Wednesday, July 8, 2009

Aku Terpikir Jap

Orang selalu kata, orang perempuan kena selalu rajin ke dapur.
Tapi aku akui, memang agak sukar dan liat gak lah kalau aku nak ke dapur.
Well, we're talking about something else...
Apa pendapat korang kalau korang balik ke rumah tapi rumah still bersepah terutamanya lepas kawin? Of course pening kepala dibuatnya.
Aku tak lah pembersih, tapi bila balik ke rumah selepas kerja, aku seboleh-bolehnya nak pastikan agar rumah aku telah dikemaskan sebelum hubby aku balik. Aku nak my hubby senang hati bila melangkah masuk ke rumah.
Memang betul, penat tu memang tak usah citer lah, tapi demi tanggungjawab, aku laksanakan juga. Kenapa? Ye lah, cuba kalau korang, dah lah kat opis berserabut, balik umah lak bersepah-sepah. Memang tak haru jadinya.
kadang-kadang aku pelik dengan sesetengah org perempuan yang malas berkemas rumah terutamanya bilik tidur. Aku masih ingat lagi mak aku pesan, bila kawin pastikan bilik tidur dan bilik air sentiasa bersih dan kemas. Memang ada masa hubby aku nak bantu, itu kira bonus la. Alhamdullillah hubby nak bantu. Tapi sebolehnya aku tak nak bagi dia sepenuhnya tanggungjawab yang sepatutnya digalas oleh perempuan bergelar isteri. Aku mahu my hubby bangga mempunyai isteri seperti aku, walau pun tidaklah sesempurna mana, tapi tahu menjaga rumahtangga, pakai, makan, tidur, rumah tak bersepah, bilik air tak berbau. At least, aku nak dia senang dengan adanya isteri, tidaklah seteruk hidup masa membujang.
Tul tak?
Lagi satu bab mandi.
Aku sebolehnya bila balik dari kerja, aku nak wangikan diri aku dihadapan my hubby bila dia pulang dari kerja. kan ke manis kalau suami pulang disambut dengan isteri yang telah membersihkan dirinya, rumah yang kemas, betul tak?
Memang dasarnya lelaki suka pada wangi wangian. Tak manis andai hubby yang ajar isteri pulak macam mana nak bersihkan diri. Hihihihihi... Kelakau bukan?
Kan elok kalau balik kerja bersihkan diri, tak malas nak mandi...
Nak kata aku selalu stay kat umah untuk mengemas, tak jugak.
Memang jarang kitaorang lekat kat umah. Asal ada free je, kompom cabut...
Tengok wayang la, window shopping la... macam-macam lagi.....
Yang bestnyer, my hubby yang 100% support aku....
Beruntung rasa badan...... Terima kasih sayang...
My Hubby memang sayang sangat kat aku.......
Aku pun 2 kali 5 gak.... Cuma kadang-kadang tu sengaja jerk buat merajuk...
Bukan apa, best tu kalau hubby pujuk......
Try test?? hihihihi.....
Itu lah, tak nak lah sampai org kata, dah la tak lekat kat umah, umah tu mesti bersepah.
Aku tak nak macam tu. Lagi pun my hubby seorang yang pembersih.. Aku pun dah memang gitu dari kecik walau pun tak lah 100% pembersih (itu mau gi klinik ambik umat antibiotik untuk mop lantai rumah. hihihihi)..
Jadi kepada wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana, jadi lah seorang yang pembersih. Bukan apa, suami telah ada semuanya sebelum kawin kecuali isteri. Jadi apabila dia telah punyai isteri, maka apa lagi yang dia harapkan darinya? Pikir-pikirkan lah.
But, one thing, aku tabik dengan Kak Ngah, kakak ipar aku. Dia memang pembersih orangnya. Dapurnya pun tak berbau walau pun selalu masak kat rumah..

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"