Wednesday, November 12, 2014

10 Pencuci Mulut Termahal Di Dunia


Jika anda adalah penggemar makanan manis,dan jika anda mempunyai banyak wang,jom habiskan wang anda dengan merasai makanan yang mahal luar biasa ini.Yang lain,telan air liur jela yer..!


 
10. Chocolate Variation
Harga berbagai campuran coklat yang dihidangkan di Mezzaluna, restoran Italia di Lebua Hotel, Bangkok ini mencapai RM2K.Pencuci mulut ini melibatkan lembaran emas yang dapat dimakan, sherbet sampanya dari champagne Roederer Cristal Brut 2000 dan crème brûlée. Rangkaian pencuci mulut ini ditutup dengan Truffle Perigord, Mousse Coklat Strawberryi dan sepotong kek coklat.



 
9. Coklat Noka
Coklat buatan Noka ini dikenal sebagai salah satu coklat paling lembut dan nikmat di dunia. Dengan bahan berbagai coklat terbaik dari seluruh dunia dari negara seperti Venezuela, Ekuador dan Pantai Gading, coklat ini berharga (RM3K) per setengah kilo.


 
8. Kek Sultan
Kek yang hanya dihidangkan di Istana Ciragan di Istanbul ini adalah kek dengan rasa paling menarik dan mewah yang dapat anda temui.Kek yang dibuat selama 72 jam ini berisi buah ara, quince (sejenis jeruk) dan pir yang direndam dalam Rum Jamaika selama setidaknya dua TAHUN!. Topping cake ini dibuat dari karamel, truffle dan, dari gambarnya sudah dapat dilihat, lembaran emas yang dapat dimakan. Harganya? (RM3.5K)


 
7. Truffle Putih
Truffle (sejenis jamur) paling halus dan paling mahal di dunia adalah truffle putih atau truffle alba dari daerah Piedmont di Itali Utara.Jamur terbesar yang ditemukan di dunia sampai sekarang memiliki berat 1,5 kilo, dan dibeli oleh Stanley Ho, pemilik kasino Macau, dengan harga (RM11.5K)


 
6. Chocopologie
Chocopologie buatan Knipschildt ini dijamin akan memberikan pengalaman khusus kepada lidah anda.Kedai coklat yang didirikan oleh Fritz Knipschildt pada 1999 menjual coklat truffle termahal di dunia, dengan harga sekitar (RM17.5K)per kilo atau, (RM900.00) per buah. Coklat buatan Knipschildt ini hanya dijual berdasarkan pesanan, Anda dapat mengunjungi pembuatan coklat ini di 12 South Main Street Norwalk di Connecticut, Amerika, untuk dapat mencuba syurga kecil berwarna coklat ini.


 
5. Macaroons Haute Couture
Untuk urusan makanan manis, Pierre Hermé adalah artis luar biasa. Dengan dua kedai besar yang menjadi pusat pembuatan macaroons di Paris dan Tokyo, Pierre menampilkan satu lagi resepi tambahan setiap perubahan musim (yang bererti empat dalam setahun, bukan dua atau banyak, Paris dan Tokyo kan tidak mengenal musim durian). Macaroons paling terkenal buatan mereka adalah meringue puff dengan bahan pilihan Anda sendiri! Berdasarkan bahan yang dipilih oleh pemesan, macaroon buatan Pierre dapat mencapai harga (RM25K) per kilo.


 
4. The Fortress Stilt Fisherman Indulgence
Makanan yang dibuat salah satu hotel di Sri Lanka ini berharga (RM50K). Makanan ini pernah menjadi makanan kedua paling mahal di dunia. Makanan ini juga tidak kalah nikmat dan menarik dibandingkan dengan makanan biasa. Makanan ini terdiri dari cassata daun emas, serta compote mangga dan delima. Makanan ini akan kelihatan biasa jika tidak dihias dengan pahatan coklat berbentuk seorang pemancing dan batu akuamarin dengan berat 80 karat


 
3. Frrozen Haute Chocolate
Hingga sekarang sundae buatan Serendipity 3 ini sentiasa terpilih sebagai sundae (aiskrim campuran) termahal di dunia, dengan harga mencapai (RM3.5K)per porsi. Tapi kali ini, mereka benar-benar ghairah dlm mencipta aiskrim termahal. Frrozen Haute Chocolate seharga (RM87K) ini adalah hasil kerjasama antara Serendipity 3 dan ahli pembuat perhiasan, Euphoria New York. Sundae ini adalah campuran dari 28 macam coklat, dan 14 di antaranya adalah coklat termahal dan paling eksotis di dunia.
Sundae ini juga mengandung 5 gram emas yang dapat dimakan dan juga ada gelang emas dengan berlian di dasar gelas. Bahkan, sundae ini dimakan khusus dengan sudu emas, dan beberapa butir berlian coklat dan putih, yang dapat anda simpan. Hati-hati,jangan sampai tertelan ya!



 
2. Kek Platinum.
Memang tidak banyak diproduksi, tapi kek seharga (RM450K)ini tentunya tidak akan anda lewatkan dengan warna berkilau indahnya. kek ini dibuat oleh Nobue Ikara, seorang pastry chef terkenal dari Jepun, sebagai penghargaan atas kaum wanita. Kek yang didedikasikan kepada wanita Jepun terkenal seperti Rinko Kikuchi dan Chie Kumazawa ini diharapkan agar mendorong kaum wanita untuk berkeinginan menggunakan perhiasan dari Platinum


 
1. Strawberries Arnaud
Kita tentunya tahu bahawa resepi Strawberries Arnaud adalah aiskrim strawberry, dengan lemon dan anggur merah. Tapi strawberry di restoran Arnaud di News Orleans, Amerika, tidak hanya sekadar buah potong biasa. Bezanya adalah di toppingnya, berupa cincin berlian pink 4.7 karat yang pernah menjadi milik Sir Ernest Cassel, satu-satunya di dunia. Harga makanan ini? (RM5JUTA), kenapa? kerana selain cincin eksklusif tadi, strawberry juga dihidangkan dengan minuman Charles X Crystal yang berharga (RM87K)per botol.

AIR ASIA FREE SEATING !!

1

Kengkawan semua, jom gi melancong!! Air Asia buat promo lagi! Murah beb! Apalagi, booking sekarang! Nanti terlambat, terlepas!!

10 Makanan Yang Paling Mahal Di Dunia

Wow!! Baca title pun dan khachingggg sangat!!
Okeyz.. Ladies, jom survey makanan apa yang paling mahal sekali kat dunia ni... :D



Tempat Ke-10 : MATSUTAKE MUSHROOMS
1.00 USD = 3.02800MYR
Harga : $1000 = RM3028.00




Matsutake adalah nama biasa bagi kulat yang paling dikehendaki selepas pengkajian tentang kulat meningkat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kulat ini merupakan elemen penting dalam cara masakan Jepun. Matsutake adalah amat sukar ditanam kerana itulah harganya sangat mahal. Apabila awal musim bermula, Matsutake Jepun boleh mencapai gred yang paling tinggi iaitu sekitar RM6056.00 sekilo! (wow!!). Untuk perbandingan, nilai purata matsutake import adalah sekitar RM272.50 sekilo.


tempat Ke 9 : THE ZILLION DOLLAR FRITTATA
Harga : $1000 = RM3028.00





Kegilaan kulinari terbaru di New York (sehingga mendaji trendy!) adalah penampilan telur dadar bernilai RM3028. baru-baru ini, Hotel Le Parker Meridien di w.57th. St. telah menambah menu sarapan yang menggemparkan pelanggan tetapnya iaitu bernilai RM605.80 untuk 1 hidangan!. Apabila diselidiki, menu berkenaan sebenarnya adalah telur dadar yang mengandungi campuran telur, udang karang dan telur ikan yang banyak.



Tempat ke Lapan : CHOCOPOLOGIE
Harga : $2600 = RM7872.80




Coklat yang paling sedap dan paling mahal di dunia adalah Chocopologie oleh Knipschildt. Bernilai RM7872.80 per paun, coklat lembut buatan tangan ini hanya boleh dimiliki melalui pesanan. Ianya mengandungi coklat lembut hitam dan 70% koko Valrhona.



Tempat Ke Tujuh : WAGYU STEAK
Harga : $2800 = RM8478.40



Ingin bersosial dengan teman-teman? Jom ke restoran stik terbaik di New York Craft. Stik yang dihidang dengan mata tulang rusuk Wagyu yang amat menyelerakan yang berharga hanya RM8478.40!


Tempat Ke Enam : SAMUNDRI KHAZANA
Harga : $3200 = RM9689.60



Dipanggil Samundari Kahzana yang bermaksud Kahzana Dari laut, merupakan menu yang mengandungi sampuran telur Beluga yang paling sedap (siput laut dan udang karang dengan emas yang boleh dimakan). Menu ini telah pun dilancarkan meskipun harganya mencecah RM6065 sepinggan.


Tempat Ke Lima : PIZZA ROYALE 007
Harga : $4200 = RM12,717.60



Lelongan yang berakhir pada 19 November 2006 dengan bidaan tertinggi dari Peguam Italy Maurizio Morelli yang mencecah hampir $4,200 US Dollar. Morelli adalah ahli pemakanan yang juga merupakan pengumpul coklat dan mine terbaik. Gunness Book Of Records melihat kandungan jualan piazza dan di bawah pertimbangan untuk mengambil rekod untuk Pizza yang paling mahal di dunia dari pembaziran pizza coklat putih yang dicipta oleh Restoran Gordon Ramsay Maze di London.


Tempat Ke Empat : DANSUKE WATERMELONS
Harga : $6,100 = RM12,717.60



Tembikai Dansuke, adalah sejenis tembikai hitam yang hanya tumbuh di Pulau Utara Jepun, Hokkaido. Tembikai ini hanya berjumlah 65 biji sahaja untuk tuaian pertama pada setiap musim. Menurut AP, "lelongan tembikai hitam yang besar di Jepun pada Jumaat, mencecah rekod $6,100, menjadikan ianya tembikai yang paling mahal yang pernah dijual di negara itu".


Tempat Ke Tiga : YUBARI MELONS
Harga : $20,000 = RM60,560



Tembikai Yubari adalah tembikai termahal di Jepun. Harga adalah dalam lingkungan 6,000 ke 15,000 yen (RM181 ke RM454). Yang paling baik adalah dalam lingkungan 20,000 yen (RM605) dan harga lelongan tertinggi pernah dicapai adalah 2 million yen (RM60,560). Emm. Rasa-rasa kalau kat Malaysia, leh je beli tembikai susu. Ada rupa tak?


Tempat Ke Dua : ALMAS CAVIAR
Harga : $25,000 = RM75,700



Telur ikan Almas, ianya berwarna putih, datang daripada beluga yang berumur lebih dari 100 tahun. Ikan beluga, ikan besar dan pemangsa dalam keluarga sturgeon, mengambil masa 20 tahun untuk matang. Dipercayai, semakin putih telur ikan itu, maka semakin tua la ikan tersebut, maka semakin sedap rasanya. Telur Ikan Almas Iran adalah yang paling mahal. Ianya dijual dalam tin emas 24 karat untuk $2000 per 100 gram. Kedai yang diketahui hanya Caviar House & Prunier di London, England, Picadilly yang menjual kilo telur ikan Almas yang mahal dalam tin emas 24 karat untuk $25,000.


Tempat Pertama ! : HUGE ITALIAN TRUFFLE TO FETCH
Harga : $216,000 = RM654,048.00




Cendawan bawah tanah yang paling mahal di dunia telah dibeli oleh orang yang tidak dikenali dari Hong Kong untuk $216,000. Tetapi mungkinkah ada pesaing yang boleh membida nilai yang lebih tinggi daripada itu jika dijual kembali ? Emm... Cendawan putih 1.5kg ini berasal dari Itali, dan dijangka akan dijual untuk nilai 150,000 euros ($216,000) di lelongan amal yang dijadualkan akan diadakan di Macau.

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"