Saturday, June 27, 2009
Transformers
Today aku nak tengok wayang Tansformers kat KLCC. Lama gak rasanyer tak gi tengok wayang.
Kali ni my huby kejer. So, aku kena uruskan rumah dulu, pas tu wat telur scrabel (aper-aper ntah). Hehehehe.. Takut tak sempat. Katanyer wayang kul 3.
Masa kecik-kecik dulu aku ingat lagi, main robot-robot. Masa kecik dulu aku berkawan dengan bebudak lelaki. Budak perempuan kurang. Tapi tu masa kecik la.. Main panjat pokok jambu kat depan rumah, sampai ada gak lah yang kena tarik telinga (tu aku ler tu..). Pas tu main sorok-sorok. Korang tau tak lagi main galah panjang? main getah? dulu kira aku boleh gak lah lepas lompat kalau getah tu tinggi budak darjah 4 sekarang.. Hihihi.. Tapi kalau main galah panjang, sure aku kalah! Bukan apa, aku cukup tak suka kalau bab nak lari laju-laju ni.. Orang kata budak pompuan tak elok lari laju.. hihihi..
Ha, lagi satu, aku ni memang kuat menyanyi kat dapur. Mak aku selalu marah kat aku, kata nanti aku kawin dengan orang tua.. But at last........ hihihihihihihhihihihi...
Terima Kasih
TERIMA KASIH!
Pada emak, abah, adik-adik, hubby dan kengkawan. Sebab?
Emmm...
Biasanya TERIMA KASIH dihulurkan dengan volume yang paling ikhlas sekali.
Tapi kadang-kadang orang selalu lupa pada TERIMA KASIH!
Dalam adat orang melayu, TERIMA KASIH biasa dilihat sebagai satu azimat yang paling mujarab! Bah kan pada semua makhluk Allah di bumi ini, TERIMA KASIH merupakan satu magis yang mampu membuatkan orang marah bertukar senyum, cuka bertukar gula.. Sinar ikhlas TERIMA KASIH akan terpancar terus dari sinar mata. Itu lah kuatnya TERIMA KASIH!
Tapi bagaimana pula dengan mereka yang langsung tidak tahu menggunakan TERIMA KASIH! Warrrghhhhh!! Mungkin juga the whole life of them penuh dengan mainan warna-warna kehitaman. Tak percaya? EEmmm... TERIMA KASIH tidak sukar untuk menggunakannya. Cukup sekadar melapangkan dada, kosongkan your mind, full it with rasa penghargaan yang penuh ikhlas dan........ Nah!! Ucapkan kan lah!!
Aku?
Kenapa aku beriya-iya berTERIMA KASIH?
Sebab aku punyai TERIMA KASIH yang tidak diucapkan TERIMA KASIH....
PERCAYA.....??
Yuna
DaN SeBeNaRNya
Oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008
well, kali ni aku tempek gambar Kakak senior kat opis aku. Dia dapat APC. Tahniah buat Kak Amnah!!
Thursday, June 25, 2009
Balik Awal... Please.....
So, hari ni aku balik awal kejer. Banyak nau urusan. Nak gi Tabung Haji, then yang paling penting, petang ni kakak ipar aku nak datang. For sure teruja! Bukan apa, almaklumlah, sejak kawin ni, jarang masak sendiri kat rumah. Biasa bungkus kedai jerk. Ni dah mula gelabah. (bukan apa, jimat kos, berdua jerk..... ) Pikir punya pikir, aku pun membeli lah lauk pauk kat luar (aiseeeyyy.. Kedai lagi.) Aku sempat sound suami aku, kalau kakak ipar tanya, cakap ayang yang masak... hihihhi..
Hari pulak memang hari gaji. Best betul !! Tapi my husband already talking earlier to me, jangan membazir.. EEmmm... Kekadang betul gak kata suami aku ni.. Semalam my husband sempat booking tiket wayang citer TRansfomers. Dia kata tempat duduk hampir penuh. So, this weekend aku nak habiskan masa jalan-jalan tengok wayang dengan suami aku. Perggghhhh!! Mesti orang pandang dan mengumpat "Alamak minah ni, orang lainpun bercinta gak..." (hehehe.. Aku mana pernah berprasangka baik...).
And now, i'm going to seat and sleepppppp... zzzzzzzzzzz
So tired........ You know, aku kat umah dah sekarang ni. Tengah prepair untuk kakak ipar aku datang. So, see you guest soonnnn........
Chiiaaawwww.....!!
Monday, June 22, 2009
Pulau Langkawi (04.04.2009 - 07.04.2009)
Cameron Highland (08.03.2009 - 09.03.2009)
Bersanding Belah Suami AKu
Ni pulak majlis belah suami aku, seminggu lepas majlis belah aku. Cantik tak baju tu? Tapi masa ni badan aku tengah naik giler-giler! Ye lah, dah ada suami, kena la makan sekali kalau dia makan. hehehehe.... Masa tu, yang convoi dengan keluarga aku adalah dalam 20 biji kereta. banyak tu.... Ramai sedara mara aku yang ikut convoi sekali... Masa nak pergi tu, aku lak yang sibuk-sibuk nak hias kereta pengantin, walhal baju pengantin dan tersarung kat badan. Kan dah kena marah ngan mak aku. Padan muka aku.. hihihihihi.... Masa on the way nak ke Nilai dan berhenti untuk tol Sungai Besi, punyalah ramai yang tengok aku. Giler...!! Rasa cuak pun ada.. Yang bestnyer, last-last minute baru kakak ipar aku bagitau pelamin dah ada. Anyway, memang cantik lah pelamin tu. Konsep komtemporari. Simple but nice..!! Very-very nice...!! I like it..!!!! Cuma pada member-member suami aku, kenapa balik awal sangat???? Mungkin masa merenjis pengantin tu take a long time .... Sabau je la. Hihihi.. Almaklumlah, sedara mara belah kedua ibu bapa aku ada 13 orang, belum lagi campur jiran tetangga yang nak join sekali.. Bukan apa, senang, lepas merenjis leh lepak kat Nilai 3 !!! I know it.. hihihi.... Aku stay kat rumah mak mertua aku dalam 4 hari. Lepas tu aku kena balik sebab suami aku nak kejer. Kejer pun kejer gak beb..... Kawin pun kawin gak..... hihihihi........
Anyway, thanks we all ucapkan pada ibu bapa, adik beradik, saudara mara, rakan taulan yang banyak membantu untuk kedua-kedua belah majlis kami. Tanpa anda semua, majlis kami mungkin tak akan berjalan lancar. Kepada tetamu yang hadir, terima kasih banyak. Dan kepada pemberi hadiah, terima kasih jugak banyak-banyak. Lengkap jugak peralatan asas dalam rumah aku. hihihi... Tu pun banyak lagi, sampai suami aku kena beli satu almari khas untuk simpan hadiah-hadiah kawin kami ni.. Kami minta maaf kalau-kalau ada yang terlepas pandang atau yang tak terlayan...... Terima kasih semua...
So, after this, nak gi honeymoon...!!!
Chiaaawwwww....!!!!!!!
Well, fotographer nyer adik aku sendiri. Cantik tak? Adik aku pun memang part time dalam fotographer ni. hehehehe..... Save budget.. Tapi hari tu tepat kul 3, hujan turun. Orang kata hujan rahmat.. Aminnn..... Thanks kat mak andam sebab berjaya ubah wajah aku sampai masa bersanding berinai besar, suami aku pun tak kenal aku!! hehehehehe.... Tapi aku tak sempat nak tempek gambo sanding tu. Tak pe, nanti aku tepekkan gambonyer yer... Sebenarnya, majlis aku berlangsung selama 3 hari... What??? 3 days??? How come????
Sebelum tu, korang rasa tema hari aku bersanding tu warna apa? teka la??? Putih?? SALAHHH...
Sebenarmya BIRU + KUNING...!! Warrrggghhhh......!!! tapi apa pun, aku tetap ratu hari tu.. hehehe... planning awal, memang biru firu. Kain warna kuning langsat, then the blinking is blue turqoise. But it's okey... My mum yang pilih tema ni. Aku asalnya nak pilih warna Black and white. Ye lah, kawin ni libatkan semua orang, so, banyak gak hati pihak-pihak yang kena jaga..
AkU NiKaH
Hello Semua !!
Kadang-kadang aku terfikir gak, kenapa lah tak buat hari kejer selang sehari cuti..... "Kih Kih Kih... Ingat ni pejabat abah aku"
Well, at lease, aku tak terlambat pergi kejer. Dalam keter, aku pasang lagu MP3. Canggih woo..... Suami aku belikan pemain MP3 dalam keter aku. Suami????
YESS!!
Aku dah kawin dah, 22.11.2008. Tak sampai setahun lagi. Tapi belum ada reski anak lagi. Insyaallah, reski tu ada, cuma lambat atau cepat saja. Meriah gak sebab aku anak sulong dan suami aku anak bongsu. Hehehe.. Ngam tak? Orang tua kata air bertemu tanah.. Tapi iye atau tak, wallahualam.. Aku pun kadang-kadang kompius gak dengan statement orng lama-lama ni....