" Saya duduk Gombak."
dengan nada terperanjat...."Oh, ye ke? Kira berulang lah ni? Tak jauh ke?"
" Emmm.... Jauh jugak, tapi okey la... sebab saya naik bas.. Dah naik, tido saja..."
"Ooo.. Kenapa mintak tukar jauh? Memang mintak tukar ke?"
dengan nada tersenyum....... Sambil membalas dengan jawapan yang klise.... " Cari pengalaman..."
Hai laa...... Selalu sangat aku bualkan dan orang bertanya aku soalan begitu.... Emmm.... Jawapan yang sangat klise... Mencari pengalaman baru.. Tul tak?
Okey lah.... Sebenarnya sejak aku habis sekolah, aku telah bekerja di Avon (2 bulan-berhenti lepas accident dengan motor), Syarikat Membekal Bahan Kimia (masa tu aku tengah tunggu permohonan kerja gomen), Pos Malaysia Berhad (merasa gak la pegang duit beribu dalam sehari - tu pun time nak bukak kaunter bayaran, hehehe), Hospital Bersalin Sri Gombak (sempat sebulan sebelum dipanggil untuk lanjut pelajaran di UNITAR), Syarikat MLM (syarikat kad network) dan di Kementerian Sumber Manusia (PTS Sambilan selama 2 tahun lebih). Dan akhirnya Allah memakbulkan doa aku. Aku diterima bekerja tetap di sektor Awam bermula di Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia - Putrajaya, then bertukar di Bahagian Dasar, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (bertukar dari Putrajaya kerana masa tu aku nak kawin n bakal suami aku orang Selayang) - Kuala Lumpur, kemudian di IPD Gombak (sebab KPKT dah dipindahkan ke Putrajaya), dan akhirnya di Jabatan Perdana Menteri... Hahaha.. Banyak jugak tempat aku tukar-tukar nih.
Sebenarnya, kerja ni tak lah membebankan. Nama pun KERJA kan... Sampai balik pun tak habis.. Esok ada lagi, lusa tambah lagi.. Cuma yang boleh membantu kita dalam bekerja adalah persekitaran. Itu yang boleh tarik mood kita untuk bekerja dalam keadaan ceria atau tidak.
Pas tu sekarang ni aku lebih ceria. Rasa nak gi kejer pun macam best jerk.. Huhuhuhuhu..
Hehehehehe
No comments:
Post a Comment