sturgeon, mengambil masa 20 tahun untuk matang. Dipercayai, semakin putih telur ikan itu, maka semakin tua la ikan tersebut, maka semakin sedap rasanya. Telur Ikan Almas Iran adalah yang paling mahal. Ianya dijual dalam tin emas 24 karat untuk $2000 per 100 gram. Kedai yang diketahui hanya Caviar House & Prunier di London, England, Picadilly yang menjual kilo telur ikan Almas yang mahal dalam tin emas 24 karat untuk $25,000.
Tempat Pertama ! : HUGE ITALIAN TRUFFLE TO FETCH
Harga : $216,000 = RM654,048.00
Cendawan bawah tanah yang paling mahal di dunia telah dibeli oleh orang yang tidak dikenali dari Hong Kong untuk $216,000. Tetapi mungkinkah ada pesaing yang boleh membida nilai yang lebih tinggi daripada itu jika dijual kembali ? Emm... Cendawan putih 1.5kg ini berasal dari Itali, dan dijangka akan dijual untuk nilai 150,000 euros ($216,000) di lelongan amal yang dijadualkan akan diadakan di Macau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment