Monday, June 22, 2009

Cameron Highland (08.03.2009 - 09.03.2009)






I'm in Honeymoon Mood..!!!
Yes! Time ni sebenarnya aku tak plan pun nak gi Cameron. Citernyer gini....
Aku sebenarnya langsung tak plan nak ke Cameron Highland. Tak pernah pun, cuma cikit mimpi tu ada lah.. Hihi.. Pernah gak talking-talking kat hubby aku, tapi dia tolak. Pening katanya... Nak dijadikan citer, hari Jumaat lepas aku kejer, my mum call, beritahu ada kad kawin dari member aku sampai umah (lepas kawin aku tak tukar lagi alamat surat-menyurat.. Luper...). Then, malam tu gak aku gi umah mak aku (nasib baik dekat.. Hubby aku senyap je, yelah, tak leh kata apa, dah rumah mertua dekat. hihihi) semak kad tu. Rupa-rupanya esok harinya!!! Dah menggelabah giler! Tak datang karang, dia dah datang time majlis aku tu. Rumahnya pulak beralamat di Teluk Intan, Perak. Bila bukak peta, 'ter'dekat pulak dengan Cameron Highland. So, kitaorang pun buatlah last planning. kemas baju apa yang patut. Esoknya nekad, kalau hotel tak ada, patah balik rumah.
So, bila tiba esoknya, pagi-pagi lagi dah keluar. Almaklumlah, Perak tu, jauh nun di sana. Lepas dah siap makan kat umah member (tu je sebenor niat asalnya... hihihi), terus bertolak ke Cameron. Sampai pun dalam kul 5 petang dah. Masa dah sampai sana, mulah melilau (tu bahasa orang melaka lagi. Kata hubby aku, malakau! hihi.. Melilau tu mencari-cari) hotel sekitar. Cari punya cari, semuanya dah full booking. Last-last nekad, kali ni kalau tak ada gak, bertolak balik dah. Cari-punya cari, jumpa gak. Terima kasih kat Titiwangsa Hotel. Walau pun 2 katil berasingan, tapi bila dah check in, rapatkan.... hihihihihi...
Hari tu memang sejuk. Ditambah lak memang musim hujan kat bawah sana, renyai jugak lah. kabus tebal sentiasa ada. Tapi percutian aku time tu tak berapa seronok sebab aku kena period pain. At least berketul-ketul period aku keluar. Mujur hubby aku faham. Tapi dalam pada tu, sempat gak pusing-pusing sekitar Tanah Rata, apa ntah lagi. abis gak lah dekat seribu. Mujur hubby aku jenis tak kisah. hihihi.. Bukan apa, beli barang sendiri tak banyak, yang banyak beli barang cenderahati kati orang lain!! Wahhh!! Teruja...!!!!!
Lagi satu, yang tak bestnyer, time tu ramai lak pelancong yang datang. Memang sesak giler...!! Aku tak teringin nak makan strawberry, sebab sebelum ni aku dah makan dah. Buah cinta pun aku tak nak... Aku cuma nak rasa kesejukan kat Cameron tu. Bilik hotel memang tak yah pasang air-cond wooo..... hihihi..... Memang best la.... Pagi-pagi bangun rasa nyaman jerk... Nampak lak dari tingkap nyonya sebelah hotel tengah kutiap sayur kat depan rumah dia... Best giler....!! Yang mana tak pernah pergi Cameron tu, aku syorkan pergilah. Memang best sangat!! Tapi korang kena tahan jalan nak pergi ngan balik jerk la, sebab aku lalu jalan yang bengkang bengkok tu.... Memang bahaya gilerrr....!!!!
Thanks kat hubby aku sebab sudi bawa isterinya yang ngada-ngada ini jalan-jalan makan angin. I love u honey... MMuuuahhh!!!

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"