Sunday, February 21, 2010

Penantian Satu Penyiksaan

 
Oh hai..
Menunggu orang ni memang lama. Memang rasa jem gak laa... Dah 2 jam dah nie. Mujur lah namanyer customer.  Oh hai. Kat McD nie rasa macam dah jadik umah sendiri laks. Sampai kul 12 tengahari, tapi sampai la ni dah kul 4, tak sampai lagi.... Dah berjanggut den dah nie. Mujur ada my hubby yang jenis penyabar nie. Kuang Kuang Kuang...

 

Thursday, February 18, 2010

Poyo Gilers


Ya. Aku memang sedar bila ada orang kata aku ni Poyos Giler... Macam dah terror.. Berlagak macam terbaik....  Okey.. Aku tahu dan aku pun tak marah sebab aku tahu memang aku berlagak macam terbaik. Sebab apa?

Meh sini dan dengarkan keluhan ku pula. Kalau aku berlagak macam terbaik, aku memang buat yang terbaik sebab aku tahu siapa aku. Aku tak kisahkan sesiapa di keliling ku asalkan kerja aku siap dan cukup sempurna susunan dokumennya. Kalau pun aku poyo, yes.... Aku memang poyo sebab aku tahu yang korang cemburu lihat aku dapat sudahkan kerja tanpa ada sebarang kesalahan. Tapi aku cukup tak suka kalau orang menjatuhkan air muka ku. Aku juga paling pantang kalau orang mengganggu kerja aku, dan masuk campur dalam urusan kerja ku. Korang masuk campur je terus bercelaru kerja aku. Itu yang korang nak bela kan sangat! Peraturan tetap peraturan. Aku dah puas memberi muka, berlembut dengan kadar yang seikhlas mungkin, tapi apa jadi? Makin kepala aku dipijak. Kalau ada perkara yang terjadi dalam lingkungan kerja ku, korang cari siapa? Aku jugak. Ada korang ngerti? Jadi, aku nak bagi amaran kat korang. Jangan ingat korang tengok aku tersenyum 24 jam, lembut berbicara, aku tak reti simpan dendam?

Kalau kau masih budak sekali pun (walau pun dah bekerja), bercakap tu, atau melepas kata itu biarlah berlapik. Engkau tak nak orang lain berdendam dengan engkau, meninggi suara dengan engkau, tapi engkau buat pada orang, engkau jatuhkan air muka orang. Engkau kena tahu, ALLAH S.W.T. bayar cash.. Kalau tidak sesama perbuatan, sesama reski pun engkau akan kena. Engkau kena tahu itu!! Engkau kata aku tak buat kerja, tapi ada engkau tanya tentang diri engkau? Engkau selalu mengata aku di belakang, tapi ada engkau ada tertanya, ada tak orang mengata engkau di belakang? Engkau tak suka buat kerja angkat telefon, tapi kenapa aku dan yang lain boleh lakukan? Itu lah semangat kawan dan semangat bantu membantu. Kalau engkau nak pentingkan diri sendiri, aku tak kisah sebab untuk pengetahuan engkau, 'kebudak-kebudakan' engkau sedang memakan diri engkau! Itu engkau tak perasan kan??!!

Aku tetap aku...
Sebab aku tahu apa yang aku buat....
Kalau aku bukan aku....
Semua kerja aku tak buat....
Ahaks....

Wednesday, February 17, 2010

Apa nak buat bila cuti yang panjang?

Emmmm...
Kira-kira memang lama gak cuti Raya Cina ni. Sampai4 hari wooo....
Aku pun tak tahu nak buat aper...
hari Ahad tu anak jiran sebelah rumah mak aku ada wat kenduri kawin.. So, aku balik Putrajaya ahad petang tu... Tido semalam. Isnin pagi tu aku bertolak ke rumah my mother in law. Hehehehehe... Selasa petang baru balik Selayang. ... Boring tul cuti lelama nie.,..... Alahai... Tapi yang bestnyer bila balik Putrajaya, dapat pasang langsir untuk Sliding Door jerk. Langsir tingkap tak siap pasang lagi., Hehehehe..... Yang harunyer, penyangkut langsir depan luper nak beli. Tu yang ikat guna getah je kat tengah langsir tu.. Kalau tak, gelap ler rumah... Nak tengok gambar? Aku luper nak snap sekeping dua gambar. Itu pun luper kan... Hehehehe

Thursday, February 11, 2010

Mari Melawat Zoo Negara

Hahahaha...
Mesti korang gelakkan tengok title post aku kali nie..
Yee haaa...!! Yeeaaahhh!! Mari kita melawat Zoo Negara!!!


Cak!! Zirafah main cak-cak dengan aku laks.. hehehehehe
Tapi memang zirafah nie comei sangat.... Cute....



Macam kenal je SEACERA  ni... Hehehehe...
Tempat kejer my hubby  rupernyer yang sponsor reptilika gajah 2 ekor kat situ....
Ada gak kan...



Best jugak gi Zoo nie...
Jadi kat kawan-kawan semua, jom beramai-ramai pergi ke Zoo Negara..!!
Eewaaahhh!!

Rezeki Anak



Bila dengar berita sekarang sangat menakutkan, menyedihkan! Kisah pembuangan bayi yang makin menjadi-jadi. Langsung tak ada peri kemanusiaan. Dunia nak sampai ke penghujungnya. Nauzubillah!! Aku sering kali menangis bila tengok bayi-bayi nie azab yang teramat sangat! Hari nie aku baca dalam paper Metro, mayat bayi dihurungi dengan ribuan semut-semut kecil yang ditinggalkan di depan surau! Apa lah dosa bayi tu. Kalau rasa dah benci sangat, beri kat orang lain yang boleh jaga. Bayi tu tak mintak dilahirkan ke dunia dalam keadaan yang macam tu.

Mungkin juga Allah S.W.T. nak memperlihatkan kemungkaran makhluk bernama manusia. Bila bergelumang dengan maksiat, zuriat itu sentiasa senang dibaja. Mungkin juga dugaan yang penuh dengan hikmah bagi manusia yang telah halal hubungannya sesama manusia lambat mendapat zuriat. Semua itu dugaanNya. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.

Kalau aku boleh jadi hakim kat manusia-manusia yang membuang bayi tu, dah lama aku sumbatkan diaorang ni kat kandang singa. Biar mati kena baham macam dalam youtube, kisah sekawan manusia pergi ke open zoo kat Afrika kot. Sorang mati depan mata kena baham dengan singa. Baru diaorang tahu macam mana.

Orang-orang tak berhati perut nie sebenarnya manusia yang paling malang sekali. Tidakkah kau orang tahu, anak itu adalah rezeki Allah S.W.T. dan harta yang paling tidak ternilai buat manusia selain iman dan taqwa? Banyak gak aku dengar cerita, keluarga yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tapi masih mampu sara anak yang sederetnya lebih kurang 8 orang. Macam mana? Itulah rezeki anak yang Allah kurniakan pada manusia. Setiap anak yang lahir ada rezekinya. Tapi dek kerana maksiat dan malu (malu lepas buat maksiat), anak dibuang, malah ditanam hidup-hidup demi menutup keaiban sendiri!! Manusia jenis apa macam ni.
Itu bukan manusia, malah bukan juga binatang, sebab BINATANG PUN TAHU KASIHKAN ANAKNYA...

Thursday, February 4, 2010

Langsir Tak Jahit Lagi

Perrrrgghhh....!!
Kena kat batang hidung aku!! Hehehehe
Langsir untuk rumah Putrajaya tak jahit lagi. Mak aku siap perli-perli aku dah. Katanya "Hai, kata nak jahit langsir, tapi tak jahit-jahit gak..." Hehehehehe.....

Bukan apa, bila nak jahit jer, ade jerk kejer menanti depan mata. last-last tinggal macam tu jerk la.... Hehehehehe. Nak mintak tolong adik aku, angah bukan nyer reti jahit. Hehehehe... Tak pe, nanti mesti ada masa. Bila pikir balik, bukannyer nak buat design pun jahit langsir tue, setakat jahit lurus jerk. Tu la pasalnyer. That's why la sampai la nie aku tak tido lagi kat rumah Putrajaya tu. Agak-agaknyer biler la boleh siap nie kan..

Letihnyer....

Hai laaa...
Letih sangat....


                                        
Sabtu lepas gegas ke Batu Caves nak shoot Thaipusam... Tapi time tu aku memang flat giler!! Bayangkan dengan selsema, dengan demam lagi..... Hingus tak usah citer lah, kompom meleleh..... Dengan panas terik..... Mujur la 'mereka' dapat berikan kerjasama yang terbaik! Hehehehe.... my hubby siap geleng kepala tengok 'keberanian' aku close up direct kat upacara tue..




Ahad lak pagi-pagi dah kena bertolak ke Sungai Besar, sempadan antara Selangor dengan Perak. Untuk majlis nie, aku TA dengan Bro Shah. Hehehe. Thanks bro... Aku n my hubby gerak awal pagi dalam kul 7 sebab majlis tu kul 10 pagi start. paling penting time make up  tu nak shoot. Oh hai.... Rumah nyer hampir nak kat tepi laut dah. Kompom lagi panas terik. Aku dengan selsema yang lagi teruk dari masa shoot Thaipusam tu.. Oh hai.... Sengsara sangat! Tapi demi tugas aku buat jugak. Hehehehe...

Mujur lah hari Isnin tu cuti umum.... Aku tido jerk.. Gambar pun tak edit lagi... Hehehehehe......
 

Sample text

Sample Text

MySpace Comments

Sample Text

Aisshhh.. Takkan tengok aje. Jom like web saya dengan clik "join this site"