Wednesday, March 27, 2013

Morning Everbody

Mulakan pagi Rabu dengan Bismillah.... Mood agak ceria dengan tema biru firus. Haaaa..... Rasanya hari ni kerja tak lah banyak sangat, tapi agak banyak jugak..






Aku sebenarnya nak bgtau, aku suka sangat dengan shawl ni sebab shawl ni lebar dan besar! Jadi memang sesuais angat lah dengan aku yang saiz agak comel ini. Juga memberikan aku keyakinan ketika memakainya. Cheewahh!! Dah macam iklan dah. Huhu.. Bukan apa, baju ni pun aku jarang pakai..  Sebab cantik sangat kot... (hehehe)... 

Jadi, bila dah sampai angin kus kus aku ni, aku pun terambil gambar nih..




Emmm.... yang pertama tu, kat atas meja aku.. kat sudut komputer. Ada coklat ferrero dari Japan, sebab ada member gi Japan, balik bagi ni katkitaorang. Hehhehehe. Kat bawah tu gambar sudut lain di meja aku (side table). Memang tempat letak makanan.. Hehehe.... Beg Rakan Cop tu sebenarnya beg untuk aku keluar masuk washroom. Almaklumlah, orang perempuan.. Bila masuk jerk ada nak pakai itu, nak pakai ini, nak touch itu, nak touch ini... Sudahnya aku letakkan semua dalam satu beg. Comel kan...?

Cheese Baked Rice... OMG!!

Korang pernah dengar tak makanan ni....'Cheese Baked Rice'. Tempoh hari, dalam bulan lepas rasanya, aku n hubby jenjalan kat KLCC. Tengah sedap makan mee goreng mamak (buat jerk kan jenjalan kat KLCC, tapi makan mee goreng mamak... hehehe... save budget katanyer...), tetiber mata aku tertumpu lak kat kiosk hujung corner kat 'Signature' tu... 'CHEESE BAKED RICE..' terus aku termimpi-mimpi nak makan cheese baked rice tu..






Hahaha.. for the first time, my hubby makan dengan lahapnyer!! mY IMPRESSION!!!! First taste, fuuhhhhh.. Memang sedap... Rasa cam lasagna kat Pizza Hut. Memang sedap. kebetulan aku pilih cream utk sos dia. Tapi..... Bila dah makan dalam 6 sudu (banyak gak tu..), aku rasa cam muak la... Emmm... Ikannya sedap... Tapi nasinya tak ada perasa sebab aku pilih Cheese Baked Rice ngan ikan, my hubby lak cheese baked rice dengan ayam.. Pendapat aku, kalau nasi tu dirasakan macam nasi ayam ke, nasi minyak ke ke.. hehehe... Maybe sebab tak ada rasa pedas kot.... My hubby choose kari untuk sos, pun tak ada rasa.. Maybe kalau pelancong oversea okey kot makan ni sebab dah memang makanan depa.. Honestly, lasagna lagi sedap pada aku kot... Mungkin sebab lasagna memang di baked dengan seafood, yang ni di baked dengan nasi... Waduuhhhh.. Nak habiskan semangkuk tu, perrgghh... Rasa nak tarik bendera putih jerk..... Lastly, aku makan ikan ngan cheese jerk, nasi tolak tepi... hehehehe... Bila dah selesai, aku order teh o ais limau, nak hilangkan rasa mual....

     Bila dah selesai makan, kitaorang jenjalan kat area KLCC. Memang aku suka jenjalan lepas balik kejer sebab leh hilangkan stress. Tapi agak penat la. Masuk kedai BATA lagi... Cuci mata jap. Rasa teringin gak nak beli sepasang kasut lagi, tapi.. hehehehe...... cam ne tuh.. Tetiber pulak perut meragam. Terus aku keluar kedai cari washroom. Hahahaha.. Tapi bila masuk parkson, baju-bajunya teramat lah cantik! Aku nak cari blazer untuk aku pakai nanti.. bukan apa, kalau ada kursus, leh aku pakai seluar slack hiam dengan t shirt jerk. Bila masuk kelas, sarungkan blazer, dah jadi smart casual. Bila dah habis kelas, bukak la blazer,a dah jadi santai... Mach kan? :D

Friday, March 22, 2013

Seharian Yang Amat memenatkan

Dah macam cerita doraemon dah title entry kali ni. Minggu ni memang aku rasa banyak sangat kerja. Kerja yang berlambak. Anyway, semalam kan, aku sempat la juga pergi ber'shopping' kasut kat BATA Giant Batu Caves.



Bata 'Comfit' ni memang selesa sangat kat kaki aku. Bukan apa, dengan saiz kaki aku yang agak besar, saiz 10 tu..., mana la aku nak mencari kasut yang benar-benar selesa nak di pakai. Bila aku masuk je BATA ni, memang best la.. Kira kalau 10 bintang tu, aku bagi 11 bintang! Terlebih laks 1 bintang. Hehehe.. Harganya tak lah mahal, dalam RM65.99 .. Haa... murah dan amat selesa di pakai! Korang kalau korang nak cari kasut, aku suggest kasut kat BATA. Tak caya, korang cuba la masuk butik BATA. Design pun dah pelbagai.

Okey, stop promote about BATA (walau tak dibayar oleh BATA pun. Hehehe).Today, aku nak share 1 ke-kreatifan aku dalam mengendalikan fail.


Haa. Cantik tak? Idea ni pun aku ambil kat pejabat lain. Tapi cantik kan! Kat tempat aku tak ada printer color, so, another alternative,  print hitam putih pada kertas warna. Hasilnya?? Wow!! hehehe.. Ramai juga yang puji hasil tangan aku ni. Kebetulan pulak memang aku nak cari gambar kereta n motor sebab fail tu memang untuk fail kereta n motor.


So, yang ini yang CC. Hahahaha.. CC tumpang glamor jap kat blog ni yeh..






Emm... This week is very weak for me..  Trusted me!! Lunch pun dapat makan nasi goreng yang dibawa dari rumah sahaja. Tak sempat nak gi kafe nak beli belah makanan.hahaha... Makan nasi goreng dengan air kotak... Sedap tak? Lagi pun kafe yang ada menghidangkan lauk yang sama setiap hari.... Bosan laa...

Monday, March 18, 2013

MATTA Fair 2013 is back!!

Rasa nak melancong? Ras anak bercuti? Atau cuti-cuti Malaysia? Haa.... Korang dah pergi kan kat MATTA Fair tu yang diadakan di PWTC.


Inilah official poster untuk MATTA Fair tu. Aku sempat pergi hari Sabtu, lepas my hubby balik kejer. Memang ramai sangat orang!



Memang ramai! Fee untuk MATTA Fair ni RM4 seorang. Kira dapatlah sorang satu tote bag untuk carry that all flyers yang ada.. Tapi yang menarik perhatian aku, diskaun Air Asia.. 50% + 10% tu..... Korang bayangkan, kalau naik flight ke Langkawi pergi balik untuk 3 hari 2 malam berserta Hotel sekali dalam RM2 ratus lebih!! Murah tuuu!! Itu pasal la bila aku sampai untuk pelancongan domestik, ramai yang beratur di kaunter Air Asia.  Aku mulanya nak gak tempah, tapi bila pikir balik bukan main ramai orang nih, terus cancel.. hehehe...








Hahahaha.. Sempat lah jugak aku bergambar dengan gadis-gadis manis tuhh..



Hahahaha.. Comei tak saya!!Nasib baik perempuan tau.. Sudahnya lepas pusing-pusing, rehat jap kat sofa depan dalam PWTC.. Perrgghhh. EMpuk giler!! Maka inilah hasilnyer setelah bertungkus lumus mencapai flyers dari semua kiosk...



Perginyer tidak... Kumpul jerk lebih... D: :D :D

Friday, March 15, 2013

COLLAGEN RUMPAI LAUT ASLI. . Woww!!

COLLAGEN RUMPAI LAUT ASLI

Korang pernah dengar tak pasal collagen rumpai laut asli nih? Sekarang tengah hangat di pasaran. Tapi sebenarnya rumpai laut ni memang bagus untuk kesihatan dalaman selain menjaga kecantikan luaran. Aku juga ada dengar pasal collagen nih. Asalnya kakak ipar aku yang baru balik berkursus dari Sabah, telah baik hatinya memberikan aku Collagen Rumpai Laut ni untuk aku minum. Mula-mula tu memang rasa agak ngeri gak sebab rumpai laut yang asli, dia ada bau sikit. Tapi rasanya memang sedap. Sebenarnya tak ada rasa, rasa cam air tawar. Selepas 3 hari aku nampak lah perubahan sikit kat muka aku nih, jerawat dah kecut sikit.... Muka pun dah lembut sikit... (hehehehe.. jangan jeles..).

Emmm.... Untuk kengkawan semua, yang mana nak dapatkan collagen rumpat laut asli tu, leh je contact saya : 011-11565657 (Liza).. Siap promote lagi tau... Ye lah... Korang semua nak cantik gak kan.... :D

Rumpai Laut VIolet / Purple
(Gred AAA)

Harga 100gram : RM18 / postage RM6
Harga 500gram : RM80 / postage free
COD untuk sekitar Gombak





Rumpai Laut Gold / Yellow
(Gred AA)

Harga 100gram : RM13 / postage RM6
Harga 500gram : RM60 / postage free
COD untuk sekitar Gombak





Khasiatnya teramatlah banyak. Pengambilan yang berterusan secara teratur sangat-sangat memberikan impak yang positif pada kuit serta menjadikan kulit keseluruhan badan licin, lembut dan cerah. Pori-pori kulit wajah mengecil (memang dah namapak kat muka aku.. hehehe) dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker (sangat baik).Selain itu, kolagen juga :-

- melaraskan berat badan
- menstabilkan hormon
- meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
- menegangkan dan menganjalkan payudara (perlu tu.. hehehe)
- menganjalkan otot dan punggung
- menyihatkan akar rambut dan kuku
- menguatkan sistem abdormen dan memelihara kalenjar tiroid
- mengurangkan penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
- mengurangkan selulit
- memberikan tenaga
- melancarkan peredaran darah, mengurangkan sakit bahu dan belakang
- menguatkan tulang dan sendi, menjauhkan artritis dan osteoporosis
- meningkatkan sel  rawan, ligamen dan otot
- merawat penyakit gout
- mencegah kanser / tumor
- menurunkan tekanan darah tinggi
- meningkatkan fungsi pengahdaman / pencernaan / merawat gastrik
- anti bakteria / kulat
- merawat anemia
- menurunkan tahap kolestrol dlm tubuh
- menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
- melicin, menegangkan dan menghaluskan kulit
- mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
- menrangsang penghasilan sel-sel baru
- menstabilkan kandungan gula dalam darah

issh... banyaknya... Letih nak tap.. Tapi itu lah kebaikannya collagen rumpai laut asli ni.

Cara nak sediakan pun cukup mudah ;-
1. 100 gram rumpai laut dibasuh 5-6 kali untuk hilangkan bau hanyir. Rendam selama 5-6 jam sebelum direbus.

2. Setelah kembang, basuh sekali lagi dan rebus dengan 2.5 liter air (rumpai laut gold/kuning) manakala 2 liter untuk (rumpai laut violet / purple).

3. Dengan api sederhana rebus selama 15 minit. Bila sudah likat dan hancur, boleh lah tutup api.

4. Sejukkan dahulu kemudian masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Mudah kan! So, kalau korang nak cantik, boleh la pesan kat saya ye.... :D



Wednesday, March 13, 2013

Check Time Kejer

" Rumah kat mana? "
" Saya duduk Gombak."
dengan nada terperanjat...."Oh, ye ke? Kira berulang lah ni? Tak jauh ke?"
" Emmm.... Jauh jugak, tapi okey la... sebab saya naik bas.. Dah naik, tido saja..."
"Ooo.. Kenapa mintak tukar jauh? Memang mintak tukar ke?"
dengan nada tersenyum....... Sambil membalas dengan jawapan yang klise.... " Cari pengalaman..."

Hai laa...... Selalu sangat aku bualkan dan orang bertanya aku soalan begitu.... Emmm.... Jawapan yang sangat klise... Mencari pengalaman baru.. Tul tak?

Okey lah.... Sebenarnya sejak aku habis sekolah, aku telah bekerja di Avon (2 bulan-berhenti lepas accident dengan motor), Syarikat Membekal Bahan Kimia (masa tu aku tengah tunggu permohonan kerja gomen), Pos Malaysia Berhad (merasa gak la pegang duit beribu dalam sehari - tu pun time nak bukak kaunter bayaran, hehehe), Hospital Bersalin Sri Gombak (sempat sebulan sebelum dipanggil untuk lanjut pelajaran di UNITAR), Syarikat MLM (syarikat kad network) dan di Kementerian Sumber Manusia (PTS Sambilan selama 2 tahun lebih). Dan akhirnya Allah memakbulkan doa aku. Aku diterima bekerja tetap di sektor Awam bermula di Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia - Putrajaya, then bertukar di Bahagian Dasar, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (bertukar dari Putrajaya kerana masa tu aku nak kawin n bakal suami aku orang Selayang) - Kuala Lumpur, kemudian di IPD Gombak (sebab KPKT dah dipindahkan ke Putrajaya), dan akhirnya di Jabatan Perdana Menteri... Hahaha.. Banyak jugak tempat aku tukar-tukar nih.

Sebenarnya, kerja ni tak lah membebankan. Nama pun KERJA kan... Sampai balik pun tak habis.. Esok ada lagi, lusa tambah lagi.. Cuma yang boleh membantu kita dalam bekerja adalah persekitaran. Itu yang boleh tarik mood kita untuk bekerja dalam keadaan ceria atau tidak.



 Korang pernah dengar tak if somebody say "wei.. Kalau macam ni lah, aku lagi rela kerja kat tempat lama yang masuk kerja jam 7.30 pagi balik jam 8.00 malam daripada kerja kat sini yang masuk jam 8.00 pagi balik jam 5.30 petang. Hahaha,,, Itu namanya Feed Up! So, aku pernah jugak lah merasakan feel tu.. kadang2 tu sampai rasa tension sangat.. Tapi aku tetapkan jugak hati nak kejer...

Pas tu sekarang ni aku lebih ceria. Rasa nak gi kejer pun macam best jerk.. Huhuhuhuhu..


Mungkin sebab persekitaran nya yang memang merangsang otak aku yang dah nak berserabut nih ke sekitar urat-urat neon serebrum nyer untuk terus kekal senyum.. Ye ke... ? Tapi itu lah yang aku rasa sekarang. Kiranya kalau dari segi fakta, Putrajaya tu memang jauh, tapi dari segi keseronokan, aku rasa puas bila dah bekerja di sini.. Naik je, dah boleh tido... :D


Hehehehehe

Tuesday, March 12, 2013

bERKELAH DI sUNGAI Sendat

This weekend project is.. mandi manda kat Sungai Sendat. member opis my hubby berbincang untuk mandi manda di Sungai Sendat. Sungai Sendat di lokasinya tak jauh dari kawsan Ulu Yam.













nasib agak tak ok sebab aku 'naik bendera jepun' hari tu... Ish ish ish... Rasa rugi sangat tak mandi manda nih... Air dia memang sejuk. Tapi agak merbahaya di kawasan waterfall tu sebab airnya dalam. Anyway, ada juga pelancong yang datang untuk snap shoot bebudak terjun waterfall. hehe.. Tengok, pelancong pun teruja tau.. Wawawawawa..... (dah macam lagu Stacy dah...)..

Tak semestinya montel itu buruk kan!!

hehe
teruja tak baca title post saya kali ni? betul tu, tak semestinya kita ni montel, terus cop kita ni buruk kan. takk.. Salah tu.... eeemmm..... Walaupun aku ni diketegorikan sebagai montel (tapi chomelllsss.... hik hik hik), aku tetap mengenakan pelbagai fesyen tudung...






Tak salah kan kalau kita nak juga up-to-date... Haaa... utk korang yang kat luar sana, jangan la segan nak mengenakan fesyen yang up-to-date walaupun korang berbadan besar (dlm kategori)... Sebab, Allah tu kan dah bagi kita begitu, jadi, Allah jua yang tahu apa kelebihan kita disebalik itu...

Nanti, aku akan postkan bagaimana nak menggayakan hijab untuk mereka yang berbadan besar sebab hijab tu untuk mereka yang muka bulat cam aku.. :D


 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"